my LADY BUGS..

Sunday 27 January 2013

Tanda-tanda kematian (100hari- hari kematian)





Bismillah hirrahman nirrahim....


assalamualaikum para pembaca sekalian :). kenal tak kita dengan malaikat izrail? mungkin ade je yang kenal tapi jangan terkejut jika ada yang terpinga-pinga mendengarnya.! haaaa malaikat izrail ni adalah MALAIKAT MAUT yakni yang paling digeruni oleh segelintir manusia. tapi bagi manusia yang beriman
dan bertaqwa itu adalah saat kegembiraan untuk bertemu Tuhannya..

sesetengah manusia kadangkala boleh meramal bila mereka akan mati berdasarkan tanda2 yang berlku menjelangnya kematian. bukannya meramal secara tepat tetapi secara kasar.. mungkin para anbia atau alim ulama'.. jika saya tersilap tolong tegur ye..

TANDA-TANDA MENJELANGNYA KEMATIAN.

100 hari sebelum kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

 Tanda akhir sebelum kematian

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula


DAN BAGAIMANA KAH PROSES KEMATIAN ITU BERMULA?

saya pernah membaca satu kisah dimana kematian itu digambarkan sakit seperti ditusuk 70 bilah pedang.. sedangkan jari terkena pisau di hujung jari pon kita menangis kesakitan terpekik terlolong apatah lagi sekiranya disakiti oleh pedang. masha allah! Rasulullah SAW pernah bersbda bahawasanya ' ya allah, ringanlah sakaratulmaut ini'. dan tatkala itu malaikat jibril pon tidak tahan melihat kekasih Allah menanggung kesakitan. itu adalah manusia maksum dimana tiada sikit pon catatan dosa . dan betapa sayangnya Nabi kepada kita sehingga masih lagi mengingati umatnya tatkala maut sudah begitu hampir dengannya. boleh tak kalau kita bayangkan jikalau manusia seperti kita ni bagaimana caranya? apakah rupa malaikat maut itu tatkala datang mengambil nyawa kita?

bagi orang mukmin, malaikat maut itu datang menyerupai seorang lelaki yang tampan dimana si nazak itu akan merasa sangat senang dan hilang lah segala kesakitannya kerana sangat senang dan tenteram apabila melihat wajah malaikat maut tersebut. namun bagi orang fasik dan kafir, malaikat maut akan menyerupai makhluk hitam yang sangat tinggi dan berupa hodoh yang boleh menakutkan orang yang hampir mati itu. nauzubillah!

Rasullullah S.A.W bersabda,
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Rasullullah S.A.W. bersabda lagi,
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

ada sebuah hadis dimana tatkala ketika roh orang mukmin itu ingin dicabut dari mulut , maka berkata lah mulut itu,

"tak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah”

Lalu Allah berfirman dan menyuruh malaikat maut mencabut nya dari arah lain. malaikat maut pon mahu mencabut nyawa dari arah tangan dan kaki nya namun tidak berjaya kerana;

 "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan”.

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu”.

maka malaikat maut mencuba pula dari arah telinga dan mata, namun tetap hampa. telinga dan mata berkata;

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir”

 “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah”.

maka Allah menyuruh malaikat maut menulis Asma' nya di telapak tangan lalu ditunjukkan kepada orang yang hampir mati itu. setelah itu keluar lah roh dari arah mulut dengan penuh cinta kepada Allah SWT..



No comments:

Post a Comment