Friday, 27 April 2012

CONTOH PENDAHULUAN KARANGAN PERBAHASAN DAN CERAMAH YANG CEMERLANG (SPM)

PERBAHASAN
       Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pegawai Pelajaran Negeri Selangor, Tuan Suhaimi bin Yaidi, Yang Berusaha Pengetua sekolah-sekolah menengah Daerah Kuala Selangor, panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang tidak pernah sedetik pun alpa menjalankan tugasnya, warga pendidik yang rabbani, barisan pembangkang dan seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekalian. Sekali lagi tonggak wawasan daripada barisan pencadang bangun dengan berani untuk meneruskan perjuangan kami yang belum selesai. Selaku pencadang yang kedua, saya menegaskan sekali lagi mauduk perbahasan kita iaitu.......

CERAMAH
       Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor, Tuan Haji Kamarul Ariffin Bin Sharif, yang disayangi para guru, ibu bapa dan rakan-rakan yang saya sayangi. Dengan takzimnya saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan ceramah dan berkongsi idea dalam majlis yang sudah pastinya mendatangkan impak  yang positif kepada semua yang hadir. Bersempena dengan Kempen Gerakan Membaca yang akan dilancarkan selepas ini, saya ingin menyampaikan ceramah yang bertajuk, 'Budaya Membaca Bermula di Rumah'. Pada hemat saya, mauduk ceramah ini amat sesuai dengan senario pada hari ini. Hal ini demikian kerana marcapada terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran yang dibawa oleh pengaruh teknologi moden sehingga menyekat budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, apakah prakarsa yang diambil oleh ibu bapa untuk memastikan budaya membaca terus subur dan dapat direalisasikan?

2 comments:

  1. Cuba post pendahuluan yang lebih mantap dan tidak biasa didengar

    ReplyDelete
  2. tak best la pendahuluan ni

    ReplyDelete