my LADY BUGS..

Saturday 23 February 2013

PUTUS CINTA BUKANLAH PENGAKHIRAN DUNIA..




Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.” Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.

Putus Cinta Bukanlah Pengakhiran Segalanya!

Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?


Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah.
Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu?

Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).
Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya.
Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.

Serahkan cinta kita kepada Allah. Alihkan rasa cinta itu kepada dia. Tunjukkan rasa cinta itu dengan beribadat dan mengingatiNya. ianya tidak sukar malahan itu lebih senang dripada menelifon berjam-jam lamanya tanpa tujuan seperti dulu. Bukan shaja mendapat ganjaran pahala malah dapat menguatkan iman dan jiwa agar lebih matang dalam menghadapi ujian Allah selepas ini.

Ingin saya cerita kan kisah seorang sahabat yang selama ini sememangnya seorang gadis yang suka bermain cinta. Dan hidupnya sentiasa disinari cinta lelaki yang bernama kekasih tetapi akhirnya tersungkur di tengah jalan perhubungan.

" dahulu saya dikenali sebagai 'playgirl' dalam kalangan lelaki di sekolah mahupun di rumah. namun begitu saya sangat bangga kerana dengan cara itu akan lebih ramai lelaki mendekati saya. untuk membuatkan usaha itu lebih efektif, saya sering memakai pakaian sendat dimana tidak sesuai dikatakan sebagai BUSANA MUSLIMAH. ianya berhasil! saya berhasil mendapatkan lelaki-lelaki kaya dan terkenal di sekolah. saya terus leka dengan permainan cinta yang semakin lama semakin melalaikan.! saya lupakan Allah dan rasulNya . saya lupa ibu ayah.. hingga suatu hari..

saya hampir dirogol teman lelaki ketika sedang bersiar-siar menaiki keretanya di kawasan pedalaman. kawasan air terjun yang sungguh cantik. namun ia hampir mencoret sejarah hitam dalam hidup saya. namun Allah masih sayang... dia benarkan saya untuk bertaubat. namun saya masih lagi tidak perasan. sepulangnya daripada bersiar-siar kami terus berhubungan seperti tiada apa-apa terjadi..

saya diuji lagi dengan keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan. saya mendapat keputusan terendah dan hampir ditendang dari tempat pengajian. saya telah keluar bersiar-siar sendirian. dimana ketika itu mata saya terpandang masjid. ya.. satu bangunan yang telah lama saya anak tirikan.. enth bagaimana kaki ini melangkah kesana tanpa dipaksa. saya masuk dan terus menangis. ketika itu terbayang segala-galanya di depan mata seperti video mp4.. saya geli, jijik.... saya melihat diri saya ketika itu tidak ubah seperti perempuan murahan., membenarkan lelaki yang bukan suami menyentuh tangan saya... keluar berdua sepanjang hari.. saya terfikir sendirian. apa lah yang akan saya serahkan kepada suami kelak sekiranya saya sudah kehilangan segala-galanya? dan ketika itu juga Allah menunjukkan kuasanya! saya mendapat berita yang teman lelaki curang dengan salah seorang junior di sekolah menengah dulu. rupa-rupanya Allah sudah lama bagi petunjuk. cuma saya tidak menyedarinya!

saya bertaubat dan terus memutuskan hubungan dengan semua rakan lelaki. masjid dan Allah menjadi saksi penhijrahan saya yang sememangnya tidak diduga. hati saya perit tetapi saya mengubat keperitan dengan solat, zikir dan quran. alhamdulillah kurang masa 1 bulan saya sudah dapat melupakan dia. dan saya sudahpun mengubah penampilan dengan perlahan-lahan.. saya dah temui cinta sejati saya! yang setia dan membahagiakan. sekarang saya cuma menunggu masa untuk lebih mendalami ilmu agama. saya bahgia dengan hidup sekarang! Alhamdulillah Allah masih sayang dan tidak mahu saya terus sesat dengan insan yang bernama teman lelaki."

seperti yg diceritakan kepada saya melalui panggilan telefon tidak lama dulu... alhamdulillah!

maka adakah Allah itu tidak adil? oh tidak. dia telah mengambil orang yang kita sayangi dengan memberi orang yang jauh lebih baik. ucapkanlah ALHAMDULILLAH dan berlapang dada lah dengan apa yang terjadi.

~credit to harianislam dan editing sendiri :P  

No comments:

Post a Comment