my LADY BUGS..

Thursday 31 January 2013

Mana lebih baik? Wanita Hantaran tinggi vs Wanita Hantarannya murah??


 Bismillah hirrahman nirrahim...

usai exam tadi alhamdulillah soklan xbegitu mencbar pemikiran ni.... Allah masih sayang.. tu nikmat terbesar. dekat 3 hari xpost entry. otak dah mula saturated dengan pelbagai isu islamik yang belum dicoretkan.. hehe banyak membebel lah pulk.. untuk kebaikan boleh saje. :)

lelaki kadang-kadang pening bila fikir pasal kahwin. saya tahu sangat. kdang2 lelaki masa sekolah menengah bukan main laku lagi. tukar makwe macam tukar baju. tapi bila menginjak usia 25 ke atas.. bila xda teman wanita mula lah gelisah. ada yang cari jodoh online dan xjuga minta tolong mak carikan. cara pape pon okey je asalkan niat untuk mendirikan masjid betul :). tu bagi yang xjumpa jodoh. tapi yang dah ada pon banyak juga masalah.

' hantaran? hantarannya?'

'ala takyah malu cakap je berapa?'

'hantarannya? heee seribu serba satu....'

'saya setuju!!'

hehe agaknya sape pernah mengalami benda ni? adakah anda menghadapi masalah yang sama seperti Sudin (Bujang Lapok) yang hendak mengahwini Zaiton? adkah bakal mak mentua anda menetapkan ini sebagai syarat?  lalu Sudin yang mememangnya miskin harta itu berkomplot dengan Zaiton mencuri cincin berlian milik bakal mak mentua untuk dijadikan hantaran semata-mata untuk BERKAHWIN. adakah itu menyusahkan? sangat menyusahkan pihak lelaki sebenarnya....

'eleh hantaran rm1000 je? mesti lelaki tu miskin.. takpon bini dia tu dah ditebuk tupai sebelum kahwin...'

'weh mahalnya hantaran! ni nak kahwinkan anak ke nak jual anak?'

aiyaa... mahal pun susah. murah pon susah lalu apa yang mereka hendak sebenarnya.?

Rasulullah SAW pernah bersabda , mafhumnya ; 

"Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya."

Jadi manakah pilihan anda wahai wanita? adakah untuk menjadi wanita jahat atau wanita yang dipenuhi rahmat Allah?

inshaa Allah! sy seorang wanita dan saya amat memahami isu ini yang kadangkala menjadi masalah besar bagi lelaki terutamanya yang bekerja biasa-biasa saja. jadi inshaa Allah saya sendiri pon akan cuba mengikut sunnah. bukannya terikat dengan ADAT sehingga mengabaikan SUNNAH dan SURUHAN ALLAH. kita sendiri tahu yang adat Melayu misalnya banyak menekan kan adat terutamanya dalam perkahwinan. adat merisik, bertunang, berinai, adad nikah dan persandingan. tujuannya hanya satu. AKAD NIKAH. lalu kenapa disusahkan pasangan yang baru hendak membina hidup bersama dengan adat yang pelbagai dan semestinya memakan belanja yang banyak. mungkin melebihi rm10k.. memang lebih pon! perkahwinan itu adalah untuk membina ummah, melahirkan zuriat yang halal, membina keluarga bahagia berasaskan Islam bukannya medan untuk membazir wang!

' bila seorang lelaki berjanji untuk mengahwini seorang wanita itu sudahpun dianggap bertunang dalam Islam'

tapi boleh tak kita bilang dengan jari berapa kali lelaki bertunang sepanjang hayatnya? banyak sangat sampai letih nak membilangnya. setiap kali couple, mesti pelbagai janji ditabur termasuklah untuk hidup bersama. betapa entengnya hal ini bagi sesetengah lelaki.

saya pernah dengar ceramah di IKIM.FM yang mengatakan bahawa... masa itu tetamu undangan nya ialah Dr. Muhaya.. sy lupa nama penuhnya... yang wanita yang meletakkan hantaran yang tinggi itu adalah wanita yang rendah harga dirinya manakala wanita yang meminimum kan hantaran itu adalah wanita yang terhormat. ya saya setuju 100% tapi adakah ada wanita lain bersetuju dengan saya? sangat sedikit tmbahan lgi jika yang berpendidikan tinggi.





ni nak tanya sikit buat bakal mak mentua yang meletakkan hantaran yang tinggi untuk anak perempuannya..
ada tak Rasulullah sebut pasal HANTARAN KAHWIN? ada tak firman Allah SWT tentangnya? sememangnya hantaran merupakan adat kita tetapi lebih kecil nilai hantaran, lebih bermaruah diri anak perempuan nya. haa itu lah yang terbaik. jangan kita menyusahkan perkara yang baik kerana itu hanya mengundang murka Allah SWT sahaja.

Rasulullah SAW pernah bersabda , mafhumnya;

"Barangsiapa yang menangguh amalannya, maka keturunannya tidak bersegera untuknya"

maksudnya, sekiranya kita menyusahkan orang lain mungkin sahaja orang lain akn membuat kita susah selepas ini.who knows ? me pon tak tahu juga. alangkah bagus nya jika duit itu digunakan untuk belanja harian selepas kahwin ataupun sebagai persediaan untuk menyambut kehadiran cahaya mata sulung yang kos nya kian melonjak kini daripada berhabis untuk perkahwinan mewah. ' wedding of the year' tapi masa nak sambut kelahiran anak terkial2 mencari orang nak pinjam duit dan perkahwinan yang tak berkekalan? sunnah mengadakan walimatul urus dengan menjemput orang ramai untuk memeriahkan majlis selain daripada menghebahkan perkahwinan tersebut dengan tujuan mengelak fitnah namun saya rasa cukuplah sekadar bersederhana. deejay segala bagai , penyanyi lagi saya rasa xpayah kot...

saya harap para wanita muslim dapat menyelami sunnah kekasih kita Rasulullah SAW dan menurut sunnahnya. sebab saya kesal sekiranya perkara yang baik2 terpaksa dilambatkan angkara ADAT YANG NTAH PAPE.
~semoga bermanfaat inshaa Allah :)

Sunday 27 January 2013

Tanda-tanda kematian (100hari- hari kematian)





Bismillah hirrahman nirrahim....


assalamualaikum para pembaca sekalian :). kenal tak kita dengan malaikat izrail? mungkin ade je yang kenal tapi jangan terkejut jika ada yang terpinga-pinga mendengarnya.! haaaa malaikat izrail ni adalah MALAIKAT MAUT yakni yang paling digeruni oleh segelintir manusia. tapi bagi manusia yang beriman
dan bertaqwa itu adalah saat kegembiraan untuk bertemu Tuhannya..

sesetengah manusia kadangkala boleh meramal bila mereka akan mati berdasarkan tanda2 yang berlku menjelangnya kematian. bukannya meramal secara tepat tetapi secara kasar.. mungkin para anbia atau alim ulama'.. jika saya tersilap tolong tegur ye..

TANDA-TANDA MENJELANGNYA KEMATIAN.

100 hari sebelum kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

 Tanda akhir sebelum kematian

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula


DAN BAGAIMANA KAH PROSES KEMATIAN ITU BERMULA?

saya pernah membaca satu kisah dimana kematian itu digambarkan sakit seperti ditusuk 70 bilah pedang.. sedangkan jari terkena pisau di hujung jari pon kita menangis kesakitan terpekik terlolong apatah lagi sekiranya disakiti oleh pedang. masha allah! Rasulullah SAW pernah bersbda bahawasanya ' ya allah, ringanlah sakaratulmaut ini'. dan tatkala itu malaikat jibril pon tidak tahan melihat kekasih Allah menanggung kesakitan. itu adalah manusia maksum dimana tiada sikit pon catatan dosa . dan betapa sayangnya Nabi kepada kita sehingga masih lagi mengingati umatnya tatkala maut sudah begitu hampir dengannya. boleh tak kalau kita bayangkan jikalau manusia seperti kita ni bagaimana caranya? apakah rupa malaikat maut itu tatkala datang mengambil nyawa kita?

bagi orang mukmin, malaikat maut itu datang menyerupai seorang lelaki yang tampan dimana si nazak itu akan merasa sangat senang dan hilang lah segala kesakitannya kerana sangat senang dan tenteram apabila melihat wajah malaikat maut tersebut. namun bagi orang fasik dan kafir, malaikat maut akan menyerupai makhluk hitam yang sangat tinggi dan berupa hodoh yang boleh menakutkan orang yang hampir mati itu. nauzubillah!

Rasullullah S.A.W bersabda,
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Rasullullah S.A.W. bersabda lagi,
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

ada sebuah hadis dimana tatkala ketika roh orang mukmin itu ingin dicabut dari mulut , maka berkata lah mulut itu,

"tak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah”

Lalu Allah berfirman dan menyuruh malaikat maut mencabut nya dari arah lain. malaikat maut pon mahu mencabut nyawa dari arah tangan dan kaki nya namun tidak berjaya kerana;

 "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan”.

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu”.

maka malaikat maut mencuba pula dari arah telinga dan mata, namun tetap hampa. telinga dan mata berkata;

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir”

 “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah”.

maka Allah menyuruh malaikat maut menulis Asma' nya di telapak tangan lalu ditunjukkan kepada orang yang hampir mati itu. setelah itu keluar lah roh dari arah mulut dengan penuh cinta kepada Allah SWT..



Saturday 26 January 2013

Hukum Masturbasi / Onani Dalam Islam





 bismillah hirrahman nirrahim...

 sy rasa tak perlu pengulasan lanjut sebab tengok tajuk pon semua dah mengerti bukan?

 Apakah Hukum melakukan onani?
 
Berikut adalah jawapan yang pernah diberikan oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi :-
Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).
Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:
"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)
Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.
Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani adalah barang lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.
Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:
  1. Karena takut berbuat zina.
  2. Karena tidak mampu kawin.
Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku zina.
 
Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu kiranya dia memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa seorang mu'min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:
 
"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)

WANITA YANG KURANG CANTIK? usah gusar.. :)

Bismillah hirrahman nirrahim...

saya sering mendengar ucapan ini yang ditujukan oleh segelintir lelaki kacak kepada perempuan yang tidak cantik.

' muka macam kapal pecah ada hati nak jadi makwe aku? pergi jalanlah!'

'aku ni hensem, ramai pompuan minat. so untuk pompuan yang macam kau? say goodbye lah...'

 Ini pula kata2 seorang lelaki yang merupakan sahabat saya kepada seorang wanita dimana perempuan itu menitiskan airmata lantaran kata2 nya itu.

' Lelaki hodoh pon taknak perempuan muka macam kau apatah lagi lelaki hensem. Lagiii lah taknak!!!'

saya sendiri menyaksikan peristiwa itu lantas berasa sayu di hati kerana kependekan akal sahabat saya itu dalam mendefinisikan istilah 'kecantikan'

sebenarnya..... para lelaki dan tak terkecuali juga para wanita cantik yang menghina wanita2 yang mungkin kekurangan dari segi penampilan dan wajah itu menghina CIPTAAN ALLAH SWT sekaligus mereka diibaratkan menghina Allah juga. tak sedarke yang anda yang menghina , kita datang dari sumber yang sama iaitu Allah SWT dan semuanya adalah dari keturunan yang sama iaitu Nabi Adam as? 

orang2 sebegini biasanya tidak berfikir panjang dan mempunyai lidah yang akan mendorong mereka ke neraka. mereka sama sekali tidak mensyukuri nikmat Allah yang telah diberi selama ini dengan menghina ciptaan nya yang lain. adakah kecantikan itu kekal abadi selamanya? kecantikan akan lntur bersama peredaran masa yang semakin cepat.
 
Sabda Rasulullah s.a.w:  " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu."

maka , adakah kecantikan itu bernilai disisi Allah jika tiada amal yang baik? jika pakaiannya hanyalah pakaian zaman jahiliah adakah itu yang digambarkan cantik oleh para lelaki? jika itu yang dikatakan cantik, itu hanya cantik luaran sedngkan dalaman nya sedang membusuk seperti daging yang mereput!

' wanita solehah itu memang disukai lelaki . tapi hanya perempuan solehah yang berwajah cun jelah...!'

masyaallah! apa nak jadi dengan sebahagian orang lelaki pada zaman ini? meletakkan wajah sebagai penentu jodoh? lelaki yang soleh dan berilmu didalam dadanya akan memilih wanita yang menutup aurat dan sempurna akhlaknya sebagai isteri. ini juga diakui oleh oleh seorang ustaz yang popular sekarang. sememangnya wanita solehah yang cantik itu terbaik tetapi ramai artis yang menjadi idola remaja dan masyarakat juga berwajah cantik tetapi adakah boleh dijadikan contoh dari segi akhlak? mereka minum sesuka hati dan clubbing merupakan amalan wajib setiap hari. mereka juga tanpa segan silu memeluk lelaki ajnabi semata2 ingin memenuhi kehendak produser. wajah mereka didagangkan demi menggapai kemewahan hidup tanpa memikirkan syariat Islam.

JADI , APAKAH ITU DIKATAKAN CANTIK WAHAI KAUM ADAM??

cuba hayati sirah dibawah...
 
Seorang gabenor pada zaman Khalifah Al-Mahdi, pada suatu hari mengumpulkan sejumlah rakyatnya dan menaburkan wang dinar dihadapan mereka. Semuanya saling berebut untuk memungut wang itu dengan riang gembira. Kecuali seorang wanita berkulit hitam dan berwajah buruk.

Dia hanya diam sahaja tidak bergerak, sambil memandang jiran – jirannya yang sebenarnya lebih kaya dari dirinya, tetapi seolah-olah mereka kekurangan harta.
Dengan kehairanan Gabenor bertanya, “Mengapa engkau tidak memungut wang dinar itu seperti jiran engkau yang lain?”

Wanita berwajah buruk itu menjawab, “Mereka cari wang dinar sebagai bekal dunia. Sedangkan yang saya memerlukan bukan dinar melainkan bekal akhirat.”

“Maksud kamu?” tanya Gabenor yang mulai tertarik akan keperibadian perempuan itu.

Maksud saya, wang dunia sudah cukup. Yang masih saya perlukan adalah bekal akhirat, iaitu solat, puasa dan zikir. Kerana perjalanan di dunia amat pendek jika dibandingkan dengan pengembaraan di akhirat yang panjang dan kekal.”

Dengan jawapan seperti itu, Si Gabenor merasa telah disindir tajam. Dia insaf, dirinya selama ini hanya sibuk mengumpulkan harta benda dan melalaikan kewajipan agamanya. Padahal kekayaannya melimpah ruah, tidak akan habis dimakan keluarganya sampai tujuh keturunan. Sedangkan umurnya sudah di atas setengah abad, dan Malaikat Izrail sudah mengintainya.

Akhirnya Gabenor jatuh cinta kepada perempuan buruk itu. Khabar itu tersebar ke segenap pelusuk negeri. Menteri dan orang besar negara sangat hairan, bagaimana seorang Gabenor boleh menaruh hati kepada perempuan hodoh itu.

Maka pada suatu kesempatan, mereka diundang oleh Gabernor dalam sebuah pesta mewah. Semua rakyat, termasuk wanita yang hodoh tadi. Mereka diberikan gelas cristal yang bertahtakan permata, berisi minuman anggur segar. Gabenor memerintah agar mereka membaling gelas masing-masing.

Semuanya kebingungan dan tidak mahu menuruti perintah itu.

Namun, tiba-tiba terdengar bunyi berderai, tanda ada orang gila yang melaksanakan perintah itu. Itulah si perempuan berwajah buruk tersebut. Di kakinya terdapat pecahan gelas berhamburan. Semua orang nampak terkejut dan kehairanan. Gabenor itu bertanya, 

“Mengapa kamu membaling gelas itu?“

Tanpa takut wanita itu menjawab :
Ada beberapa sebab:
Pertama, dengan memecahkan gelas ini bererti berkurangnya kekayaan Tuan. Tetapi, pada saya perkara itu lebih baik, kerana kewibawaan Tuan terjaga lantaran perintah Tuan tidak dipatuhi.”

Gabenor terkesima. Para tetamunya juga kagum akan jawapan yang masuk akal itu.
Sebab lain?” tanya Gabenor itu lagi. Wanita itu menjawab.

“Kedua, saya hanya mentaati perintah Allah. Sebab di dalam Alquran, Allah memerintahkan agar kita mematuhi Allah, Utusan-Nya, dan para penguasa. Sedangkan Tuan adalah penguasa, atau ulil amri, maka saya laksanakan perintah Tuan.”
Gabenor semakin takjub. Demikian pula para tetamunya.

“Masih ada sebab lain?”
Perempuan itu mengangguk dan berkata.

“Ketiga, dengan saya memecahkan gelas itu, orang-orang akan menganggap saya gila. Namun, perkara ini baik buat saya. Biarlah saya di cap gila daripada tidak melakukan perintah Gabenornya, yang bererti saya sudah berbuat derhaka. Tuduhan saya gila, akan saya terima dengan lapang dada daripada saya dituduh derhaka kepada penguasa saya. Itu lebih berat buat saya.

Maka Gabenor yang sedang menduda itu melamar lalu menikahi perempuan hodoh dan hitam legam itu. Semua yang mendengar sangat gembira kerana Gabenor memperolehi jodoh yang bukan sahaja taat kepada suami, tetapi juga taat kepada gabenorrnya, kepada Nabinya, dan kepada Tuhannya.

p/s: maka sebagai manusia terutamanya umat Muhammad, jangan terlalu pendek akal dalam menilai kerana wanita yang kurang cantik tidak semestinya wajib disisihkan ataupun yang jahat didalamnya. malahan mungkin mereka disisi Allah itu lebih cantik dibandingkan dengan sebahagian wanita2 jelita tetapi tempatnya..... masyaallah. semoga ini dapat menjadi perangsang kepda wanita yang mengalami keadaan sebegitu.
SEMOGA BERMANFAAT. 

Friday 25 January 2013

LELAKI AWESOME UNTUK DIKAHWINI.. :D

Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

Kalau jumpa dan yakin dia belum hak wanita lain, lamar lelaki jenis ini!hehe.. :)
 
~credit to facebook.com/bercintalepasnikah :) 

10 jenis solat yang TIDAK DITERIMA ALLAH.. masyaallah!



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”
~credit to www.facebook.com/fahmiramzan :)

Keikhlasan itu PAHIT tapi buahnya MANIS :)

Assalamualaikum dan Bismillah hirrahman nirrahim...


sedang asyik sibuk study physics tadi sebagai persiapan menghadapi exam xlma lagi, sy lebih suka mendengar lagu atau radio sebgai pengubat hati yang sunyi ni... saya memang pelik sebab memang taksuka study dalam suasana yang sunyi sepi... tak ingat nanti fakta2. okey... ada slot usrati tadi kat IKIM.FM. bagus radio ni sy suka sangat kerana sedikit sebanyk ia meninggalkan kesan di hati sy ni untuk pergi lebih jauh dalam meneroka ilmu.umur saya pon masih muda. masih lagi dalam scopp mencari ilmu dan memantapkan iman. namun itu tidak mudah. jika hanya bersandar pada radio ikim je mana boleh betul tak?

ustazah nurhafizah musa yang menjadi tetamu jemputan slot usrati tadi. sy tak tahu lah ni siaran ulangan atau sebaliknya. tapi apa yang membuat sy tersentuh apabila dia mula bercakap mengenai KEIKHLASAN. suatu amalan yang paling sukar untuk didapati dalam jiwa kebanyakan muslim. :(

 Rasulullah SAW bersabda mafhumnya;

“Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan ikhlas kepadaNya, dan ditujukan hanya untukNya”

"Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuk-Nya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan shalat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang benar." (al-Bayyinah: 5)

Original Post at: http://hadis-rasullullah.blogspot.com/2012/07/hadis-tentang-keikhlasan.html
"Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuk-Nya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan shalat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang benar." (al-Bayyinah: 5)

Original Post at: http://hadis-rasullullah.blogspot.com/2012/07/hadis-tentang-keikhlasan.html
"Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuk-Nya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan shalat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang benar." (al-Bayyinah: 5)

Original Post at: http://hadis-rasullullah.blogspot.com/2012/07/hadis-tentang-keikhlasan.html

kenapa jadi begitu? kenapa keikhlasan tidak hadir bersarang dan membiak dalam hati kita sterusnya memadam terus rasa mazmumah dalam hati? wahai rakan2, sy akui amat susah untuk mendapatkan keikhlasan dalam beribadat terutamanya. terutamanya orang yang berpenyakit dalam hatinya. orang yang pernah melakukan dosa2 besar misalnya.. untuk kembali menyucikan hati yang sudah ditumbuhi bintik2 gelap itu mengambil masa. namun jika ada kesungguhan saya yakin pasti boleh.! malaysia boleh awak pon boleh!

hari ini/ malam ini memandangkan jam sudah melebihi jam 2pagi...sy cuma nak berkongsi tip2 menjaga hati agar sentiasa ikhlas dalam melakukan segala macam perkra sebab keikhlasan inilh yang menentukan amalan diterima atau tidak oleh Allah SWT. ada orang kita tengok sering je buat baik, rajin solat berjemaah di masjid dan rajin bersedekah tapi amalannya tak diterima disebabkan riak dan ujub yg membarah dihati. dia mahu disanjung masyarakat bukan disayangi Allah. ad pula yang seorang bapa miskin yang punya 4 anak yang masih kecil keluar mencri rezeki dengan niat ikhlas ingin menanggung keluarganya dan memberi makan anak2 nya kerana tak sanggup melihat mereka kelaparan. itu lah yg diterima walaupon ibadahnya bukan lah semulia lelaki pertama tadi.

ingatlah dunia ni sangat pendek jangka waktunya, kita sendiri pon tidak tahu bila kita meninggal. so kenapa kita perlu menunjuk2 kepada orang lain? bukanlah Allah yg telah memberi kan rezki dan kenikmtn hidup??
 
Wahai jin dan manusia., nikmat Tuhan yang manakah lagi kamu nak dustakan?  
(Surah Al-Rahman)

CARA NAK ISTIQAMAH DALAM IKHLAS.

*dermalah apa saja sedekahlah apa saja asalkan tidak diketahui orang
* elakkan mengepost gambar yang meanrik dengan niat semata2 untuk meraih pujian yang berbondong2
*apabila sembuh dari penyakit ucapkan syukur pada Allah bukan pada ubat atau doktor
*cuba sembunyikan kebaikan agar tidak diketahui oleh orang (walhal solat sekalipun) : kalau boleh
*merisaukan kemasyhuran diri bila dikenali ramai
*selalu ucapkan zikir dan tasbih
*berkwan dengan orang-orang alim
*hindari dari sifat sombong dan takbur.
*selalu ingat akan kematian yang hnya beza beberapa jam dengan kehidupan sekarang,.
*jika gunakan facebook. blogger or twitter untuk tujuan agama pastikan gambar sebenr tidak disiarkan. kalau boleh
* selalu memohon kepada Allah agar ditetapkan iman.
*menjaga tutur kata dan bicara agar dosa dapat dikurangkan dan ikhlas lebih mudah dicapai.
*tawaduk.. menjaga pandangan 
*fikirkan bahawa kesalahan kita dulu lebih besar daripada pahala kita kini.

ni semua dari apa yang ada dalam hati saya saat yang mengntuk yang teramat ni. jika ada yg terkurang mohon agar dibetulkn..
 
~semoga bermanfaat. :)

CARA SOLAT KETIKA SAKIT..



assalamualaikum dan bismillah hirrahman nirrahim...
dalam Islam, solat itu merupakan tiang agama. pabila runtuhnya tiang agama maka akan runtuhlah agama tersebut. 



 'Dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. (al-Ankabut: 54)


 “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya” (Al-Baqarah: 286)


maka, disini kita boleh melihat yang Allah itu tidak memberatkan hambanya. dia cuma mewajibkan solat agar kita sentiasa mengingati nya. Maha Suci Allah yang maha mengetahui... sedarkah kita akan kekhilfan kita? jangan jadikan sakit itu sebagai alasan untuk meninggalkan solat. khuatir Allah pula akan meninggalkan kita.....
 


1.  SOLAT SAMBIL DUDUK

- Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud
- mengadap kiblat
- Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa
- Rukuk dilakukan dgn menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud
- Iktidal pula dilakukan dgn mengangkat kepala tegak semula
- Sujud spt biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dgn menundukkan kepala rendah sedikit drp tunduk ketika rukuk.
 
2. SOLAT BARING MENGIRING
- mengiring di atas rusuk kanan
- muka dan dada mengadap kiblat
- Rukuk dan sujud dilakukan dgn cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala  semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dgn menundukkan kepala lebih rendah drp ketika rukuk.
- Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.

 
3. SOLAT BARING MELENTANG 
- baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat
- tinggikan sedikit kepala dgn menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat
- Rukuk dan sujud dgn isyarat kelopak mata spt dalam suasana solat mengiring di atas
- Jika tidak terdaya, bolehlan rukuk dan sujud dgn cara lintasan (niat) di hati dgn mengingati setiap perbuatan dlm solat
- Tangan diangkat spt biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dgn ucapan Allahu Akbar sahaja.



~credit to tayibah.com :)

contoh-contoh lelaki pencinta yang terbaik..!

BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM
: Lelaki - lelaki yang sweet terhadap insan yang di cintai ::

1) Mu’adz bin Jabal yang menjerti dan menagis teresak-esak sehingga beliau pengsan oleh sebab dapat berita tentang kematian Rasulullah SAW.

2) Rasulullah telah patah gigi di dalam perang Uhud, berita itu sampai ke Awais dan Awais di rumahnya sanggup mematahkan giginya sendiri kerana hendak merasai apa yg Rasulullah telah rasai.

3) Ada seorang pedagang minyak wangi, di Madinah. Setiap kali pergi ke pasar, dia singgah dulu ke rumah Rasulullah Saw, dia tunggu sampai Rasulullah keluar. Setelah Rasulullah keluar, dia hanya mengucapkan salam lalu memandang Rasulullah saja, setelah puas dia pergi. Suatu hari setelah dia ketemu Rasululllah dan dia pergi, lalu tak lama kemudian balik dari pasar dan dia datang kepada Rasulullah Saw dan meminta izin, “Saya ingin melihat engkau ya Rasulullah, karena saya takut dan tidak sanggup tidak dapat melihat tuan seperti ini lagi.”

4) Abu Ayyub Al-Anshari. Ketika Rasulullah hijrah ke Madinah, beliau beristirahat dahulu di pinggiran kota menginap di rumah Abu Ayyub Al-Anshari. Rumahnya itu dua tingkat, Abu Ayyub dan istrinya di tingkat atas dan Rasulullah Saw di bawah. Pada malam hari Abu Ayub dan istrinya tidak sanggup tidur karena mereka takut menggerakkan tubuhnya, semua terbujur seperti sebongkah kayu menahan dirinya untuk tidak bergerak. Mereka takut kalau bergerak, nanti debu-debu dari atas itu berjatuhan kepada Rasulullah. Setelah Rasulullah mengetahui hal itu, beliau sangat terharu lalu kepada Abu Ayub diajarkan sebuah doa sebagai penghargaan beliau atas cinta yang tulus dari Abu Ayub.

5) Dalam perang Uhud, ketika kaki Rasulullah terluka, ada seorang sahabat melihatnya lalu mengejar Rasulullah. Dia pegang kaki itu lalu dia bersihkan luka itu dengan jilatannya. Rasulullah terkejut lalu berkata, “Lepaskan! Lepaskan!” Sahabat itu berkata: “Tidak Ya Rasulullah, aku tidak akan melepaskannya sampai luka ini kering!”

6) Rasulullah sedang membariskan pasukannya karena Rasulullah selalu merapikan barisan pasukannya. Ternyata ada seorang sahabat, mungkin karena perutnya terlalu besar, selalu perutnya itu berada di luar barisan. Kemudian Rasulullah datang dan memukul perutnya itu agar dirapikan dengan barisan. Lalu sahabat itu memandang Rasulullah dan berkata: “Engkau diutus untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam, kenapa kau sakiti perutku?” Lalu Rasulullah turun dari kudanya, dan menyerahkan alat pemukul itu, lalu berseru: “Pukullah aku! Sebagai qishas atas kesalahanku.” Kemudian orang itu berkata: “Tapi engkau pukul langsung kepada kulit perutku.” Lalu Rasulullah segera membuka pakaiannya, tiba-tiba sahabat itu memeluk Rasulullah dan mencium perutnya. Rasulullah terkejut dan berkata: “Ada apa denganmu?” Sahabat itu menjawab: “Ya Rasulullah, genderang perang sudah ditabuh, mungkin ini adalah saat terakhir perjumpaanku denganmu. Saya ingin sebelum meninggal dunia, sempat mencium perutmu yang mulia.”

7) Bilal yang selalu adzan semasa hidup Rasulullah tidak mau beradzan lagi setelah wafat Rasulullah karena Bilal tidak sanggup mengucapkan “Asyhadu anna Muhammad Rasululah” karena ada kata-kata Muhammad di situ. Tapi karena desakan Sayyidah Fatimah yang saat itu rindu mendengar suara adzan Bilal, dan mengingatkan beliau akan ayahnya. Bilal akhirnya dengan berat hati mau beradzan. Saat itu waktu Subuh, dan ketika Bilal sampai pada kalimat Asyhadu anna Muhammad Rasulullah, Bilal tidak sanggup meneruskannya, dia berhenti dan menangis terisak-isak. Dia turun dari mimbar dan minta izin pada Sayyidah Fatimah untuk tidak lagi membaca adzan karena tidak sanggup menyelesaikannya hingga akhir. Ketika Bilal berhenti saat adzan itu, seluruh Madinah berguncang karena tangisan kerinduan akan Rasulullah Saw.

8) Seorang budak bernama Tsauban sangat menyayangi dan hatinya selalu merindukan Rasulullah Muhammad SAW. Sehari saja tidak bertemu Nabi, rasanya seperti setahun baginya. Kalau bisa dia ingin bersama Rasul setiap waktu. Karena jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat sedih, murung dan seringkali menangis. Demikian juga yang dilakukan Rasulullah terhadap Tsauban begitu mengetahui betapa besarnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya. Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah SAW dan berkata, “Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika sudah bertemu barulah hatiku menjadi tenang dan gembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati ini bertambah cemas dan takut kalau-kalau tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi. Sedangkan saya belum tentu, entah di syurga paling bawah atau yang paling mencemaskan, kemungkinan tidak dimasukkan ke syurga langsung. Jika demikian, tentu saya tidak akan bertemu denganmu lagi.” Rasulullah amat terharu mendengar perkataan Tsauban. Namun beliau tidak dapat berbuat apa-apa karena balasan surga atau neraka bagi setiap hamba itu hak dan urusan Allah. Maka setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah SAW yang berbunyi; “Barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: nabi-nabi, para shiddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.­” (QS An Nisaa’:69). Mendengar jaminan itu Tsauban pun tersenyum. Hatinya menjadi tenang dan gembira kembali.
 
~credit to  http://www.facebook.com/sayarelaundurdiriuntuklihatdiabahagia

SYAITAN.. : godaannya semakin dahsyat menjelang kematian.





Bismillah hirrahman ni rrahim.....

Alhamdulillah!. another new day... Allah SWT masih membenarkan kita bernafas lagi pada hari ni dan menghirup udara segar miliknya. jom bersama2 saya ucapkan ALHAMDULILLAH keatas Allah atas segala nikmatnya yang tidak terhingga! tapi... adakah ramai yang bersyukur?

segelintir manusia ni cepat lupa. betullah seperti kata pepatah manusia mudah lupa. tetapi ingat! syaitan tidak sekali pon pernah melupakan kita Bani Adam lebih2 lgi Umat Muhammad. ramai orang gilakan dunia cintakan dunia lebih dri segala2 nya. bagi mereka kihidupan dunia ini yang yang hakiki..

" ala kita masih muda r wey! masa ni lah nak enjoy!!"

"kau xpayah r berlagak alim sangat tunjuk gaya ustazah depan mata aku! kita hidup kat muka bumi ni kenalah gunakan nikmat ni sepuas2 nya.... lagipun kita kubur masing2. so hal kau hal kau hal aku hal aku okeh? "

sy sering je dengar ayat sebegini dituturkan. saya pon dulu pernah menuturkan kepada salah seorang sahabat saya yang bernama ......... dan itu merupakan perkataan paling bodoh pernah saya tuturkan sepanjang hidup saya selama 19 tahun ni! hanya istighfar mampu saya ucapkan sebagai tanda kesal kepadaNya. jadi kita sering berkata bahawa perbuatan buruk kita selama ini berpunca drp SYAITAN laknatullah. ya sememangnya betul tapi kita sebagai manusia yang dijadikan dengan akal wajib melawan nya dengan sekhudrat tenaga. ala... godaan yang paling dahsyat bukanlah sekarang tapi semasa SAKARATULMAUT. dimana di saat itu lah yang menentukan nasib kita di akhirat.


TUJUH ROMBONGAN SYAITAN SEMASA SAKARATULMAUT

1) DIHIASI EMAS, PERAK DAN MAKANAN LAZAT. 

- mereka datang dalam pelbagai rupa termasuk lah menyerupai emas, perak dan makanan dengan tujuan yang satu ; UNTUK MENYESATKAN ANAK2 ADAM. maka jika manusia itu yang semasa hayatnya tamak haloba akan leka dan lalai lalu menyentuh makanan dan perhiasan itu. maka ketika itu dicabut lah rohnya dari jasad. matilah dia dalam keadaan kufur.

2)DIPERLIHATKAN BINATANG BUAS DAN BERBISA

- syaitan boleh menyerupai binatang seperti singa, ular mahupun kala. apabila si nazak memandangnya lalu dia menjerit berteriak dan ingin melarikan diri dan ketika itu dicabutlah nyawanya dari badan. dia mati dalam keadaan lalai kerana melupakan Allah lalu nerakalah tempatnya!

3)DIPERLIHATKAN BINATANG KESAYANGAN

- syaitan boleh menyerupai binatang kesayangn si nazak contohnya burung. pabila tangannya meraba2 dan menyentuh binatang itu maka terputus nyawanya saat itu lalu matilah dia dalam keadaan lalai dan ditempatkan ke dalam neraka.

4)DIPERLIHATKAN ORANG YANG PALING DIBENCI

- datanglah syaitan menyerupai seperti kenalannya yang amat dibenci. maka bila orang yg sedang nazak itu bergerak dengan niat mahu melakukn sesuatu kepada orang itu maka terputus nyawanya. matilah dia dlam keadaan melupakn Allah SWT.

5)IBLIS JUGA BOLEH MENYERUPAI AHLI KELUARGA YANG DISAYANGI

- laknatullah itu akan berupa seperti ibu dan ayah si nazk yang telah meninggal dunia.dengan membawa makanan dan minuman yang enak utk si nazak.maka iblis berkata ;

" wahai anakku.! ini sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untuk kamu. dan berjanji lah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah. supaya kita tidak lagi bercerai dan sama2 masuk ke dalam syurga."

maka orang yang terus menurut tanpa berfikir akan dicabut nyawanya dan matilah dia dalam keadaan yang kufur kepada Allah.

6)DIPERLIHATKAN SYURGA PALSU

- datang iblis berupa seorang ulama yang membawa banyak kitab lalu berkata ; ' wahai muridku, lama sudah ku menunggu dirimu. pelbagai ceruk telahku pergi tetapi kau sedang sakit disini. oleh itu kami bawakan kepadamu doktor dan bomoh bersama ubat2 an utkmu.'

Lalu diminumnya ubat tersebut tetapi hanya melegakan pada wktu yang sekejap.maka iblis itu datang lagi menyerupai  ulama itu dengan berkata ; 

' kali ini kami kembli dengan membawa nasihat supaya kamu mati dalam keadaan baik. Tahukah kamu akan hakikat Allah?'

orang yg sedang nazak berkata ; ' aku tidak tahu'

ulama itu berkata :

'ketahuilah aku ulama yang tinggi lagi hebat. baru kembali dari alam ghaib dan memperolehi syurga yg tinggi. cuba kau lihat syurga yang telah disediakan Allah utkmu. jika kamu hendak mengetahui zat Allah maka patuhlah kepada kami.'
syaitan pon membukakan tirai berwarna warni dan diperlihatkan benda yang lebih besar dari langit dan bumi. 

'itu lah zat Allah yang ptut kau sembah.' iblis berkata.


berkatalah orang yg sedang sakaratulmaut itu, 
' wahai guruku bukankah ini benda yang benar2 besar tetapi benda ini dikelilingi enam ( ada kiri kanan atas bawah hadapan dan belakang). sedangkan zat Allah tidak menyerupai makhluk. sempurnanya Allah dari sifat kekurangan. tapi yang ini lain pula keadaan nya dari yang diketahui ku. sekarang yang patut aku sembah adalah bnda ini'

dalam keraguannya itu dicabut nyawanya. maka matilah dia dalam keadaan kafir dan segala amalan nya terhapus disisi Allah.

7)DIPERLIHATKAN KEBENARAN PALSU

 - umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 golongan namun hanya 1 yang berhasil ke syurga. dan syaitan akan menggangu anak Adam dengan 72 jenis godaan yang berlainan semasa sakaratulmaut. diperlihatkan kebenaran palsu agar manusia terpedaya. seolah2 itu sahaja cara utk manusia masuk syurga.


~maka hendaklah kita mengajarkan talkin : laa ilaha illalah kepada orng yg hampir mati untuk menyelamatkan dirinya daripada gangguan syaitan yg berusaha bersungguh2 mengacau org yg sedang sakaratulmaut itu.  
Nabi Muhammad SAW bersabda;

        ' Ajarkan lah olehmu (orang yang masih hidup) kepada orang yg hampir mati itu Laa Ilaha Illalah.'

p/s: jangan ingat kematian itu benda senang. ianya amat menyakitkan kerana rasanya lebih dahsyat dari tusukan 70 pedang. dan kematian itu sangat menyenangkan bagi orang yang beramal soleh. maka persiapkan diri untuknya. semoga bermanfaat :)

Sunday 20 January 2013

hukum jika keluar angin dari kemaluan hadapan (qubul)- wanita





ramai wanita sering mengalami masalah ketika solat dimana angin keluar dari kemaluan hadapan tak kira lah semasa solat atau sedang mengambil wuduk. dan ramai yang menganggap nya sama seperti kentut. tapi setelah saya buat sedikit research, ada banyak pendapat..


menurut mazhab syafie, abu hanifah dan ahmad ia membatalkan solat dan wuduk maka wajib mengambil wuduk yang baru.. tapi menurut mazhab maliki ia nya tidak lah membatalkan wuduk. tapi wuduk itu hanya boleh digunakan untuk 1 sahaja solat waktu (fardu). 

jika angin itu keluar dari qubul saat sedang berwuduk, tidak perlu diulang balik wuduk tersebut. teruskan sehingga selesai dan terus solat tanpa bertangguh. sekiranya angin itu keluar saat sedang solat, jangan behenti solat. teruskan seperti biasa. try lah berjumpa doktor untuk mencari jalan penyelesaian nya.



p/s: dalam beribadat jika ada 2 pendapat berbeza untuk sesuatu masalah, eloklah diambil yang mudah agar ibadat lebih khusyuk. yang pnting kena yakin dengan ibadat yang dilakukan dan ingatlah syaitan itu ada walaupun semasa menunaikan solat. semoga bermanfaat inshaa Allah. :)

Apakah hukum COUPLE sebenarnya?





assalamualaikum kawan-kawan...

mungkin bila kita tengok tajuk entry ni pon kita dah tahu apa yang saya nak tulis kan? masti haram..haram haram.. and HARAM jawapannya. mungkin orang dah muak tapi ni lah apa yang masyarakat sekarang pandang enteng. kebanyakan orang tahu hukum meninggalkan solat adalah HARAM dan berdosa besar. orang pon dah lama tahu yang menderhaka kpd ibubapa itu adalah DOSA TERBESAR selepas syirik yakni hukum nya haram. agak-agak dosa couple ni adakah sebesar dosa menderhaka kepada ibubapa? adakah dosanya lebih ringan drp dosa orang yang sengaja meninggalkan solat 5 waktu?

jikalau Allah membuka hijab kita dan menampakkan segala perkara ghaib yg disembunyikan Allah drp pandangan mata kasar kita pasti tiada fungsinya syaitan laknatullah. semua orang boleh melihat keindahan syurga dan bidadarinya yang dikatakan sekiranya bidadari turun ke dunia, selubung rambutnya itu lebih baik daripada dunia ini dan seluruh isinya. dan pasti orang akan menangis ketakutan yang teramat apabila melihat neraka dan kayu2 api nya yang 70x lebih panas dari api dunia. pasti manusia2 gerun pabila melihat wajah bengis Malaikat Malik penjaga pintu neraka. Dan jika manusia boleh melihat syaitan pasti ramai yang pengsan gara2 wajahnya yang teramatlah hodoh. tapi ada hikmahnya Allah tidak menampakkan semua itu. Allah mahu kita beramal dan bertaqwa kerananya. bukan kerana ganjaran itu. #1: kerana Allah. #2:untuk mendapatkan janji2 nya. itu brulah betul kan?


 Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Hadis Rasulullah juga menyatakan;

 “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..


DEFINISI ZINA :Zina adalah memasukkan zakar ke dalam faraj perempuan dan dengan kadar hasyafah (kepala zakar)

jadi.. apakah yang mendorong kepada perbuatan di atas?

 “Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).

adakah couple penyumbang kepada semua ini? 

sebenarnya boleh dikatakan semua kes tangkap khalwat, pembuangan bayi, hamil luar nikah, disebabkan oleh couple. memang ada saja pasangan yang menjaga batas pergaulan mereka dengan tidak berpegangan tangan, tidak berdua2 an di tempat2 gelp dan tidak melakukan benda2 yang melampauan batas. tapi... mata mereka adalah tunduk dan hanya melihat ke bawah semasa berjumpa? adakah mereka menutup mta mereka tatkala pandangan bertaut?

cuba renungkan apa yang dicoretkan ini..

1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Org yg bercouple biasanya berdua²an
dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
5. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)

bayangan sahaja sudah mencoretkan satu perasaan yang berlainan terutama bagi lelaki yang mudah naik syahwatnya.

adakah itu bukan dinamakan zina??

sejujurnya saya beritahu. amat susah untuk mengekang perbuatan yang sudah pun menjadi darah daging kita. jika ditanya seorang gadis, tiada teman lelaki merupakan satu perkara yang amat memalukan. jika anda lihat di kolej2 begitu banyak sekali pasangan tak kiralah di dewan2 fakulti atau taman2 kolej. itu orng yang berpelajaran. jika orang yang tidak berpelajaran? masyaallah.! namun begitu ada saja yang berusaha sedaya-upaya untuk mengelak couple sebelum nikah ni. saya ucapkan tahniah dan beribu2 terima kasih kerana anda tegas dalam menegakkan syariat Islam.
 


' ya Allah, indahnya ciptaan Allah yang ini! wajahnya persis lelaki korea. ni kalau dapat ni mau nya femes satu kampus!!' 

masyaallah! saya beristighfar dalam hati. itu bukannya satu penghargaan mahupun kemuliaan disisi Allah sebenarnya. itu lebih kepada murahnya maruah diri seorang wanita.

lebih baik kita berdoa kepada Allah :

'ya Allah, jika dia jodohku maka satukanlah hati kami dalam satu ikatan pernikahan yang sah. jauhi lah aku dari segala bentuk zina agar aku menjadi salah seorang yang beriman kepadamu.'

INSHAA ALLAH. doa yang baik akan dikabulkan. namun begitu jika Allah tidak mengabulkan maka dia mahu mengurniakan seseorang yang lebih baik daripada itu..

hayati lah bait2 lirik  KU SERAH CINTA - INTEAM ini...

Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling

Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini

Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli

Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini

Hanya padaMu, oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini

Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang

Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini

tidak salah untuk jatuh cinta. tapi cara kita mengungkapkan dengan couple itu lah masalahnya. serahkan cintamu kepada Allah pasti Allah akan mengurniakan jodoh kepadaMu yang juga menyintaiNya..

.sudah terang lagi bersuluh.... COUPLE tidak dibenarkan dalam Islam... :)
       





 

 

Saturday 19 January 2013

TIP UNTUK MENGURUSKAN BADAN CARA SELAMAT






Lebih dari 60% drp rkyt malaysia mgalami lebihan berat badan!!! Wow! Takutnyer! Kenapa jdi bgitu? Semuanye sbb kurang exercise tpi lebih makan sbenarnya. Remaja pon rmai yg gemuk. Kalau tgok di shopping2 complex adee jer yg gemuk (sy pon chubby gk tpi chomel jerr hehehe J) hohoho perasan jer.. k fokus ke arah title di atas..... ye pndang atas semua.. hehe.. gurau jer .. jom kita tengok ape yg boleh kita buat utk kurus..!!


©       Timbang berat badan dan tinggi sekarang!!!!!
©       Rekodkan dalam buku nota anda dan kira BMI. Kelaskan katogori berat badan anda di tahap mana.
©       Tentukan masa anda untuk dalam proses diet dan tarikh keramat dimana anda akan berjaya mendapatkan berat idaman. ( mcm tarikh exam dan persiapan sepanjang tempoh sblm exam lorr)
©       Beritahu kawan2, family, pakwe/makwe, cikgu, nenek, tok ki dll yg anda tengah berdiet. Ni supaya anda kekal bermotivasi semasa berdiet. Diorang boleh komen, kritik sesuka hati hahahah!
©       Rancang menu diet sendiri.. contoh kalau sblum nie makan 3 pinggan nasi stiap kali makan, kurangkan kepada 1 pinggan sahaja. Tpi make sure semua khasiat dan vitamin cukup a.k.a karbohidrat, proyein, vitamin, fibre dan mineral. Senang2 rujuk piramid makanan kat bwh ni [...]
©       Jgn lupa bersenam. Ini lah yg paling penting untuk kurus dan maintain kan berat. Wajib turun padang tiap2 hari taw.  Kalau susah sgt nak kekal konsisten, buat je jadual cam periodic table kimia tu.. ehh gurau je hehehe mcm jdual study korang dan tentukan aktiviti apa yang nk dilaksanakan stiap hari.
©       Ada 2 jenis senaman yg boleh diaplikasikan. Pertama senaman beban yg smolek2nya dilakukan bersama senaman kardiovaskular. Mula2 lakukan latihan beban selama 15-20minit diikuti dengan latihan kardiovaskular untuk 40-45 minit.
©       Lakukan senaman setiap hari beserta kawal makan.
©       JANGAN TINGGAL SARAPAN DAN MAKAN MALAM KERANA IA AKAN MEMBUAT ANDA BERTAMBAH GEMUK DAN BERPENYAKIT!!
©       Minum sekurang2 nya 8 gelas air sehari. Yang paling bagus try habiskan 2 botol air mineral 1500ml sehari. Amacam boleh ka?huhuhu
©       Satu lagi..... jgn memandai nk ambil pil kurus . nak gemuk mmg senang tpi nak kurus susah. Beli mmg mahal tpi keberkesanan diragui. Yg penting dapatkan nasihat doktor
©       Lebih kan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam makanan. Jgn sesekali anda makan makanan yg berlemak krim srta manis likat sebagai snek smentara menunggu waktu makan. A.k.a kek ising, aiskrim, kentang goreng, krim putar, puding..
©       Sebaiknya amalkan minum teh atau teh hijau. <3
©       Lebihkan sup daripada nasi. Itu lebih baik. Untuk senarai makanan rendah kalori . boleh search google atau www.livestrong.com utk mklumat lanjut. Korang kan ade wi-fi search jela kjp jek!

~SEMOGA BERJAYA SEMUA..