my LADY BUGS..

Tuesday 9 October 2012

Suami Idaman


Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

Pakwe Indon

Milah merupakan gadis yang sangat cantik telah membawa balik seorang mat indon untuk dperkenalkan kepada ayahnya. Lalu berbual lah ayah Milah dengan lelaki itu.

Ayah: betulkah kamu cinta pada anak saya?
Mat indon: betul pak. saya sangat membutuhkannya....
si ayah tiba-tiba bangun sambil menghentak meja
 Ayah: aku cakap baik2 kau mencarut ya. keluar dari rumah aku. keluarrrr sekarangggg!!!!!!

burung

Suatu hari di negeri Tajikistan terdapat sepasang suami isteri yang kaya raya dan penggemar binatang. Pada suatu hari si suami berhasrat ingin membelikan seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata dan mahal harganya. Lalu dia poskan burung itu memandangkan dia sedang berniaga di tempat yang jauh.

Suami: Macamna sayang burung itu?
Isteri: sayang suka sangat bang. sungguh pandai abang memilih burung. rasanya lagi sedap lagi daging ayam.
Suami:  terus meletakkan handphone.!

Ciuman..

Seorang wanita cantik jelita lagi menawan terkejut bila melihat seorang kenalan suaminya datang bersama duit RM500.
Kawan: berikan aku satu ciuman dan duit RM500 ni bakal menjadi milikmu!
Wanita: 1 kiss for rm500?? why not?

Beberapa jam kemudian suaminya pulang dan bertanya kepada isterinya
Suami: Kawan abang ada datang tak tadi?
Wanita ini takut kerana khuatir suaminya tahu perbuatan dia tadi
Wanita: ada bang. kenapa?
Suami: ohh, dia kata dia nak bayar hutang abg rm500. ada ayang terima tak?
Wanita: ("@:*&%!£^)

Api..

Seorang pegawai polis berpangkat inspektor telah menemuramah seorang lelaki yang menjadi saksi sebuah kebakaran sebuah flat yang telah mengorbankan nyawa 5 sekeluarga
Bob: saya yakin memang dia lah penyebab semua ni tok!
Polis: baiklah tolong bagitahu saya siapa dalang semua ni.
Bob: sy memang tak puas hati tok selagi dia tak diberkas!! (sambil menumbuk2 tangannya sendiri)
Polis: baiklah siapa dalang nya:
Bob: api, tok!!
Polis: (sambil memandang ke arah lain. mahu kemek batang hidung budak sekor ni kang!!!)

Taman bunga..

Pada suatu hari, ada pasangan kekasih sedang asyik dating di taman bunga.
Dara: Abang kata, nak luahkan isi hati. Apa dia bang?
Teruna: (memandang dara dengan wajah yang berkerut)
             Sabarlah sayang... abang memang nak luahkan isi hati tapi ....
Dara: Tapi kenapa?
Teruna: Abang kena luahkan isi perut dulu sebab dah tak tahaaaannn dah!! :)
 

Pandangan..

Pada suatu hari , Hilmi yang bekerja sebagai wartawan telah di arahkan untuk melakukan soal selidik warga emas tentang isu pembuangan bayi yang sering berlaku.
Hilmi: Assalamualaikum pak cik. Saya Hilmi dari akhbar Harian Kota. Saya ingin menemuramah pak cik tentang isu buang bayi yang sering berlaku. Apakah pandangan pak cik tentang punca2 nya?
Pakcik: Maaflah nak. Pakcik takboleh nak bagi pandangan.
(hairan seraya bertanya)
Hilmi: Eh kenapa pakcik?
Pakcik: Sebab pandangan pakcik dah kabur.
Hilmi: (laa.. ada jugak yang macam ni...)