my LADY BUGS..

Monday 30 December 2013

FAKTA MENARIK TENTANG KEHAMILAN DAN KELAHIRAN





 


1. Hanya 5 % sahaja bayi lahir mengikut tarikh jangka kelahiran (Estimated due date EDD) mereka. Kebanyakan bayi lahir diantara minggu 37 hingga minggu 42 kelahiran.

2. Semasa mengandung, rahim ibu akan mengembang sehingga 500x ganda bagi menampung kandungan.

3. Fetus di dalam rahim sebenarnya boleh menggaru kepalanya sendiri dan bersin. :)

4. Ketika bayi hampir lahir, 90% masanya di dalam rahim digunakan untuk tidur.

5. Purata darah yang hilang semasa kelahiran normal adalah 500ml.

6. 80% daripada wanita mengalami sindrom 'baby blues' selepas kelahiran kerana perubahan hormon.

7. Tubuh manusia hanya boleh menahan kesakitan sehingga 45 del sahaja. Namun ketika melahirkan, kesakitan yg dialami oleh ibu adalah sehingga 57 del yg bersamaan dgn 20 tulang dipatahkan serentak.

8. Apabila ibu mula sakit untuk melahirkan, dicatat pahala jihad untuknya.

9. Sekiranya ibu meninggal dunia dalam linkungan 40 hari kelahiran, maka dia di kira mati syahid.

10. Apabila ibu melahirkan anak, terhapus lah dosa-dosa nya yang lepas.

11. Ibu yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

12. Setiap kesakitan urat nya ketika melahirkan, Allah kurniakan pahala menunaikan haji.

p/s: hormati dan sayangi lah ibu. ibu saya sendiri pon melahirkan sy secara pembedahan dan bila saya melihat parut (sy request nk tengok), air mata terus mengalir :')

Wednesday 20 November 2013

APAKAH HUKUM MENYIMPAN GAMBAR BENDA BERNYAWA DI DALAM RUMAH?

bismillah hirrahmani rahim....



diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin Ash, bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda
     
" orang- orang yang membuat gambar-gambar ini akan diseksa pada hari kiamat, dan dikatakan kepada mereka, ' Hidupkanlah apa yang telah kamu ciptakan.'"

diriwayatkan daripada Aisyah r.a dia berkata, " Ketika Rasulullah SAW memasuki rumah yang didalamnya terdapat tirai bergambar mereka melihat raut wajah baginda menunjukkan ketidaksukaanya. baginda telah mengambil tirai itu lalu mengoyakkannya. kemudian bersabda,

" orang yang paling keras siksaannya pada hari kiamat adalah para perupa ( yang membuat gambar makhluk hidup). "

dalam riwayat yang lain, Aisyah r.a membeli bantal untuk bersandar dan padanya terdapat gambar dan ketika Rasulullah SAW memandangnya, baginda hanya berdiri didepan pintu fan xmemasukinya. Aisyah mengetahui raut wajah baginda yang menunjukkan kebencian, maka dia bertanya,
"Wahai Rasulullah, saya akan bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya, dosa apekah yang telah saya lakukan?' lalu Rasulullah menjawab,
" untuk apa bantal ini?' Aisyah lalu menjawab, " saya membelinya untuk kamu, agar boleh duduk dan bersandar dengannya." kemudian Rasulullah bersabda,

" orang-orang yang membuat gambar ini akan diseksa pada hari Kiamat lalu dikatakan kepada mereka, ' Hidupkanlah apa yang telah kamu ciptakan." Baginda bersabda lagi,

"rumah yang didalamnya ada gambar (makhluk bernyawa) tidak akan dimasuki malaikat."

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas ra bahawa seseorang telah mendatangi Rasulullah llu inginkan fatwa dari Rasulullah kerana dia seorang perupa (pelukis). Rasulullah meminta meminta orang itu mendekatinya dan Rasulullah meletakkan tangannya ke atas kepala orang itu. Baginda telah bersabda,

" semua tukang gambar berada didalam neraka. diciptakan untuknya (dari) setiap gambar yang dia buat sebagai satu nyawa, sehingga diseksa di neraka Jahanam."

JADI APAKAH BOLEH ATAU TIDAK MELUKIS GAMBAR POTRET MANUSIA  ATAU BINATANG BERNYAWA?

Ibn Abbas telah berkata ;
" barangsiapa membuat gambar , maka Allah akan menyeksanya sehingga dia meniupkan roh kepada gambar itu, dan tidak ada orang yang dapat meniupkan roh kepada gambar itu selamanya."

jadi, apa yang boleh saya simpulkan daripada hadis di atas;

  • HARAM hukumnya melukis gambar hidupan yang bernyawa seperti MANUSIA, BINATANG, CORAK BATIN BERMOTIFKAN BINATANG dan sama waktu dengannya.
 begitu juga menyimpan gambar-gambar mahupon lukisan sedemikian. Nabi SAW telah bersabda;

" malaikat tidak akan memasuki rumah yang didalamnya terdapat anjing dan gambar. "

Semoga bermanfaat :)

Friday 28 June 2013

HIMPUNAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN, HADIS DAN MUTIARA KATA TENTANG WANITA (PART 1)



bismillah hirrahman nirrahim...

semua ini saya dapatkan secara copy and paste dari pelbagai jenis buku antara buku Jangan Bersedih (La tahzan), 299 nasihat utk muslimah dll. moga2 dapat memberi manfaat kepada semua.

1) tatkala ditimpa kesusahan dan kekecewaan yang menghimpit maka ucapkanlah Lailahaillah.

2) apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat, dan memelihara kehormatan maka dia akan memasuki syurga tuhannya
                                                                                                                                       -riwayat Ahmad-

3) bukan emas yang memperindahkan anda melainkan yang mencantikkan anda adalah akhlak anda dan kekayaan anda adalah etika anda.

4) sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang
                                                                                                                                -saidatina Aisyah r.a-

5) cukuplah Allah SWT sebagai pelindung dan dia sebaik2 pelindung

6) maka kesabaran yang baik itulah kesabaranku.
                                                                                                                                               -Yusuf : 18-

7) solat menjamin kelapangan dada pelakunya dan menghapus segala kesedihannya.

8) gunakan tiap detik itu untuk bertasbih, tiap minit anda untuk berfikir dan tiap jam anda untuk beramal.

9) maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmannya) : "sesungguhnya aku tidak akan sia2 kan amal orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan"
                                                                                                                                         -Al-Imran: 195-

10) kewarganegaraan seorang muslim itu adalah akidahnya.

Friday 22 March 2013

BIO: BIOCATALYST SEM 2 MATRICULATION [1]

CHARACTERISTICS OF ENZYME:

.specific to its substrate only
.require in small amount
.reuseable
.reduce the activation energy
.speed up the reaction
.doen not alter its shape after reaction take place
.made up of globular protein: coding by dna
.can be affect by extreme temperature, ph, concentration of subtrate and enzyme.

MECHANISM OF ENZYME REACTION

consist of LOCK AND KEY HYPOTHESIS and INDUCED FIT MECHANISM

LOCK AND KEY.
1)substrate bind to the active site of the enzyme
2)enzyme-subsrate complex
3)weak ionic and hydrogen bond will stay at it position in the subsrate
4)r-chain of the active site will catalyst by stressing and stretching the molecules of subsrate so the chemical bond of the substrate broken
5)lower the activtion energy to break the bond
6)the product disattached from enzyme.

INDUCED-FIT MECHANISM
1)substrate bind to the active site of the enzyme
2)enzyme alter it shape so it fit well to subsrate molecule
3)enzyme-substrate complex
4)weak bond and hydrogen bond will be held the subtrate to the active site of the enzyme.
5)active site (r-chain)will stressing and stretching the molecule of substrate in order to break the bond that hold the substrate molecules.
6)activation energy lowered
7)the product disattached from the enzyme.

FACTORS AFFECTING THE ENZYME ACTION

I) ph
II) temperature
III) concentration of substrate
IV) concentration of enzyme

I) PH
.in the lower ph, acidity is reduced and the concentration of H+ ion increase. this will disrupt the ionic bond of the enzyme. active site are no longer productive to catalyst the subsrate. rate of reaction decreased.
.in the higher ph, basidity increase resulting in increasing of hydroxyl ion (OH-) also disrupt the ionic bond of the enzyme, active site are no longer productive to catalyst the substrate. rate of reaction decreased.

II) TEMPERATURE
.at 0'c, enzyme did not denatured but inactive.
.at optimum, rate of reaction is highest
.above 40'c, rate of reaction decreased. enzyme denatured.
" as increasing temperture, the collisin of the enzyme and subsrate increase. but higher temperature above the optimum temperature will resulting in decreased of rate of reaction. too high of kinetic energy will break the bond the hold the 1st,2nd,3rd and 4th structure of the protein. shape of the active site and enzyme itself would change and the active site of the enzyme are no longer fit with the subsrate. rate of reaction decrease sharply and finally no reaction occurs."
.after denatured the enzyme would never returnable.
.increasing temperature every 10'c will doubled the rate of reaction (below 40'c)

III) CONCENTRATION OF THE SUBSTRATE
.the rate of reaction increase until the point where enzyme are saturated with subsrate.
rate of reaction remain constant.
.the substrate has to wait for the enzyme to finish its reaction so it can bind to the enzyme.

IV) CONCENTRATION OF THE ENZYME
.rate of the reaction increased until there are the limiting substrate molecule left for the reaction.
.there are no other way to increase the rate of reaction. only increase the concentration of subsrate will increase the rate of reaction.

APAKAH RAHSIA BATU HAJAR ASWAD?

Hajar Aswad yang terletak di dalam bingkai perak
Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.

Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.

Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda:

“Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.

Hadis tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca doa ketika hendak istilam (mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada setiap putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya: 

“Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar”.

Asal Usul Hajar Aswad

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka'bah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka'bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. 

Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Ka'bah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. 

Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Ka'bah disunnahkan mencium Hajar Aswad.

Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya

1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: “HajarAswad dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuh dari sakitnya”

Hajar Aswad dicium oleh berjuta-juta jemaah haji

Duhulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka'bah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

2. "'Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya.'' (Muttafaqun alaihi).

3. Mencium hajar aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah tidak dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orang yang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya.

Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:

“Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.

Akhir kata, Kita semua tahu jika Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau manfaat, begitu juga dengan Ka’bah, ia hanyalah bangunan yang terbuat dari batu.

Ibadah haji yang dihadiri berjuta-juta umat Islam

Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.

Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”

Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.

Kerana ada rahsia besar dibalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya : 

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan" 
(QS. An-Najm : 53)
 
 
credit to: zharifalimin.blogspot.com :)

Thursday 14 March 2013

WANITA, KENAPA HATIMU BEGITU SENANG DIMILIKI?

bismillah hirrahman nirrahim..
 
 
 
Allah telah berfirman dalam Surah Al-Isra' ayat ke-17 bermaksud:

" Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk"

Cinta? sejauh mana ingin aku lari, tidak pernah berjaya. pasti akan ada mulut-mulut yang galak bertanya..
 
" kau dah ada pakwe? kalau xde lagi meh aku rekomenkan. dia tu kan bla..bla..bl
 
aku cuma mampu senyum tidak membalas soalannya. senyuman yang penuh makna. kerana hatiku telah bulat.. TIADA LAGI COUPLE SEBELUM NIKAH. 

aku bukanlah seorang yang begitu hebat untuk mengatakan begitu. namun dulu aku pernah punyai perasaan cinta dan bercinta namun Allah masih sayang. aku telah dibukakan hijabnya. dan betapa aku merasa ruginya aku. aku tidak menyedari yang cinta yang sebenar-benarnya telah hadir dalam hidup aku tidak lama dulu.

aku cuma seorang muslimah yang ingin berubah dalam usaha mencari keredaan Ilahi. aku masih belum layak ingin menilai manusia dan merangka segala-galanya tentang Islam. ilmu masih sedikit. masih banyak yang perlu aku belajar.

Namun, terdetik di hatiku untuk menitipkan entri di sini sementelah ku berasa risau melihat teman-temanan yang ada di sekelilingku terlalu asyik & mudah benar tertipu dengan tipuan dunia yang satu itu iaitu; bercinta & berpasangan sebelum nikah.

Coretan ini juga untuk memperingatkan diri ini yang selalu kerapuhan jua, insyaAllah.

Dia memang kacak, pandai pula mengambil hati, sangat romantis dan penyayang.. Namun, benarkah dia tertulis menjadi kekasihmu yang halal kelak?
Kalau kamu juga tidak tahu & tidak pasti, mengapa mudah benar kamu menyerahkan dirimu untuk disentuh oleh dirinya yang belum halal bagimu?

Aku bukan cemburu denganmu. Ya, kamu memang cantik, tubuhmu yang langsing dan wajahmu yang menawan itu selalu saja mencairkan hati nurani sang lelaki. Namun, apalah maknanya hantaran yang berpuluh ribu itu, jika semua keindahanmu telah pun menjadi tontonan mata lelaki durjana saban waktu?


Wahai sahabatku, wahai para wanita yang dikasihi Allah,
Tidakkah kamu ingat peringatan Rasulullah saw; bahawa kebanyakan penghuni neraka adalah daripada kaum kita? Tidakkah kamu ingat lagi, Rasulullah saw juga pernah mengingatkan bahawa kita adalah fitnah terbesar bagi kaum lelaki?

Aku tahu, kamu cinta dia. Aku tahu, dia baik. Aku tahu, kamu tak mahu kehilangannya.

Aku tahu, kamu fikir bila kamu melepaskannya, ada kemungkinan kamu tak mungkin mendapat ganti yang lebih baik...

Namun, tahukah kamu, semua itu adalah tipu daya syaitan untuk kita sentiasa mengikut telunjuknya & memasuki jalan yang buruk?

Jalan yang hina yang membawa kita terus masuk ke lembah kehinaan. Iaitu jalan yang menghampiri penzinaan? zina hati, zina tangan, zina pancaindera dan sebagainya.

Kita selalu tertanya-tanya. Tidak adakah lagi lelaki yang baik dan soleh di dalam dunia ini? Mengapa yang ditemui semuanya lelaki haprak dan tidak berguna?

Tanyalah pada diri kita sendiri, layakkah kita mendapat pasangan yang soleh agaknya? layakkah kita mendapat seorang ustaz atau imam muda kiranya solat kita juga tidak sempurna? Subuh juga tertinggal, aurat juga terdedah sana sini. menuntut ilmu pun malas & iman juga masih rapuh?

Tahukah kita, mukmin yang soleh itu mendoakan jodohnya adalah calon yang terdiri daripada mukminah yang solehah jua?  Bahkan mereka sungguh sabar menjaga hati & perasaan lantas menyerahkan cinta itu kepada pemilik segala cinta iaitu Allah?

Ku beri satu analogi mudah di sini; Sama juga kisahnya dengan calon Matrikulasi ataupun STPM yang memohon menyambung pengajian ke peringkat sarjana muda. Adakah pointer 2.2 sudah cukup untuk melayakkan kita mendapat tawaran jurusan perubatan?

Semua orang mahukan yang terbaik sahaja di dalam hidup mereka. Namun, layakkah kita mendapat yang terbaik itu? 

Soalkanlah soalan itu pada diri kita sendiri. Malulah sedikit kepada Allah.. Malulah kepada Allah, kita tidak layak pun untuk meminta lebih daripadaNya. Sungguh Allah jua menganugerahkan rezeki & ujian yang berpadanan dengan kita.


Kita juga selalu mengharapkan kebahagiaan daripada kisah cinta kita dan si dia. Namun, ingatlah, kebahagiaan itu datangnya daripada Allah. Logikkah kita meminta & mengharapkan kebahagiaan daripada sesuatu yang memurkakan Allah yakni dengan berbuat kemaksiatan?

Jangan mudah benar menyerahkan hati & perasaan. Apatah lagi sekadar buat lelaki yang tidak berkualiti seperti dia. Kalau baru pertama kali bertemu sudah berani menyentuh tangan kita, itu sudah cukup untuk membuktikan dia bukan lelaki beriman. Kalau baru 2-3 kali ber-SMS sudah memanggil kita dengan panggilan 'sayang', itu juga membuktikan betapa murahnya kasih & sayang si dia.

Ingatlah teman-temanku,
Bukan begitu caranya Saidina Ali mencintai Fatimah Az-Zahra.  Bahkan jauh benar bezanya dengan cara Rasulullah saw mencintai Siti Khadijah.

Cinta mereka dihubungkan oleh cinta Allah sebagai perantaranya. Cinta suci yang membawa bahagia hingga ke syurga..

Benda yang sangat murah & mudah diperolehi, mudah jugalah untuk dibuang. Begitu jugalah dengan cinta & hati kita. Jangan mudah sangat jatuh cinta dengan orang tidak berhak atas kita. Itu sudah membuktikan betapa murahnya harga sekeping hati & harga diri.

Jagalah hati, jagalah iman, jagalah peribadi, jangan sesekali khianati amanah diri, agar mahal hargamu, mahal daripada dunia & segala isinya, insyaAllah. Teruskan berdoa & bersabar. Mudah-mudahan Allah akan menganjarkan balasan yang setimpal, insyaAllah.

Tidak salah jatuh cinta. Namun, perlulah disalurkan melalui saluran yang betul. Apalah salahnya menjadi rahsia kita & Allah sahaja? Jika berjodoh, insyaAllah Allah akan menyatukan jua cinta itu. Boleh jadi, jatuh cinta itu juga merupakan ujian buat kita.


Akhirul kalam, renungilah kata-kata ini teman..


Sesungguhnya, tidak kiralah sekuat mana cinta dan kasih kita pada seseorang, yang menyatukan cinta itu adalah Allah. Tetap takkan bersatu hati dan cinta itu tanpa perkenan daripada Allah.

Namun, jika Allah meredhakan dan mengizinkan, tidak kiralah sejauh mana terpisah, selama mana menyepi dan terputus khabar, atau sedalam mana reluk kita berlari, kekuasaan dan keesaan Allah tetap akan menyampaikan perasaan yang kita rahsiakan itu.
 
Oleh itu, adalah teramat perlu untuk kita mencari dan mencintai ‘Yang Menjadikan Sesuatu’ itu dan Dia yang menyatukan cinta itu, iaitu… Allah swt.

Adapun Allah melengahkan kedatangan jodoh & pertemuan buat kita kerana mahu kita meraih cintaNya dan rasulullah saw, menuai cinta dengan ibu bapa, membenih kasih dengan amal kebaikan serta mahu menyedarkan kita bahawa satu-satunya cinta yang paling kita perlukan ialah cintaNya semata-mata.

rujukan: syauqahwardah10902.blogspot.com :)

TIP-TIP AWAL BERTUDUNG LABUH UNTUK MUSLIMAH :)

                   

     bismillah hirrahman nirrahim..

"...Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu...." [surah 24; an-Nur; ayat 35]

"Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus." [surah 24; an-Nur; ayat 46]


Sebenarnya Allah telah mengurniakan manusia terutamanya para wanita dengan hati yang lembut bahkan lebih lembut dari sutera. hati yang mudah terpanggil ke arah kebaikan. namun begitu, ramai yang terleka gara-gara tidak mampu menahan gelojak nafsu dan syaitan laknatullah. adakah sudah ramai yang mula terusik hatinya tatkala hidayah tiba membelai hati nurani? saya yakin pasti ada..
Hidayah ini menyapa tanpa disedari melembutkan hati untuk merapatkan diri kepada Ilahi. Hati terasa teruja melakukan kebaikan, langkah laju diatur ke denai-denai majlis Ilmu, bibir pula tak henti melafazkan zikrullah mahupun doa agar Allah menguatkan hati untuk terus ada di jalan yang benar ini.
.Saat saya melihat wajah dan pakaian di cermin ketika ini saya masih belum mampu tersenyum bangga. saya bertanya diri sendiri " Redakah Allah dengan apa yang aku pakai?" saya mulai berasa sebak didada kerana saya masih lagi jahil dalam menegakkan agama Islam yang suci. Ya Rahman Ya Rahim, tunjukanlah jalan padaku agar lebih mudah aku berhijrah padamu..perubahan yang baik..

Apabila terkenangkan reaksi ahli keluarga dan sahabat handai mungkin ada yang membatalkan hasrat murni untuk berhijrah. salah satunya dengan mengubah penampilan. ada yang tidak kuat untuk menghadapi cacian dan sindiran sanak-saudara serta rakan-rakan. apabila lahirnya seorang muslimah daripada keluarga yang sederhana sahaja pegangan agamanya, BERTUDUNG LABUH dikatakan sesuatu yang agak aneh dan pelik. apatah lagi ditambah dengan pakaian di zaman silam yang sama sahaja seperti manusia zaman batu dahulu kala, makin meneballah rasa malu untuk menyahut seruan Allah dan Rasulullah SAW.
bersyukurlah tatkala hati sudah mulai terbuka kerana anda merupakan insan terpilih!
Situasi ini kerap kali melanda hati, diri yang baru 'dipanggil' pulang oleh Allah. Respon bagi panggilan tersebut ada 3;

1) Ramai di antara hamba-hamba yang diuji Allah ini berjaya melalui liku-liku tersebut dengan sabar & tabah sebelum istiqomah menyarungkan tudung labuh. Alhamdulillah. 

2) Namun, ramai juga yang cuma separuh jalan menyahut panggilan Hidayah Allah lantaran memikirkan kata-kata orang & keluarga. Ramai juga meninggalkan penampilan tudung labuh kerana kembali 'terpikat' dengan keduniaan seperti terpengaruh dengan fesyen, takut tidak bertemu jodoh ataupun kerana menggunakan alasan susah mencari pekerjaan dengan pakaian tersebut.

3) Ramai juga yang langsung tidak mengendahkan ketukan Hidayah Allah yang dibiarkan berlalu sepi. Mereka ini terlepas peluang keemasan apabila menyangka Hidayah itu boleh dibeli dan akan tiba hanya dengan menanti.

Kepada sahabat-sahabat, adik-adik serta kakak-kakak yang dikasihi Allah, pilihlah untuk menjadi hamba-hambaNya seperti respon yang pertama,

Renungilah firman Allah; 
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya."  [surah 2; al-Baqarah; ayat 45-46]
Allah sentiasa ada buat kita. sekiranya kita sudah pun terpanggil untuk berhijrah. ucapkanlah Alhamdulillah kerana bukan calang-calang orang yang terpanggil menerima seruan hidayah tersebut. sanggupkah kita membiarkan sinar hidayah itu luput dihembus bayu? apakah panggilan Allah itu tidak berharga sama sekali?
Sesungguhnya, biar kita hilang 'seseorang' atau 'sesuatu' demi Allah. Daripada demi 'seseorang' & 'sesuatu' kita kehilangan Allah. Nauzubillah.

Apabila hati tiba-tiba terasa insaf dan ingin kembali, namun, masih keliru apa yang perlu dilakukan.

         Tip-tip awal untuk muslimah yang ingin bertudung labuh.
1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar. 
2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.
3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).
5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)
6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.


contoh 1: Tudung Akel bidang 50.


Contoh 2: Pashmina (selendang menutupi dada & tidak jarang)

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^


contoh Tudung Turki jenama Akel bidang 60.


9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :)


contoh tudung labuh berjahit. Kain jenis koshibo.


dipersilakan mencuba. saya sendiri pun masih lagi dalam proses untuk menuju ke arah ini. In shaa Allah, menjelang pertengahan tahun ini saya akan mula bertudung labuh. saya tidak memberitahu sesiapa dan ingin saya jadikan ini sebagai kejutan buat ibu ayah yang selama ini tidak putus-putus menyokong saya dalam berhijrah. saya tidak ingin kelihatan cantik dimata manusia, cukuplah saya kelihatan sempurna mengamalkan syariat Islam iaitu menutup aurat. :)

Secara tidak langsung, akhlak kita juga seakan terpelihara sebagaimana terpeliharanya maruah kita dilindungi kelabuhan tudung yang dipakai. Kita akan jadi segan untuk berakhlak buruk & melakukan kemungkaran.  

Sebenarnya, boleh sahaja kalau hendak terus memakai tudung labuh. Namun, seeloknya, kita mulakan secara perlahan-lahan agar diri lebih yakin & bersedia. Tidaklah nanti perubahan itu terlalu drastik & takut diri tidak dapat mengadaptasi dengan penampilan baru itu. Cepat atau lambat, yang penting, perubahan itu ikhlas & istiqomah. Jadi, banyak-banyakkan berdoa agar Allah mempermudahi jalan kita untuk meraih redhaNya.  

Firman Allah swt; "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka...." [surah 24, an-Nur; ayat 31]

Kuatkan semangat, kuatkan semangat, kuatkan semangat serta mohonlah kekuatan daripada Allah. Sesungguhnya tidak salah berubah jika perubahan itu ke arah kebaikan & mendekatkan jarak kita dengan Allah. Yakinlah bahawa Allah akan menganjarkan kebaikan kepada kita di atas pengorbanan kita.


Firman Allah swt;
"Dan barangsiapa yang berjihad (melakukan kebaikan), maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam." [surah 29; al-ankabut; ayat 6]


"Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan & seindah hiasan dunia adalah wanita yang solehah." [HR Bukhari & Muslim]




source : www.syauqahwardah1209.blogspot.com dan own editing.

Monday 11 March 2013

ADA APA DENGAN TIDUR? APA HUBUNGANNYA DENGAN STUDENT?

                         

Kita selalu disarankan untuk tidur awal di antara tujuh hingga lapan jam setiap hari.
Terutama student yang masih belajar, lagi la mengalami masalah untuk dapatkan tidur awal.
Orang yang selalu dan suka berjaga malam akan cepat merasa lapar dan cenderung untuk makan di waktu makan.
Nak mudah dan cepat makan Maggi.Senang didapati, mudah disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran.

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah:
  • Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  • Tidak buang air kecil di pagi hari.
  • Terlalu banyak makan.
  • Tidak mengambil sarapan.
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  • Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  • Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  • Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya  dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kurangkan makan makanan segera, lagi-lagi jika anda jenis yang berjaga waktu malam sehingga lewat pagi.

Mari kita lihat bagaimana tubuh kita berfungsi.

Malam (9pm – 11pm): 

adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): 

 Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am – 3am): 

proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am – 5am): 

proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalami batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am – 7am): 

proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am – 9am): 

Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.
Tapi lain pula jadi, kalau waktu tidur anda terlalu lama.
“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.
Masalah sukar untuk tidur ini boleh diatasi dengan banyak cara. Ianya bergantung kepada seseorang bagaimana seseorang itu boleh mengatasi masalah tidur mereka. Apa yang dikongsikan ini hanya sebagai rujukan untuk anda yang sedang menghadapi masalah tidur. Anda boleh menggunakan cara ini bagi mengatasi masalah tidur anda.

Cara Mengatasi Masalah Tidur

Masalah susah untuk tidur akan dapat diatasi jika anda berusaha untuk mengatasinya. Ianya bergantung kepada diri anda bagaimana anda mengatasi masalah tidur yang anda hadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang lain.
  • Kosongkan Fikiran Dari Semua Perkara
    Biasanya anda susah untuk tidur kerana disebabkan oleh pemikiran anda sendiri. Anda mungkin menghadapi banyak masalah yang sentiasa berlegar-legar dalam fikiran anda. Ianya pasti mengganggu tidur anda yang boleh menyebabkan anda susah untuk mendapat tidur yang baik. Jadi, anda perlu mengatasi masalah ini. Anda hendaklah cuba untuk mengosongkan fikiran anda dari apa sahaja perkara. Memang agak sukar untuk melakukannya tapi anda boleh cuba melakukannya. Cuba lupakan sekejap segala masalah, jangan fikirkan perkara negatif, dan berfikirlah dengan tenang. Apabila fikiran anda mulai tenang, anda pasti akan dapat tidur dengan baik.

  • Tetapkan Waktu Tidur Sama Setiap Malam
    Waktu tidur adalah penting dalam memberikan tidur yang baik kepada seseorang. Jika anda menghadapi masalah tidur maka anda perlu menetapkan waktu tidur yang sama pada setiap malam. Jika pada malam ini anda tidur jam 11 malam, esok pun anda kena tidur pada waktu yang sama. Begitulah juga pada hari-hari yang seterusnya. Ianya bagi menetapkan satu tabiat dalam diri anda untuk tidur pada waktu itu. Jika diamalkan selalu, pemikiran anda telah ditetapkan untuk tidur pada masa tersebut.

  • Pastikan Tempat Tidur Nyaman Dan Selesa
    Faktor persekitaran amatlah mempengaruhi tidur seseorang. Tempat tidur yang baik akan dapat memberikan tidur yang baik juga kepada kita. Anda sudah tentu sekali akan merasa tidak selesa tidur jika tempat tidur anda itu kotor, berbau busuk, basah dan macam-macam lagi. Ianya boleh mengganggu keselesaan anda tidur. Oleh itu pastikan tempat tidur anda itu bersih dan selesa. Untuk lebih keselesaan pasang la kipas supaya anda tidak berasa panas semasa tidur.

  • Elakkan Dari Bunyi Bising Bunyi yang terlalu bising boleh menganggu tidur seseorang. Bagi saya sendiri, adalah sukar untuk tidur jika keadaan sekeliling yang bising. Saya pasti anda juga mengalami situasi yang sama. Anda perlu elakkan dari tidur dalam keadaan yang bising. Kalau boleh tutup terus sumber bunyi-bunyi yang bising seperti lagu-lagu yang anda pasang di radio, handphone dan laptop anda. Jika anda mahu juga anda boleh pasang dalam kadar tidak terlalu kuat. Mungkin lagu-lagu yang anda minat boleh membantu anda melelapkan mata anda. Jika anda mendengar bacaan zikir dan Al-Quran itu adalah lebih baik.

  • Tutup Semua Sumber Cahaya
    Cahaya yang terang adalah salah satu faktor yang menyebabkan anda sukar untuk tidur. Saya sendiri memang sukar untuk tidur jika cahaya lampu yang masih terbuka. Jika sumber cahaya yang terlalu terang akan menyebabkan anda susah untuk melelapkan mata. Bagi mengatasi masalah susah untuk tidur, anda hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap. Tutup semua lampu dalam bilik anda kalau boleh. Tidur dalam gElap akan lebih cepat untuk anda melelapkan mata.

  • Baca Doa Sebelum Tidur
    Tidurlah dalam keadaan yang tenang dan mendapat keberkatan dari Allah. Itulah yang kita mahukan. Banyakkan berzikir dan berdoa sebelum tidur supaya diberikan ketenangan oleh Allah. Lupakan segala kerungsingan dalam diri anda dan banyakkan mengingati Allah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.
credit to HARIANISLAM.COM :)