Friday, 18 January 2013

LELAKI PEMALU : limited edition di bumi ini. :)





Bismillahirrahman nirrahim...

Assalamulaikum buat pengunjung blog. terima kasih kerana sudi melawat. entry kali tak lain tak bukan seperti diatas.... ya kaum yang memang dijadikan Allah SWT untuk mendamping saya dan wanita2 lain semuanya. kaum Adam...bukan sebarangan kaum Adam. tapi kaum Adam yang sangat special jika dibandingkan dengan yg lain. yg kadangkala dianggap sebagai menyusahkan. kadang kala dianggap menyebalkan.. macam perempuan lah dan sebagainya.. kaum Adam yang saya maksudkan tak lain tak bukan adalah.. LELAKI PEMALU. pemalu dengan Allah... malu dengan Rasulullah.. malu dengan malaikat yang mendampinginya dan malu dengan WANITA....

Saya tak nafikan dulu sewaktu masih belum berhijrah.. sewaktu zaman ROCK dulu.. sering juga ke bandar-bandar dn shopping complex dengan pakaian yg akhir zaman. pakaian itu telah mengundang puluhan malah ratusan mata lelaki yang memandang. mereka melhat apa saja yang terhidang tanpa merasa malu atau tkut. saya pula yang merasa malu dan tidak selesa. didalam kelompok mereka yang memandang saya dulu.. sy nampak seorang pemuda.. berada dekat dengan sy. cuma bezanya dia duduk dan sy berdiri. dia kelihatan cemas. matanya liar tapi langsung tidak melihat kearah sy.. saya memandangnya dengan begitu khusyuk bagaikan ada satu tarikan magnet. rupa2 nye dia memegang al quran kecilnya dengan kemas. setiap kali ade wanita berpakaian tapi telanjang dia akan memegang kemas quran nya. tpi ketika itu sy tidak begitu memikirkan sebab di berkelakuan begitu lalu sy tinggalkan lelaki yang bagi saya 'berlagak alim'. fikiran yang singkat...

pada tahun 2011 tatkala saya tengah berjuang untuk menduduki spm, sy mengenali seorang pelajar yg muda satu tahun dari saya dan wajahnya sangat comel! saya sering memandangnya dan berusaha untuk mendekati dirinya dengan pelbagai cara. pada mulanya rasa malu dia menyebabkan saya menghormatinya dan saya pula yg menjdi segan terhadapnya. ditambah pula dengan personaliti nya yg seperti orng beriman. memakai jubah yang merupakan pakaian sunnah Nabi Muhammad SAW membuatkan hati saya ni rasa tercuit. rupa2 nya dulu Allah dah bagi sedikit petunjuk untuk saya berubah tapi saya tak menyedarinya. tapi kadang2 manusia ni boleh berubah. selepas 2 tahun saya meninggalkan alam sekolah menengah, saya mula mengetahui bahawasanya dia ini bukan lah lelaki pemalu sejati apabila fotonya bergambar dengan teman wanita mulai tersebar luas di facebook. terdetik di hati saya... manakah menghilangnya rasa malu lelaki ini? kenapa dibuangnya rasa mulia yang dikurniakan Allah kepadanya hanya kerana seorang gadis sunti yg berumur 15 tahun? Masyaallah!!!

                         

"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." [HR Bukhari]
 
lelaki boleh berubah sekelip mata kerana wanita dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada lelaki yang pemalu ini kerana spesies anda sangat limited di muka bumi. tapi bila ini diajukan kepada lelaki mereka akan membalas..

' bagaimana pula dengan wanita? adakah sudah hilang rasa malu mereka dengan membuka aurat sebegitu?'

astaghfirullah al azim! minta dijauhkan dari perkara sebegitu. saya sendiri pon kadang2 malu apabila soalan itu diutarakan kepada saya. saya tiada kuasa untuk mengarahkan semua wanita menutup aurat cuma inshaa Allah jik kawan2 terdekat saya cuba tegur dengan berhemah.

tapi dalam fikiran saya.. lelaki pemalu ini ialah lelaki yang berbahagia. kerana mereka sudah merasai kemanisan iman. iman kepada Allah sudah berada di kemuncak. mereka sudahpun mengerti hukum dan batas antara lelaki dan perempuan.. hati mereka hanya kepada Allah dan kasih sayang mereka kepada amal ibadat memuncak2.. Alhamdulillah! 



kalaulah di dunia ini wujud lelaki yg menjaga pandangan dan wanita yang menjaga auratnya... pasti dunia ini sepi dari kes2 maksiat yang tatkala ini sedang menjadi drah daging penduduk dunia..

'ya Allah ya tuhanku.. kekalkan lah iman mereka agar sentiasa berada di puncak agar dapat menjadi pelindung kami dari kemaksiatan.. amin'

DARI Abu Said al-Khudri r.a katanya: "Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda."


Huraian Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Laa ilaha illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang dari iman. (al- Baihaqi).
Di dalam perjalanan manusia sebagai hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya, 'rasa malu' merupakan tangga yang pertama. Maka, masih sangat jauh sebenarnya kita daripada kewujudan rasa cinta kepada Allah.
Rasulullah sekalipun mempunyai rasa malu terhadap Allah SWT. Ia terserlah dalam kisah Mi'raj baginda iaitu di saat Rasulullah menerima perintah secara langsung agar umatnya mengerjakan solat.
Di peringkat awalnya, Allah memerintahkan solat sebanyak 50 kali dalam sehari. Baginda menyanggupinya, namun nabi dan Rasul lain yang ditemui dalam perjalanan mikraj tersebut menasihati bahawa tugas itu terlalu berat bagi umat Muhammad.
Lantas baginda meminta keringanan sehingga bilangan solat dikurangkan kepada lima kali sehari.
Saat itu, baginda diingatkan sekali lagi bahawa solat lima kali sehari pun masih terlampau berat.
Namun, baginda berasa amat malu untuk kembali meminta keringanan daripada Allah SWT. Inilah contoh sifat malu yang ada pada diri baginda. Malu untuk mengurangi nilai pengabdian seorang hamba terhadap Tuhannya.

jadi buat lelaki pemalu usah ubah diri anda, kekallah dengan sikap anda sekarang. kerana semakin menebal sifat pemalu.. semakin tebal keimanan anda..

#semoga istiqamah :)

 

1 comment: