my LADY BUGS..

Wednesday 27 February 2013

MASALAH KENTUT DALAM SOLAT

Soalan
Saya sering mengalami kentut semasa menunaikan solat dan ini menganggu solat dan wuduk saya. Bolehkah pihak panel memberi apa-apa tips untuk saya mengatasi masalah ini ? Sekian, terima kasih.

Jawapan

dalam persoalan yang berkaitan dengan kentut, ia akan membatalkan wudhu’ dan hal ini juga akan menyebabkan solat yang sedang didirikan terbatal.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sering terkentut semasa bersolat perlu mengenal pasti terlebih dahulu status kentut yang dialami itu. adakah ia kentut yang membatalkan wudhu’ ataupun sebaliknya.
Dalam isu ini Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam ada bersabda, maksudnya:

Dari ‘Ubbad bin Tamim dari bapa saudaranya yang bertanya kepadarasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam tentang seorang lelaki yang ragu-ragu di dalam solatnya sama ada dia terkentut ataupun tidak. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam menjawab; “Janganlah ia keluar dari solatnya sehinggalah ia terdengar bunyi (kentut) ataupun terhidu bau”.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim).


Oleh itu, dalam masalah ini anda perlu kenal pasti sama ada angin yang anda sangkakan kentut itu benar-benar keluar dari dubur anda ataupun berpunca daripada sumber yang lain.
Selain itu, adakah anda terhidu bau yang busuk selepas itu. Jika ada terbau jelaslah bahawa anda telah terkentut dan hal ini telah menyebabkan solat anda terbatal kesan daripada terbatalnya wudhu’ anda.
Namun begitu, jika tidak terbau ini bermakna ia bukannya kentut dan anda boleh teruskan solat tersebut kerana ia bukan kentut. Wallahu 'Alam.

copyfrom:insafislam.blogspot.com :)

Saturday 23 February 2013

PUTUS CINTA BUKANLAH PENGAKHIRAN DUNIA..




Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.” Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.

Putus Cinta Bukanlah Pengakhiran Segalanya!

Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?


Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah.
Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu?

Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).
Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya.
Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.

Serahkan cinta kita kepada Allah. Alihkan rasa cinta itu kepada dia. Tunjukkan rasa cinta itu dengan beribadat dan mengingatiNya. ianya tidak sukar malahan itu lebih senang dripada menelifon berjam-jam lamanya tanpa tujuan seperti dulu. Bukan shaja mendapat ganjaran pahala malah dapat menguatkan iman dan jiwa agar lebih matang dalam menghadapi ujian Allah selepas ini.

Ingin saya cerita kan kisah seorang sahabat yang selama ini sememangnya seorang gadis yang suka bermain cinta. Dan hidupnya sentiasa disinari cinta lelaki yang bernama kekasih tetapi akhirnya tersungkur di tengah jalan perhubungan.

" dahulu saya dikenali sebagai 'playgirl' dalam kalangan lelaki di sekolah mahupun di rumah. namun begitu saya sangat bangga kerana dengan cara itu akan lebih ramai lelaki mendekati saya. untuk membuatkan usaha itu lebih efektif, saya sering memakai pakaian sendat dimana tidak sesuai dikatakan sebagai BUSANA MUSLIMAH. ianya berhasil! saya berhasil mendapatkan lelaki-lelaki kaya dan terkenal di sekolah. saya terus leka dengan permainan cinta yang semakin lama semakin melalaikan.! saya lupakan Allah dan rasulNya . saya lupa ibu ayah.. hingga suatu hari..

saya hampir dirogol teman lelaki ketika sedang bersiar-siar menaiki keretanya di kawasan pedalaman. kawasan air terjun yang sungguh cantik. namun ia hampir mencoret sejarah hitam dalam hidup saya. namun Allah masih sayang... dia benarkan saya untuk bertaubat. namun saya masih lagi tidak perasan. sepulangnya daripada bersiar-siar kami terus berhubungan seperti tiada apa-apa terjadi..

saya diuji lagi dengan keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan. saya mendapat keputusan terendah dan hampir ditendang dari tempat pengajian. saya telah keluar bersiar-siar sendirian. dimana ketika itu mata saya terpandang masjid. ya.. satu bangunan yang telah lama saya anak tirikan.. enth bagaimana kaki ini melangkah kesana tanpa dipaksa. saya masuk dan terus menangis. ketika itu terbayang segala-galanya di depan mata seperti video mp4.. saya geli, jijik.... saya melihat diri saya ketika itu tidak ubah seperti perempuan murahan., membenarkan lelaki yang bukan suami menyentuh tangan saya... keluar berdua sepanjang hari.. saya terfikir sendirian. apa lah yang akan saya serahkan kepada suami kelak sekiranya saya sudah kehilangan segala-galanya? dan ketika itu juga Allah menunjukkan kuasanya! saya mendapat berita yang teman lelaki curang dengan salah seorang junior di sekolah menengah dulu. rupa-rupanya Allah sudah lama bagi petunjuk. cuma saya tidak menyedarinya!

saya bertaubat dan terus memutuskan hubungan dengan semua rakan lelaki. masjid dan Allah menjadi saksi penhijrahan saya yang sememangnya tidak diduga. hati saya perit tetapi saya mengubat keperitan dengan solat, zikir dan quran. alhamdulillah kurang masa 1 bulan saya sudah dapat melupakan dia. dan saya sudahpun mengubah penampilan dengan perlahan-lahan.. saya dah temui cinta sejati saya! yang setia dan membahagiakan. sekarang saya cuma menunggu masa untuk lebih mendalami ilmu agama. saya bahgia dengan hidup sekarang! Alhamdulillah Allah masih sayang dan tidak mahu saya terus sesat dengan insan yang bernama teman lelaki."

seperti yg diceritakan kepada saya melalui panggilan telefon tidak lama dulu... alhamdulillah!

maka adakah Allah itu tidak adil? oh tidak. dia telah mengambil orang yang kita sayangi dengan memberi orang yang jauh lebih baik. ucapkanlah ALHAMDULILLAH dan berlapang dada lah dengan apa yang terjadi.

~credit to harianislam dan editing sendiri :P  

CARA-CARA SUJUD SYUKUR DENGAN BETUL



bismillah hirrahman nirrahim...

saya dapati terdapat begitu banyak sekali percanggahan pendapat tentang sujud syukur. maafkan sy sekiranya baru sekarang saya dapat membetulkan tulisan sy ttg hukum dan ibadat di sini kerana rutin sebagai mahasiswa dan wifi internet yang selalu menjadi masalah.

APA ITU SUJUD SYUKUR?


Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan kerana mendapat nikmat daripada Allah SWT. tetapi harus diingatkan bahawa sujud syukur hanya sunat hukumnya apabila dilakukan kerana mendapat nikmat YANG BESAR dan JARANG2 berlaku sahaja. contohnya apabila dapat mendirikan rumah tangga atau mendapat pekerjaan. mendapat keputusan yg cemerlang dalam exam juga merupakan nikmat yg besar dan tidak selalu berlaku (?) TETAPI sekiranya nikmat tersebut adalah yg biasa biasa sahaja seperti DAPAT MAKAN atau MENDAPAT BELI TOPUP misalnya maka hukumnya sujud syukur tidaklah sunat tetapi BIDA'AH.

Firman Allah yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman : 12)
Dan juga sabda Nabi yang bermaksud :
“Dari Abu Bakrah r.a.Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT.”( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)
Cara untuk melakukannya tidaklah susah sangat nak buat sujud syukur ini.. Tak sampai lima minit atau kurang lagi.


untuk sujud syukur TIDAK PERLU :
  • BERWUDUK kerana dilakukan di luar waktu solat
  • MEMBACA AL - FATIHAH atau apa2 rukun solat yg selain daripada NIAT, TAKBIR, SUJUD dan SALAM
APAKAH CARA YANG PALING TEPAT UNTUK MELAKSANAKAN SUJUD SYUKUR? 
1.  Niat. 
          " sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala"
2. takbiratul ihram
            angkat tangan sebagaimana takbir dalam solat
3. satu kali sujud
4. bacalah doa yg sebagaimana biasa dibaca ketika sujud dalam solat

5. salam
           sebutlah "assalamualaikum warahmatullah.."

Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.

Dari itu, Diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam
Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :

Doa-sujud
Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”
Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan sujud syukur, masih boleh.
Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.

Nota tambahan:




  • 1. Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu: Berniat, takbiratul Ihram, sujud satu kali sahaja ,duduk selepas sujud dan memberi salam.

  • 2. Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.

  • 3. Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.

  • Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan solat sunat syukur. (Mughni Al-Muhtaj 1/219).

    Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau solat dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.
    Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.

    Sumber: Dr Wahbah Zuhaily dan harianislam.com :)

    Thursday 21 February 2013

    Student : Cara Mendapatkan Keberkatan Dalam Belajar


    bismillah hirrahman nirrahim.. :)

    Manusia sememangnya tidak akan pernah berhenti belajar tidak kira secara langsung atau tidak langsung. kita sendiri pon telah dididik sebaik2nya oleh kedua orang tua dan disitu lah kita mula mengenal objek-objek.. malahan sudah tahu bertutur dalam bahasa ibunda. menginjak dewasa ibu dan ayah menghantar ke sekolah seterusnya ke universiti. tapi adakah mereka-mereka ini tahu cara untuk mendapatkan ilmu yang berkat? 

     Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan?

    1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
    Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
    Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

    2) Disiplinkan diri.
    Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi
    Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
    Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

    3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
    Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
    Jadi, apa kata kita cuba tips daripada ‘salafus soleh’ terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

    4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
    Bahagian paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
      “Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema’ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya.”
    Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

    5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
    Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam ISLAM dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
    Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.

    "Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu"

    Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para Sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
    Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

    credit to iluvislam dan harianislam.com :)

    Friday 15 February 2013

    70 KALI KITA DI INTAI MALAIKAT MAUT SETIAP HARI!


    bismillah hirrahman nirrahim..

    Memang tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka. Allah berfirman yang bermaksud:

    “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)

    Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

    Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

    Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

    “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”
    Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

    Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin. Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.

    Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

    Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: 

    Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.itu bermakna rahmat Allah sedang turun padanya."

    Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)


    Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai aripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha. Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

    Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

     “Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”

    Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya. Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas. Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

     “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.
    Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

     Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

    Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun. Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.


    Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan. Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

    Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut. Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa. Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh. Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.

    Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka. Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah. Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

    Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul. Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya. Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

    Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar. Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian. Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian. Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah. 

    -credit to www.islamitusuci.com.my

    AZAB MENINGGALKAN SOLAT FARDU








    Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

    Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata,



    “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

    Maka berkata orang muda itu,

    “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

    Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W,

    “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

    Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

    Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,

    “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

    Berkata orang muda itu,

    “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.”

    Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda,

    “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

    Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

    Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,


    “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

    Lalu para sahabat bertanya,


    “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”

    Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”

    1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.
    2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
    3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

    Maka inilah balasannya.

    6 seksa di dunia

    1) Allah mengurangkan berkat umurnya
    2) Allah memanyahkan rezekinya
    3) Allah hilangkan tanda/cahaya soleh dari wajahnya
    4) Tidak akan mendapat tempat dalam islam
    5) Tidak mendapat pahala atas amal kebajikannya di dunia
    6) Allah tidak akan menerima doanya

    3 seksa hadapi maut

    1) Mati dalam keadaan amat dahaga
    2) Mati dalam keadaan lapar
    3) Mati dalam keadaaan hina

    3 seksa di dalam kubur

    1) Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempit kubur
    2) Allah akan menggelapkan kuburnya dengan segelap-gelap kubur
    3) Allah akan seksa hingga hari kiamat

    3 seksa dipadang mahsyar

    1) Pada hari kiamat akan dibelengu oleh malaikat
    2) Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan ehsan
    3) Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa orang yang meninggalkan sembahyang
    4) Allah akan memasukkan mereka yang meninggalkan sembahyang kedalam neraka dengan azab seksaan yang pedih lagi keras

    Dosa meninggalkan solat subuh
    •     Akan dimasukkan kedalam neraka selama 30 tahun akhirat bersamaan 60000 tahun dunia

    Dosa meninggalkan solat zohor
    •     Sekali meninggalkannya,dosanya seperti membunuh 1000 umat islam

    Dosa meninggalkan solat asar
    •     Sekali meninggalkannya,seperti meruntuhkan Baitullah (kaabah di Masjidil Haram)


    Dosa meninggalkan solat maghrib
    •     Sekali meninggalkannya seperti berzina dengan ibu sendiri


    Dosa meninggalkan solat isyak
    •     Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal dibumi dan berbumbungkan langit serta Allah tidak reda makan dan minuman yang ada dibumi dan langit

    -credit to www.islamitusuci.com.my :)

    Tuesday 12 February 2013

    KENAPA SUSAH SANGAT NAK BERSABAR NI??






    Bismillah hirrahman nirrahim.. 


    Assalamualaikum semua. What a day! Jom ucapkan alhamdulillah tanda syukur kpd Allah SWT sebab masih memberi kita masa untuk bernafas dan hidup di bumi dia. Sebab bila kita bersyukur, kita ucap alhamdulillah, kita pasti ingat Allah. Bila kita ingat Allah haaaaa, Allah bagi pahala. Mashaa Allah! Betapa pemurahnya Allah SWT beri kita pahala dengan hanya mengingatinya. Tapi xramai yang ingat dia. Ramai yang ingat dia masa kita susah je. Bukan sekadar kenyataan, tapi memang realiti! Kalau nak bagi contoh saya taknak bagi contoh yang jauh2. Kita boleh tengok orang-orang kaya..... yang suka pergi disco berbanding solat jemaah di masjid. Adakah mereka ni tiba2 je berdoa dalam disco tu angkat tangan dan menyebut Alhamdulillah atas nikmat yang Allah bagi? Mesti pelik kn? Jadi tu lah.... kadang2 kita tengok orang pakai songkok, kopiah ni pastu masuk masjid pulak.. kita cebikkan bibir kita ni. Dah lah buat macam tu cakap macam2 lah pulak. Riak lah, nk menunjuk lah.,. mashaa allah! Niat dia ikhlas ke tidak tu urusan Allah. Kita tak da hak nak menilai ibadat orang ikhlas ke tak. Tu urusan Allah. Janganlah kita jadi orang yang melampau batas. Sebab Allah benci orang yang melampau batas.

    Sabar? Apa sebenarnya sabar ni? Bila kita tanya 1000 orang akan adalah 1001 jawapan berbeza. Ada je orang bagi 2 jawapan berbeza. Pengertian sabar pada hemat saya ni apabila kita tenang dan selalu bergantung pada Allah bila diuji. Bukan asyik bergantung pada orang lain sebab manusia ni ada had kesabaran jugak betul tak? Sekali dua tak mengapalah. Tapi kalau dah setiap hari kawan mengadu benda yang sama, naik boring jugak. Lama2 marah lah dia. Tpi kalau kita mengadu kat Allah, Allah tak boring ke? Allah marah ke? Tidak. Allah tak marah langsung. Allah suka. Allah tak suka orang yang bila ada masalah tak mengadu padanya sebab tu lah manusia yang ego. Tak mahu merendah diri kepada dia. Tak mahu berdoa pda dia agar diberikan jalan penyelesaian terbaik. Malah orang lebih suka mengadu kepada kaunselor atau guru... kawan maybe.. dia ingat semua masalah kawan boleh selesai kot kan.... ikut dia lah... tapi cepat2 lah bertaubat.

    “bila ada masalah, tak perlu pening kepala fikir jalan penyelesaian. Allah cuma nak kita sabar dan solat.”

    Ya saya setuju dengan statement ni. Sebab memang dah terbukti keberkesanannya pada diri saya. Adalah satu hari ni ditakdirkan kawan saya di matrikulasi... dia sentap beg saya dan telah membuatkan saya tertarik kebelakang dan bahu saya sakit lah sikit. Saya pandang wajah dia. Bercampur rasa marah+geram+malu... agak2 apa hasilnya? Kalau nak gaduh eh boleh je.... saat tu juga saya gduh marah2 dia. Tapi... tatkala syaitan bisikkan kata2 godaan suruh saya marah budak ni... tiba2 hati saya terdetik.. ‘sabar..sabar. dia tak sengaja kot nak buat cam tu. ‘ agak2 mana kita pilih? Saya pun pandang muka dia dengan wajah yang masam dan bibir beransur2 senyum. Sy pon mengambil langkah memberitahu dia dengan nada suara bergurau. Rupa2 nya dia tak tahu yang dia telah menyakiti saya dan tidak sengaja pon. Apa terjadi kalau saya marah dia? Terlerai lah persahabatan kami yg terbina tu. Bukankah tu kesan buruk?

    Allah ni maha bijaksana dan maha mengetahui sebenrnya. Dia datangkan ujian dari pelbagai cabang. Tujuannya satu je. NAK UJI SEKUAT MANA IMAN KITA. Macam exam/ test di sekolah... kita study , ulangkaji sampai tak tidur malam. Siang malam pon study je. Biasalah exam kan. Apatah lagi pelajar universiti lagiilah... tapi ramai tak yg study untuk ujian Allah? Ramai tak yang sedar yang Allah pon adakan ujian untuk kita? Ramai yang tahu ujian Allah tu ada tapi ramai yang tak sedar yang ujian Allah tu boleh muncul dalam pelbagai bentuk. Dan ramai yang tak study dalam usaha untuk lulus dalam ujian Allah ni. Bagi saya orang yang betul2 pandai bukanlah manusia yang bijak dalam mathematics, sastera, biologi atau ekonomi asas..  bukanlah manusia yang menang anugerah nobel berkali2... tapi manusia yang lulus ujian Allah yakni manusia penyabar. Jadi saya tak kisah pon tengok orang tu bijak tapi tak peduli hukum hakam. Bukanlah saya ni pandai sangat tapi tu prinsip yang saya simpan kemas2 di hati sy. Saya kawan semua orang baik pandai atau bodoh. Tapi tulah.... sy rasa awak faham maksud sy kan? Sebab bijak dan bodoh tu adalah ujian. Bergantung pda mereka macamana mereka memahami konsep ujian Allah tu. Sebab bagi manusia yg faham, mereka pasti berbahagia.dan tiada istilah putus asa mahupun riak dalam hatinya.

    Kadang2 orang tak sedar bila marah mereka akan turut mengangkat tangan dan kaki. I mean pukul memukul lah. Orang pemarah/ panas baran misalnya. Saya pernah mendengar dari seorang sahabat..panas baran ni merupakan penyakit jiwa. Eh macam penyakit gila ke? Oh, tidak! Orang panas baran bukannya gila atau sewel tapi mereka mempunyai penyakit dalam hatinya. Yakni tak dapat mengawal marah sedangkan marah itu merupakan jalan mudah bagi syaitan laknatullah untuk menggoda manusia agar bertindak luar batas  seperti amok dan bunuh diri. Kepada yang ingin membaca tentang artis korea yg mati akibat membunuh diri klik sini <   > sebab tu entry lama takut ada yang tak sempat baca. Tu salah satu daripada kelaknatan Allah. Barangsiapa yang mati membunuh diri didunia ni, nanti di neraka dia akan diseksa dengan penyebab kematiannya selamanya. Contohnya dia mati terjun dari tingkat 30, dia akan terjun berulang2 kali di neraka. Betapa seksanya azab Allah. Jadi penyelesaian bagi orang pemarah ni bersabar dan beristighfar. Bila kita berhadapan dengan orang yang pemarah.. panas baran, kita perlu bijak menangani nya. Jangan lawan cakapnya, iya kan saja dan bila dia sudah hilang marahnya bolehlah berbincang cara diplomatik. Tapi apa pula yang harus dilakukan sekiranya kita yang marah?

    ‘ sekiranya sedang berdiri, maka duduklah. Sekiranya duduk masih belom mampu meredakan kemarahan, berbaringlah yakni mengiring. Jika itu juga tidak mampu meredakan marah dan sakit hati maka penyelesaian terakhir adalah WUDUK.’

    Sememangnya benar! Api amarah itu datangnya dari syaitan. Maka dengan berwuduk (air) api kemarahan itu akan dapat dipadamkan. Tu salah satu cara kita bersabar daripada marah. Rasulullah SAW merupakan manusia yang paling penyabar. Hal ini telah dibuktikan dengan peristiwa kematian saidina Hamzah ra yg merupakan asadullah (singa Allah) yg telah syahid dan mayatnya telah dibelah dan hatinya telah dikeluarkan oleh Hindun bt Utbah dan digigitnya hati tersebut kerana dendam. Rasulullah sangat berduka dengan kejadian tersebut dan ingin menuntut bela atas kematian Saidina Hamzah namun turunlah sepotong ayat iaitu:

    Maka Nabi Muhammad telah memilih untuk bersabar dan membatalkan hasrat untuk menuntut bela ke atas penganiyaan mayat Saidina Hamzah itu.

    Kita umat Muhammad dan hamba Allah wajib mencontohi penghuni kita itu. Namun pada hemat saya ramai yang gagal untuk melakukan sedemikian. Sememangnya Rasulullah itu sempurna namun tidak salah untuk kita cuba menjadi seperti dia bukan? Jadi banyakanlah beristighfar kepada Allah mudah-mudahan Allah pelihara kita daripada godaan iblis dan memelihara sifat sabar dalam diri kita. InshaaAllah

    Bodoh dalam pelajaran? tak mengapa.. :) : for muslim and muslimah






    Bismillah hirrahman nirrahim..


    Sejak cuti pertengahan sem yg bermula pada 1 feb lalu sememangnya masa dirumah disi dengan membuang masa.. saya telah bertransformasi kepada anak yg menyusahkan mungkin.. (senyum) buku2 pon jarang disentuh melainkan Running Man saja yg menjadi pilihan sehingga awal pagi. Setelah hampir 3 bulan tidak pulang sememangnya saya ingin menghabiskan masa yg berkualiti bersama keluarga. Namun begitu sebagai student pra universiti sy perlu ingat tanggungjawab saya. Study itu penting bagi kami, student.. xkisah lah pandai atau tidak.

    Tapi sayang seribu kali sayang. Ramai yg kandas b4 berjuang. Apa tu? Maksudnya orang yang mengalah sebelum mengetahui situasi yg sebenar. Kenapa jadi begitu? Kerana lemahnya hati. Kenapa hati kita boleh jadi lemah? Jawapannya kerana kurangnya nutrisi jiwa. Apa pulak nutrisi jiwa ni? Mungkin awak fikir sy sedang mengarut kan? Tapi tidak.. saya bercakap dan menaip berdasarkan gerak hati saya. Saya akan tulis apa saja yg saya rasa betul. Nutrisi jiwa tu apa? Okay.. nutrisi jiwa ini sebenarnya adalah SEGALA MACAM PERKARA KEROHANIAN YG KITA LAKUKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. Contohnya solat tahajud dan sebagainya. Ini juga boleh dikatakan MAKANAN ROH.

    Seperti mana tubuh yg perlukan gizi agar dapat membekalkan tenaga/ATP yg membantu sel untuk menjalan kan cellular respiration dimana sel2 mula bekerja dan menggerakkan fungi tisu seterusnya organ dan sistem dalam badan kita, begitu lah juga juga hati kita/ roh kita. Dia juga perlu makanan. Kalau tak mati lah dia. Exercise lah body tu gila macamana pon kalau jiwa dah mati dah xde guna dah... kalau lah kita tengok mayat... dimana rohnya telah pon keluar dan jasadnya telah mati dan tidak berfungsi, mahukah hati kita jadi seperti mayat?? Mahukah kalau hati kita lemah dan mudah lah bagi syaitan untuk memasukinya? Apabila masuknya syaitan ke dalam tubuh manusia, ia bergerak seperti aliran darah dalam tubuh. Ini beerti syaitan laknatullah akan meneroka segenap inci tubuh manusia dalam usaha menggoda manusia agar menjadi pengikutnya di neraka kelak.

    No more talk.. just straight to the point okay? Bagi pelajar yg kurang berkemampuan, jangan risau. Maksud sy kurang dari segi pembelajaran. Ada tip2 untuk kita excel dalam hidup ni walupun kita tidak cerdik. Pelajar yg sedia cemerlang juga boleh mencuba. Sebab apa jua kesakitan Allah telah ciptakan penawarnya. Kecuali tua dan mati. Maka menjadi tanggngjawab kita lah untuk mencarinya. Berikut adalah senarai tip di waktu pagi.( buatnya setiap hari okey? inshaAllah boleh)


    ©   Perlu optimis. Tetapkan target awk untuk berjaya. Nawaitu kena betul. Belajar bukan kerana ingin cemerlang dalam exam tapi belajar hanya kerana Allah SWT sja.
    ©   Bangun seawal 5 pagi.
    ©   Tunaikan solat tahajud 2 rakaat.
    ©   Tunaikan solat sunat taubat agar sentiasa bebas dri dosa. Kerana dosa itu penghalang ilmu.
    ©   Solat hajat dan pohon doa utk ibubapa, kesejahteraan guru2, kecerdasan akal fikiran dan hidayah.
    ©   Baca al-quran setiap kali selepas solat walaupon 1 ayat.
    ©   Solat sunat sebelum suubuh.
    ©   Jangan tinggal solat subuh
    ©   Mengulangkji plajaran jika sempat
    ©   Berpuasa setiap hari khamis dan isnin.

    Apabila kita memprktikkan hal tersebut, secara automatik kita menjadi dekat padanya dan inshaa Allah Allah akan memakbulkan doa itu. Jadilah seseorang yg didoakan malaikat kerana itu amat besar maknanya. Buat student cuba try buat sekali dan jika selesai mereka boleh bertenang dan rilex. Try buat setiap hari inshaa Allah akan ada keberkatannya. Selamat beramal