my LADY BUGS..

Wednesday 27 February 2013

MASALAH KENTUT DALAM SOLAT

Soalan
Saya sering mengalami kentut semasa menunaikan solat dan ini menganggu solat dan wuduk saya. Bolehkah pihak panel memberi apa-apa tips untuk saya mengatasi masalah ini ? Sekian, terima kasih.

Jawapan

dalam persoalan yang berkaitan dengan kentut, ia akan membatalkan wudhu’ dan hal ini juga akan menyebabkan solat yang sedang didirikan terbatal.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sering terkentut semasa bersolat perlu mengenal pasti terlebih dahulu status kentut yang dialami itu. adakah ia kentut yang membatalkan wudhu’ ataupun sebaliknya.
Dalam isu ini Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam ada bersabda, maksudnya:

Dari ‘Ubbad bin Tamim dari bapa saudaranya yang bertanya kepadarasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam tentang seorang lelaki yang ragu-ragu di dalam solatnya sama ada dia terkentut ataupun tidak. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam menjawab; “Janganlah ia keluar dari solatnya sehinggalah ia terdengar bunyi (kentut) ataupun terhidu bau”.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim).


Oleh itu, dalam masalah ini anda perlu kenal pasti sama ada angin yang anda sangkakan kentut itu benar-benar keluar dari dubur anda ataupun berpunca daripada sumber yang lain.
Selain itu, adakah anda terhidu bau yang busuk selepas itu. Jika ada terbau jelaslah bahawa anda telah terkentut dan hal ini telah menyebabkan solat anda terbatal kesan daripada terbatalnya wudhu’ anda.
Namun begitu, jika tidak terbau ini bermakna ia bukannya kentut dan anda boleh teruskan solat tersebut kerana ia bukan kentut. Wallahu 'Alam.

copyfrom:insafislam.blogspot.com :)

77 comments:

  1. Salam , i mahu tanya , kalau kita rasa angin keluar tetapi tiada bunyi atau bau , adalah batal solat? Kerana apabila kita rasa angin mestilah angin itu adalah kentut . Kalau tiada bau atau pun bunyi , habis itu angin itu angin apa ? Mestilah kentut kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. okay drp apa yg sy thu sekiranya masalah kluar angin itu jarang berlaku atau pon xpernah brlaku tatkala mahu solat, itu dianggap kentut dan membatalkan solat. namun begitu jika anda selalu mengalami masalah ini cuba tgok pada ciri2 angin yg keluar. sekiranya tiada bunyi dan tidak berbau maka ia tidak membatalkan solat. sbb akan jadi sangat menyusahkan sekiranya terpaksa mengambil wuduk sehingga 5-6 kali setiap solat fardu. sekiranya silap sila perbetulkan :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Hadis ini bagi mereka yang ragu sahaja...bagi mereka yang yakin ianya adalah kentut maka solatnya batal..ni yg saya belajarlah...mohon tegur kalau salah silap...sbb dlm konteks ragu ni mmg time solat syaitan sengaja buat kita rasa macam terkentutlah ataupun terkencing sedikit...

      Delete
  2. Assalamualaikum , bila kita kentut sebelum mengambil wudhuk , perlukah kita menukar pakain kita?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..saya mengalami masalah kentut dalam solat ni da bertahun da..ulang solat sampai 3x, ulang ambik wuduk sampai 3/4 kali tu benda biasa bagi saya sebb mmg sy terasa ada angin keluar..bila saya bertya pada kwan sy mereka cakap mungkin saya rasa was was saja..paling sakit bila bulan puasa nak solat terawih mmg kadang2 terpaksa ulang alik pegi ambik wuduk..orang lain cakap sy perlu lawan n bertahan..lama2 jadi biasa la..tapi makin sy tahan or lawan makin kuat dy rasa nk kentut tu..lagi sakit bila rasa kentut tu mengganas bila da masuk tahiyyat akhir masa nk selawat maksudnya ngam nak habis bacaan wajib solat dia akan mengganas..my parent kata itu syaitan nama 'kentut'..haha..ini perumpamaan saja..bila da biasa saya anggap ini sedikit ujian buat saya..mungkin untuk meningkatkan darjat iman..sedapkan hati bahawa ujian buat org lain jauh lg hebat..tapi saya tetap nk tahu jugak agak agak macam mana status solat sy bila kadang kadang time sy solat didalam waktu terbatas contoh bila sy perlu mengikut waktu yg agak limited..saya akan teruskan saja solat tu..macammana yer.?ada pernah dengar ustaz kata bila da jadi penyakit tu xpa teruskan saja solat..tapi sy pun xtahu ini penyakit ke apa? kat luar solat pun kadang sy ni banyak kntut..kadang2 la..kadang2 tu time xsolat xde pulak rasa nk kntut..bila ambik wuduk ok lagi..pakai telekung je da mula da..saya takut saya teruskan solat sedangkan ALLAH tak terima solat tu..lagi saya nak tahu bila saya rasa ada angin yg keluar, tapi xde la bunyi n bau tu..itu dikira membatalkan solat jugak ke?mohon pencerahan yer ukhti..terima kasih :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah saya juga time Tahiyatul akhir baru nak keluar struggle tahan, buang masa satu hal dekat satu jam buat benda yg sama amik wudu. Betul ke ini sebagai penyakit. Takut pula memandai mandai :(

      Delete
  4. wassalam princess tiqa. adakah angin yg keluar itu berbau busuk, dan berbunyi? sekiranya sedemikian maka wajib mengulang solat dan wuduk.
    rasulullah bersabda;
    "Jika salah seorang daripada kamu sedang solat dan tiba-tiba merasakan suatu pergerakan di duburnya, dan merasa ragu-ragu samaada dia terkentut atau tidak, dia tidak perlu menghentikan solatnya sehinggalah dia mendengar bunyi atau menghidu baunya."
    (Abu Daud, 177; juga lihat Sahih al-Jami'; 750.)

    saya pernah terbaca sebuah artikel bahawasanya jika kentut itu selalu keluar time nak solat ataupun pkara common masa awak nak solat tu, maka itu dianggap sama seperti penyakit. saya pernah mengalami dan saya cuma bertawakkal dan yakin dgn solat yg dilaksanakan. tidak perlu mengulang solat dan wuduk. in shaa allah sah solat itu. jadi awk cuma perlu knalpasti kentt itu adakah menepati syarat di atas. namun, sekiranya perkara ini sangat jarang berlaku dan bila ianya berlaku anda yakin ianya kentut, maka wajib mengulang solat dan wuduk. wallahualam.. inshaa allah Allah mengetahui isi hati dan amal kita maka serahkan pada Allah sama ada dia menerima atau tidak itu urusan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Rasa angin keluar bahagian dubur tapi xde bunyi or bau ...bolehke teruskan solatje?

      Delete
  5. salam . saya sering merasa was2 pada pakaian jika terkena najis tetapi saya tetap solat kerana di tempat umum seperti surau sekolah . apakah batal solat ? dan soalan ke dua . saya sering merasa ada angin yang keluar tetapi tiada bunyi dan bau . adakah ini membatalkan solat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. sekiranya ada kotoran di pakaian yg diguna sms solat dan itu adalah najis maka solat itu batal krn pakaian solat mestilah bebas drp najis sebelum solat untuk memastikan solat itu sah. dan seperti di atas saya telah katakan sekiranya ada sesuatu pergerakan di kawasan dubur tetapi apa yg keluar tidak berbau dan x berbunyi dan anda was2 adakah hal itu kentut atau tidak, maka hal itu tidaklah membatalkan solat. :)

      Delete
    2. Solat kita sah selagi mana najis yang terkena pada pakaian kita mahupun pada tempat ibadah adalah kering dan tidak melekat. Disunatkan sebaiknya agar kita membersihkan terlebih dahulu persekitaran dan pakaian ibadah kita. 😊

      Delete
  6. Aku stresss....jika kerap kali sudah ambil air sembahyang angin keluar.kadangkala sampai basah lengan baju....persoalan saya

    1. haruskah saya meneruskan solat dalam keadaan,kita sedar bahawa kita kentut.
    Dari segi bau dan bunyi tiada.

    2.adakah solat kita sahdi sisi Allah swt

    ReplyDelete
  7. Aku stresss....jika kerap kali sudah ambil air sembahyang angin keluar.kadangkala sampai basah lengan baju....persoalan saya

    1. haruskah saya meneruskan solat dalam keadaan,kita sedar bahawa kita kentut.
    Dari segi bau dan bunyi tiada.

    2.adakah solat kita sahdi sisi Allah swt

    ReplyDelete
  8. Aku stresss....jika kerap kali sudah ambil air sembahyang angin keluar.kadangkala sampai basah lengan baju....persoalan saya

    1. haruskah saya meneruskan solat dalam keadaan,kita sedar bahawa kita kentut.
    Dari segi bau dan bunyi tiada.

    2.adakah solat kita sahdi sisi Allah swt

    ReplyDelete
  9. Assalam.. saya pun biasa alami masalah ni.. masalah saya dalam nak solat sangat banyak.. sekejap begitu sekejap begini.. saya ada keputihan.. mudah keluar air wadi bila melibatkan tekanan dalam sesetengah pergerakan contoh nye lepas buang air dah cuci bila bangun je ia jd tekanan pada saya jadi air keluar la sebelum sempat lap.kira air wadi la pendapat saya.saya cuci balik. saya kena paksa diri untuk buang air besar dulu sebelum berwuduk untuk hilangkan rasa nak terkentut waktu solat dan sebagai juga usaha saya juga sebab kadang2 biasa keluar something dari dubur waktu berwuduk/solat. bila keluar juga something dari dubur/qubul waktu solat saya tetap saja teruskan solat saya tu sebab saya dah usaha buang air besar walaupun xjd dan saya juga dah lapik pakaian dalam. cuma jadinya saya ambil masa lama sebelum dapat solat.saya juga bermasalah dalam bacaan yang tidak jelas sebutan,bunyi dan makhraj nye.. kalau salah saya ulang sebutan.. bacaan saya dah berbisik tapi baca secara bisik tu menekan abdomen menyebabkan air keluar. betapa susah saya kawal bacaan tu. syaitan juga suka alih tumpuan saya dengan perkara2 lain lintasan fikiran. semakin saya cuba buang lintasan fikiran semakin ia mengasak fikiran. jadi saya terganggu dan terhimpit antara kesukaran bacaan dan lintasan fikiran. kalau saya memikirkan apa yang diingatan saya akan timbulkan tekanan pada saya juga..keluar air juga..saya salahkan diri saya juga apsal pikir perkara lain..kan dah kena ulang ke tandas. biasa la saya manusia biasa. jadi kesimpulannya solat saya jadi lama sangat. bab kentut tu kadang2 biasa sje berlaku waktu solat..sy x ulang.. tapi ada msanya nya ia jd x selalu..jarang.. jadi pulak time tahiyat akhir..dah saya susah nak baca..sabdu banyak pada bacaan tahiyat.. saya ulang solat 2x pn tetap jadi masa tahiyat akhir. persoalannya saya nak kena kira ikut kebiasaan tu ke.. nk kira ikut jarang2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... masaslah sis sebijik masalah saya.. kekadang sampai stress... solat awal tapi sudahnya lambat. kekadang rasa fedup...hmmmmmmmmm..

      Delete
    2. Keputihan bukan najis. Maka solat anda sah

      Delete
    3. keputihan adalah najis..

      https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4389-irsyad-al-fatwa-siri-ke-476-adakah-keputihan-membatalkan-wuduk

      Delete
  10. salam....saya nak tanya...saya sering mengalami angin keluar selepas ambik wuduk..namun angin itu xda bau dan bunyi.....bnda nie akan saya alami bila nk solat je...masa lain xda pulak....mcm mana ya...adakah solat saya sah jika diteruskan...kerana bila saya mbik wuduk berkali2 puwn....saya tetap merasakan bnda yg sama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kerap x batal solat.. sbb luar kawal.. sy juga begitu cuma sukar nk tentukan sbb ada masa ia berlaku jarang2 saja..ada masa ia berlaku kerap.. awkleh rujuk di sini

      http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/21/masalah-selalu-kentut/

      Delete
  11. assalamualaikum. sekiranya berlaku dengan kerap dan masalah kentut itu menjadi biasa, maka xperlu berwuduk kembali kecuali berbau atau berbunyi. :)

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum..saya tak tau la kenapa badan saya bannyak sangat angin...kadang2 sendawa tp x makan pon...pastu selalu rasa angin keluar secara sedikit tanpa bau dan bunyi sbb sedikit..jd bila solat selalu was2 sangat2...terpaksa ulang-alik ambik wudu'..walaupon saya tau kalau x ada bunyi ngan bau x batal tp sbb saya kata angin tu sedikit jd memang x ada bunyi dan bau..memang saya hidup dalam keresahan dan bimbang sbb takut solat yg dia tunaikan x sah..

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum..saya tak tau la kenapa badan saya bannyak sangat angin...kadang2 sendawa tp x makan pon...pastu selalu rasa angin keluar secara sedikit tanpa bau dan bunyi sbb sedikit..jd bila solat selalu was2 sangat2...terpaksa ulang-alik ambik wudu'..walaupon saya tau kalau x ada bunyi ngan bau x batal tp sbb saya kata angin tu sedikit jd memang x ada bunyi dan bau..memang saya hidup dalam keresahan dan bimbang sbb takut solat yg dia tunaikan x sah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan angin yg keluar tu melalu qubul dan dubur..memang kadang2 rasa takut setiap kali masuk waktu solat..

      Delete
  14. Saya selalu rasa mcm saya kentut wktu ambik wudhu jdi hmpr 4-5 kli ambik basah2 baju stress brtmbh time nk solat pon rase mcm kntt tpi xde bau x dgr bunyi pastu time nk sujud rse mcm kentut tpi sye teruskn sbb sye dh selalu mcm ni tpi sye andri xpasti btol ke tu kentut mcmpelik .. Batal ke solat sbb sye mmg rasa mcm kntt tpi stiap kali solat mcmni

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika selalu begitu, maka lihatlah pada ciri kentut itu. jika tidak berbunyi dan tidak berbau maka in shaa allah tidak batal solat.

      Delete
  15. sy minta pncerahan. sy slalu mrasakan was was bhawa pakaian bersih n tuala sy yg sy pkai slps shj mndi trkena prcikan air kncing sdgkn apabila sy fikir2 balik mcm air kncing sy sgt sikit. dan, sy rasa sy tlh usaha utk brsihkan tmpat sy buang air kecil tu dgn sbaik mungkin. tp msih was was n ini buat sy sgt susah hati stiap hri. mohon pnjelasan trhadap msalah sy n hukum2 yg brkaitan. syukran.

    ReplyDelete
  16. Salam tumpang tnye,tadi ketika solat subuh,semasa tahiyat akhr sya trkentut,adakah sah ataupon tidak???

    ReplyDelete
  17. kalo dah terkentut masa dalam solat, memang batallah solat tu. tahiyat akhir masih dalam solat lagi

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum..rupanya ramai jgk yg lalui apa yg trjd dkt sy.. saya pon sama.. time nak ambil wuduk.. time nak pakai telekung.. dah rakaat ke2.. rakaat akhir... masa tu la angin akan keluar.. ulang ambil wuduk jangan cakap la.. 5,6 kali.. kadang tu sampai lencun baju.. kadang tu.. rasa was2... tapi xdgr bunyi n xberbau pon.. tp rasa macam xsempurna.. ada bisikan suruh pergi ambil wuduk semula.. kadang tu waktu dah hampir habis gara2 penyakit ni..baru2.. sy ikhtiar pergi darul shifa.. alhamdulillah dah kurang skit.. tapi skrg jadi balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Caranya abaikan ..abaikan Dan abaikan ... Saya jg mngalami Dan cr terbaik n penawarnye adlh abaikan ..

      Ingat camni ..Kalo lua solat kite boleh yakin yg kite kntut nape DLM solat x boleh pastikan ..


      Bile x yKin je ITU kntut ke x ..teruskan solat ..:))

      Delete
  19. Assalamualaikum wbt .
    Sy ada sedikit kemusykilan .
    Sy seorang pelajar yg tinggal d asrama. Masalah sy ialah, sy kerap mengalami masalah yg sama iaitu kentut . Ia biasanya keluar bila sy siao ambil wudhu' sblm ambil wudhu' takdepun rasa nk kentut . Slps ambil wudhu' sy harus duduk dlm saf dan berzikir sementara masuk waktu solat untuk solat berjemaah di surau . Tp, sy teragak2 untk duduk krn bimbang sy akn trkentut . Sy oerlu duduk dgn perlahan2 . Tp tetap mengeluarkan angin . Sy terpaksa ulanv alik semula untk ambil wudhu tp yg pasti ia tidak berbunyi dan tidak berbau tetapi ia berlaku sblm sy solat . Adkh sy oerlu ambil wudhu sy semula ? Atau wudhu' sy tidak terbatal . Sy fhm tentang hadis diatas .. Tp itu berlaku dlm solat . Dlm keadaan sy, ia berlaku di luar solat iaitu sblm sy menunaikan solat . Apa yg patut sy buat ? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam, abaikan selagi tiada bunyi atau bau. Hukum asal anda sudah berwuduk dan perlukan keyakinan yang kentut itu betul betul keluar. Hadis Nabi s.a.w jelas nyatakan jangan keluar Dari masjid sehingga kamu temui bau atau bunyi. Hukum ini boleh digunakan samada mahu solat ditempat lain dan ketika berwudhu.

      Delete
  20. Memang ada syaitan yang menganggu dari mula istinja, masa wudhu, masa solat sebab solat ialah masa hamba Allah bermunajat dgn Rabbnya. Paling kurang syaitan ini menganggu kita untuk tidak qusyuk di dalam solat, menganggu bacaan kita dsb. Perbanyakan solat berjemaah, berzikir, istifar dan bersedekah/berinfak. Insyaa Allah, Allah akan lindungi kita dan dekat pada kita bila kita mendekati Nya.

    ReplyDelete
  21. Salam,
    saya pulak was-was sbb selalu rase mcm ade something keluar dari depan (qubul), tiada bunyi dan takde bau. Saya tak pasti angin ke apa. Biasanye berlaku semasa sedang bergerak dalam solat, contoh waktu nk rukuk ke, atau nk sujud. Bila saya was-was sama ada sy terkentut ke tak..saya solat balik. Kadang-kadang, 3-4 kali solat smula. Dah beberapa tahun saya mcm ni, stress sgt. Nak kahwin pun tak confident, sbb slalu fikir macam mane nk jd makmum yg baik pada bakal suami sbb asik was-was dan ambik wuduk semula huhuhu....sy sedang cuba nk lawan penyakit was-was ni, boleh tak klu sy abaikan je, "something yang kluar dari depan tu" dan teruskan solat sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry mncelah,try tgk video ustz azhar idrus bab angin kluar dri qubul,inshaAllah membantu😊

      Delete
  22. Asalamualaikum,
    Saya ialah mualaf dan juga pekak

    Masalah saya kerap kentut dan buat terpaksa ulang alik solat dan wuduk 3-4 kali tapi saya sebagai islam mesti terpeliara daripada ibubapa tak tahu tentang saya sembunyi. setiap kali saya masuk solat saya risau keadaan ibubapa akan tahu bongkar rahsia jika sikap saya yang menjadi peliknya sebab menganggu kentut. Masa kerja saya mahu solat saya rasa was-was tapi mereka call saya kena kerja tak sempat masa untuk solat. selagi lebih susah,saya kena cari masa lapangkan jika sesuai dan juga badan rasa yakin diri tak ada kentut keluar. Cara-cara saya ada pergi tandas nak semua keluar kentut menjadi empty,itu senang boleh untuk sesuaikan solat ditempat yang bersih dengan keyakinan diri. Yang pentingkan doa dulu kemudian baru boleh solat jika pasti kenal ciri-ciri kentut atau tak.. bila saya risau keadaan takut nanti Allah akan tak terima solat saya tak sah. Adakah Allah boleh terima saya solat yang sempurna jika kentut x bunyi dan berbau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima atau tidak itu urusan Allah. Allah tahu kesukaran yg kita alami serta kita dahpun berusaha mencegahnya. Berdoalah agar Allah terima segala solat kita sepanjang kita jadi jadi was2 kerana masalah angin ni :)

      Delete
  23. Assalam. Tima kasih ats prkongsian. Maslh sy bla mkn jamu mula la kentut aje. Hihi. Tp alhamdulillah tq sbb bru la tahu yg mn boleh n tak boleh truskn solat.

    ReplyDelete
  24. Kalau kentut ke dalam badan macam mana pula?

    ReplyDelete
  25. Istilah kentut adalah keluar angin. Keluar dari dubur. Masa nak solat tu jika rasa macam keluar angin tapi macam x tu panggil was2. Tengoklah pada ciri kentut tu camne pulak. Kalo dah selalu sgt keluar angin mcm dah jdi tabiat atau pnyakit dan xberbau serta xberbunyi maka sah solat. Jika memang terang2 terkentut Siap bunyi n bau lg dan hati kita memang tahu itu kentut jadi kena wuduk balik xkiralah berapa kali pon.

    ReplyDelete
  26. As salam.apakah status solat saya jika ketika saya solat ada bunyi kentut pd dubur ttp saya tak rasa Ada angin keluar Dari dubur.

    ReplyDelete
  27. As salam.apakah status solat saya jika dlm solat saya rasa ada bunyi kentut pd hujung dubur tapi tak rasa ada angin keluar Dari dubur ?

    ReplyDelete
  28. Assalammualaikum, tadi semasa solat isyak berjemaah, pada tahiyat akhir saya xpasti sama ade saya terkentut atau pun tidak...punca saya terkentut adelh sbb saya termenguap....semasa saya termenguap telinga saya tersumbat untuk bbrp saat dan saya xperasan tiba2 terkeluar angin... saya rasa sgt was was sbb nk kata ade bunyi mcm xde pulak sbb telinga tersumbat...nk kate ade bau x pasti pulak sbb masa tu kipas dinding menghalakan dkt saya...

    so xpasti ade bau ke x sbb kipas dinding menghala dkt saya semasa tahiyat akhir dan xpasti dgr bunyi atau tidak sbb termenguap dan telinga tersumbat tetapi seolah olah mcm terdgr....mintk pencerahan :)

    ReplyDelete
  29. info yang sangat berguna bagi umat islam, saya punya tulisan yang sama mungkin bisa sebagai bahan telaah http://ibadahakherat.blogspot.com/2015/02/hukum-menahan-kentut-atau-kencing-saat.html

    ReplyDelete
  30. Cmna plak dgn kentut semasa zikir & doa adakah solat kita terbatal.?

    ReplyDelete
  31. Saya duduk dekat asrama . Bila nk solat jemaah mesti kentut. Kadang 5 kali ambil wuduk , kentut tu pulak saya cube tahan tp keluar jugak. Mcm mana ye

    ReplyDelete
  32. trima kasih atas penjelasan yg diberikan.. baru faham.. dulu mase duduk di rumah sewa selalu diketawakan sebab setiap kali solat mesti kena ambil wuduk banyak kali.. ingatkan saya sorang je alami perkara ini.. satu lagi semasa menunaikan umrah,selalu kentut semasa tawaf. abah saya yang jadi mangsa untuk temankan saya ambil wuduk balik. dah la tempat wuduk jauh..mase tu xtahu lagi.. ade ketika saya teruskan tawaf dan dimina walaupun mengeluarkan angin.semoga umrah dan solat saya diterima Allah.

    satu je soalan saya.. adakah sah jika ketika diluar solat memang kentut itu berbau.. tapi didalam solat kita tahan sehingga tiada bau dan bunyi.. maaf jika soalan saya sama dgn penyoal di atas... keadaan ini kadang2 sahaja berlaku ketika perut sakit atau tidak terasa mahu membuang air besar.. yang pasti memang saya slalu terasa seperti buang angin ketika solat..TQ

    ReplyDelete
  33. kalau tak bersenam, cuba bersenam, insya-Allah membantu sedikit sebanyak masalah perut. makan berhenti sebelum kenyang (kalo makan nasik ambil nasik sikit, kalo nak tambah, lepas habis tambah sikit lagi), dan amalkan buang air besar sekurang-kurangny sekali sehari, disarankan waktu pagi. elakkan/kurangkan minum/makan benda sejuk contohny dari peti ais. jangan tahan buang air besar.

    ReplyDelete
  34. Adakah sah solat jika terkentut selepas memberi salam yang pertama?

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum. saya nak tanya. mengenai bunyi dan bau tu, bunyi tu bunyi yang nyata didengari di telinga ya?

    ReplyDelete
  36. Alhamdulillah ,syukran atas jawapannya

    ReplyDelete
  37. saya pun sama.sampai ayah marah,dahlah masa tu takde duit.tapi,kena bayar bil air dan elektrik.memang meningkat.dahlah ada GST.ayah saya sakit kepala fikir mana nak cari duit untuk bayar bil.syarikat pula mungkin tak lama.masa saya dan keluarga berkurang dan hubungan kekeluargaan juga berkurang.asyik kena marah dan ejek dengan adik-beradik je.saya memeng kecewa.saya digelar 'lembap'.

    saya pelajar tahun 6.UPSR saya 5A.atuk nak bawa pergi umrah,tapi mak saya haling.takut menyusahkan sebab asyik kentut.saya menangis.

    ayah kata,minum banyak air masak dan selalu buang air besar.mak pula kata itu adalah syaitan perempuan.
    di kampong,adik saudara saya mahu buang air,tapi saya selalu lama dalam tandas.kesian dia.

    adakah ini,ujian dari ALLAH atau balasanNYA.AMPUNKAN AKU.
    di sekolah, saya pasti menjadi pelajar terakhir keluar dari surau,malunya pada pelajar lelaki...

    masa saya dihabiskan dengan solat.bacaan quran saya berkurang.ASTAGFIRULLAH.

    saya bertawakal ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maafkan saya.
      bukan haling,tapi haling.bukan kampong,tapi kampong.

      Delete
    2. jenis kentut saya ialah vibrate.

      rasa getaran.

      Delete
    3. BertabAhla yer . . Masalahh kita hampir sama

      Delete
  38. Sahkan solat jika terkentut bagi orang yg sakit walaupun dah pernah jumpa doktor pakar tapi x sembuh2 juga.
    Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya sendiri tahu masalah kentut tak sembuh lagi tanpa doktor, adakah sahkan solat?

      Delete
  39. Salam puan, sy jgk mengalami masalah kluar angin ketika solat, dlm seminggu lebih kurg 1@2 kali kentut kecil semasa sola. Kentut tidak berbau & berbunyi. Adakah batal wuduk saya?

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum ...
    Saya seorang pelajar tingkatan lima.saya ingin mengajukan satu soalan.soalan saya adakah kita perlu menukar kain solat kita(skirt)apabila kita telah tebuang angin ketika solat??

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum, saya nak tanya. Saya tak pasti sama ada bunyi tu bunyi dari perut atau memang saya kentut. Tapi sekira nya saya kentut tapi tiada bau selepas tu. Macam mana?

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum. Persoalan kentut boleh rujuk video ustaz azhar idrus. Pasti anda puas hati dengan jawapan ustaz. https://youtu.be/u2k4KL3AhDI

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih byk awk..mmg jelas video tu.. kebetulan nama mak mertua saya siti hajar.. nama ayh mentua sy saad.. hehe..

      Delete
  43. Boleh confirm ke yg keluar hanya angin? Lendir mungkin salur berserta. Dubur @ Selatan. Ada lebih baik istinjak "pasti" suci-se-cuci²

    ReplyDelete
  44. saya selalu alami masalah kentut bila time nak solat , bila benda ni kerap berlaku menyebabkan saya bertambah was was bila nak solat , saya takut solat saya tidak sah dan seperti biasa saya terpaksa ulang dan ulang lagi ke bilik air untuk mengambil wudhu dan mengulang semula solat . Kadang kadang nak rasa nak marah tu ada lagi jugak sebab habis pakaian basah . Kadang kadang jugak saya tawakal sahaja kepada Allah s.w.t kerana saya yakin Allah tahu kita dah usaha , Allah tahu isi hati kita . Sesungguhnya Allah Maha pengasih lagi Maha penyayang ❣️

    ReplyDelete
  45. kalau tahan kentut pulak mcm mana tu? lagi2 pulak time dah sampai tahiyat akhir dah.

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum.. Saya pon ingin bertanya.. Macam mana kalau kita rasa nak terkentut pada sujud terakhir tu, tapi kita tahan je.. Then bila kita bangun untuk tahiyat akhir kita tahan jee kentut tu lepastu tiba-tiba rasa kentut tu macam hilang jee.. Tak tahu sama ada kentut tu dah keluar atau tak.. Adakah itu kentut atau tak? Adakah solat kita terbatal??

    ReplyDelete
  47. Spe2 ada mslh kentut jom la shre ngn saya...sy sdih sbb smua msalah sy sama mcm korang smua hm.01125520019..boleh wsp sy utk crita..boleh shre

    ReplyDelete
  48. Bagaimana mahu tahu bunyi itu dalam atau angin yg keluar..saya ssh nk membezakan..dan kadang terasa mcm angin keluar setiap kali rukuk atau sujud... harap dpt diterangkan dan doakan saya supaya cpt sembuh dr was was ini.. aminn

    ReplyDelete
  49. assalamualaikum . nak tnya . was was tentang kentut dalam solat , harus dengar atau bau . dan dalam situasi saya , ketika saya bangun dari sujud kedua pada rakaat pertama , saya was was sama ada saya kentut atau tidak . dan pada waktu yang sama , badan saya terkena kerusi di belakang saya jadi jika saya kentut saya tidak mendengarnya kerana bunyi kerusi yang saya terlanggar tu kuat. adakah jika saya terkentut pada waktu itu dan saya tidak perasan bahawa saya kentut , solat saya sah atau tidak ? mohon penjelasan

    ReplyDelete
  50. Tadi saya amik wuduk bila selesai saya baru nk letak sejadah tiba² ketut dh 4 kali saya amik wuduk asik ketut, tolong saya ustaz macam mana nk selesai kan..

    ReplyDelete