my LADY BUGS..

Friday 25 January 2013

SYAITAN.. : godaannya semakin dahsyat menjelang kematian.





Bismillah hirrahman ni rrahim.....

Alhamdulillah!. another new day... Allah SWT masih membenarkan kita bernafas lagi pada hari ni dan menghirup udara segar miliknya. jom bersama2 saya ucapkan ALHAMDULILLAH keatas Allah atas segala nikmatnya yang tidak terhingga! tapi... adakah ramai yang bersyukur?

segelintir manusia ni cepat lupa. betullah seperti kata pepatah manusia mudah lupa. tetapi ingat! syaitan tidak sekali pon pernah melupakan kita Bani Adam lebih2 lgi Umat Muhammad. ramai orang gilakan dunia cintakan dunia lebih dri segala2 nya. bagi mereka kihidupan dunia ini yang yang hakiki..

" ala kita masih muda r wey! masa ni lah nak enjoy!!"

"kau xpayah r berlagak alim sangat tunjuk gaya ustazah depan mata aku! kita hidup kat muka bumi ni kenalah gunakan nikmat ni sepuas2 nya.... lagipun kita kubur masing2. so hal kau hal kau hal aku hal aku okeh? "

sy sering je dengar ayat sebegini dituturkan. saya pon dulu pernah menuturkan kepada salah seorang sahabat saya yang bernama ......... dan itu merupakan perkataan paling bodoh pernah saya tuturkan sepanjang hidup saya selama 19 tahun ni! hanya istighfar mampu saya ucapkan sebagai tanda kesal kepadaNya. jadi kita sering berkata bahawa perbuatan buruk kita selama ini berpunca drp SYAITAN laknatullah. ya sememangnya betul tapi kita sebagai manusia yang dijadikan dengan akal wajib melawan nya dengan sekhudrat tenaga. ala... godaan yang paling dahsyat bukanlah sekarang tapi semasa SAKARATULMAUT. dimana di saat itu lah yang menentukan nasib kita di akhirat.


TUJUH ROMBONGAN SYAITAN SEMASA SAKARATULMAUT

1) DIHIASI EMAS, PERAK DAN MAKANAN LAZAT. 

- mereka datang dalam pelbagai rupa termasuk lah menyerupai emas, perak dan makanan dengan tujuan yang satu ; UNTUK MENYESATKAN ANAK2 ADAM. maka jika manusia itu yang semasa hayatnya tamak haloba akan leka dan lalai lalu menyentuh makanan dan perhiasan itu. maka ketika itu dicabut lah rohnya dari jasad. matilah dia dalam keadaan kufur.

2)DIPERLIHATKAN BINATANG BUAS DAN BERBISA

- syaitan boleh menyerupai binatang seperti singa, ular mahupun kala. apabila si nazak memandangnya lalu dia menjerit berteriak dan ingin melarikan diri dan ketika itu dicabutlah nyawanya dari badan. dia mati dalam keadaan lalai kerana melupakan Allah lalu nerakalah tempatnya!

3)DIPERLIHATKAN BINATANG KESAYANGAN

- syaitan boleh menyerupai binatang kesayangn si nazak contohnya burung. pabila tangannya meraba2 dan menyentuh binatang itu maka terputus nyawanya saat itu lalu matilah dia dalam keadaan lalai dan ditempatkan ke dalam neraka.

4)DIPERLIHATKAN ORANG YANG PALING DIBENCI

- datanglah syaitan menyerupai seperti kenalannya yang amat dibenci. maka bila orang yg sedang nazak itu bergerak dengan niat mahu melakukn sesuatu kepada orang itu maka terputus nyawanya. matilah dia dlam keadaan melupakn Allah SWT.

5)IBLIS JUGA BOLEH MENYERUPAI AHLI KELUARGA YANG DISAYANGI

- laknatullah itu akan berupa seperti ibu dan ayah si nazk yang telah meninggal dunia.dengan membawa makanan dan minuman yang enak utk si nazak.maka iblis berkata ;

" wahai anakku.! ini sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untuk kamu. dan berjanji lah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah. supaya kita tidak lagi bercerai dan sama2 masuk ke dalam syurga."

maka orang yang terus menurut tanpa berfikir akan dicabut nyawanya dan matilah dia dalam keadaan yang kufur kepada Allah.

6)DIPERLIHATKAN SYURGA PALSU

- datang iblis berupa seorang ulama yang membawa banyak kitab lalu berkata ; ' wahai muridku, lama sudah ku menunggu dirimu. pelbagai ceruk telahku pergi tetapi kau sedang sakit disini. oleh itu kami bawakan kepadamu doktor dan bomoh bersama ubat2 an utkmu.'

Lalu diminumnya ubat tersebut tetapi hanya melegakan pada wktu yang sekejap.maka iblis itu datang lagi menyerupai  ulama itu dengan berkata ; 

' kali ini kami kembli dengan membawa nasihat supaya kamu mati dalam keadaan baik. Tahukah kamu akan hakikat Allah?'

orang yg sedang nazak berkata ; ' aku tidak tahu'

ulama itu berkata :

'ketahuilah aku ulama yang tinggi lagi hebat. baru kembali dari alam ghaib dan memperolehi syurga yg tinggi. cuba kau lihat syurga yang telah disediakan Allah utkmu. jika kamu hendak mengetahui zat Allah maka patuhlah kepada kami.'
syaitan pon membukakan tirai berwarna warni dan diperlihatkan benda yang lebih besar dari langit dan bumi. 

'itu lah zat Allah yang ptut kau sembah.' iblis berkata.


berkatalah orang yg sedang sakaratulmaut itu, 
' wahai guruku bukankah ini benda yang benar2 besar tetapi benda ini dikelilingi enam ( ada kiri kanan atas bawah hadapan dan belakang). sedangkan zat Allah tidak menyerupai makhluk. sempurnanya Allah dari sifat kekurangan. tapi yang ini lain pula keadaan nya dari yang diketahui ku. sekarang yang patut aku sembah adalah bnda ini'

dalam keraguannya itu dicabut nyawanya. maka matilah dia dalam keadaan kafir dan segala amalan nya terhapus disisi Allah.

7)DIPERLIHATKAN KEBENARAN PALSU

 - umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 golongan namun hanya 1 yang berhasil ke syurga. dan syaitan akan menggangu anak Adam dengan 72 jenis godaan yang berlainan semasa sakaratulmaut. diperlihatkan kebenaran palsu agar manusia terpedaya. seolah2 itu sahaja cara utk manusia masuk syurga.


~maka hendaklah kita mengajarkan talkin : laa ilaha illalah kepada orng yg hampir mati untuk menyelamatkan dirinya daripada gangguan syaitan yg berusaha bersungguh2 mengacau org yg sedang sakaratulmaut itu.  
Nabi Muhammad SAW bersabda;

        ' Ajarkan lah olehmu (orang yang masih hidup) kepada orang yg hampir mati itu Laa Ilaha Illalah.'

p/s: jangan ingat kematian itu benda senang. ianya amat menyakitkan kerana rasanya lebih dahsyat dari tusukan 70 pedang. dan kematian itu sangat menyenangkan bagi orang yang beramal soleh. maka persiapkan diri untuknya. semoga bermanfaat :)

No comments:

Post a Comment