Saturday, 2 March 2013

INSPIRASI PENGHIJRAHAN SEORANG MUSLIMAH

bismillah hirrahman nirrahim...



INSPIRASI PENHIJRAHAN SEORANG MUSLIM.


di page banyak mengepost status tentang kematian 2 orang wira negara iaitu Insp. Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud. al fatihah buat mereka. semoga mereka tergolong dalam golongan yang syahid demi mempertahankan bumi Malaysia kita ni. buat yang masih lagi bernafas ni, apakata kita ambil 1 inisiatif.. menginsafkan diri kerana telah terbukti kematian datang tanpa terduga. siapa tahu esok kita pula....

saya tengok pakaian yang saya pakai hari ni.. rasanya tiada cacat cela. diseterika elok dan dipadankan dengan warna yang sesuai.. lipatan tudung juga kemas dan kain juga tidak terkoyak atau kotor di punggung. beberapa orang melihat dengan penuh perhatian. sindiran atau terpegun? saya tidak tahu. baik lelaki atau wanita juga sama. saya pandang wajah sahabat di sebelah. baru lah saya sedar. mungkin penampilan saya sedikit menarik perhatian pabila hanya ingin menuju ke library bukannya ke bandar atau kemana sahaja. maafkan saya wahai sahabat.! hanya ini yang saya mampu sarungkan dalam usaha menurutkan kehendak Ilahi dan kewajipan saya sebagai hamba kepada Allah.

hati sangat sayu tatkala beberapa orang pelajar lelaki memandang saya dengan begitu lama lantas berbisik kepada rakan sebelah. rakannya juga berpaling melihat saya bersendirian di kafe ketika itu. dia dan rakannya itu ketawa sambil menutup mulutnya. saya tiba-tiba dipagut rasa sedih. kenapa saya ditertawakan dengan hanya berpakaian muslimah? saya bertanya diri-sendiri. saya pandang wajah mereka dari jauh. mereka sudah berhenti tertawa tapi tersenyum sinis kearah saya. maaf, saya tidak kenal mereka! saya beralih tempat duduk ke arah belakang.

ini lah yang sering terjadi kepada hamba yang baru sahaja sedar dan ingin berubah ke arah jannah. ditertawakan.. kenapa? kerana hati mereka di tumpangi syaitan. syaitan itu menggoda mereka dan telah membutakan mata hati. apa sahaja yang baik dilihat sebagai satu perkara yg melucukan. 

 Surah At Taubah ayat 20 yang bermaksud: “Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan diri, mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah SWT. Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan menggembirakan mereka dengan rahmat daripada-Nya keredhaan dan syurga. Di dalamnya mereka memperolehi kesenangan yang abadi. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah itu pahala yang sangat besar.”

in shaa Allah tepat sept 2013 saya bakal melangkah ke universiti sebagai mahasiswa ijazah sarjana muda. cabarannya? lebih mencabar! saya ingin mencabar diri sendiri. in shaa Allah saya ingin menyarung tudung labuh setibanya saya di universiti. ketika itu saya akan mengetahui betapa nikmatnya menjadi salah seorang wanita bertudung labuh di dunia ini. mungkin sekarang di matrikulasi saya masih tidak mampu. tapi sindiran dan ejekan yang saya terima disini sudah mampu memberi semangat untuk saya menjadi wanita muslimah.

islam jangan hanya pada kad pengenalan. islam perlulah diaplikasikan kerana status islam hanya di kad pengenalan tidak menjanjikan syurga.

tanggal 11 Disember 2012 sememangnya menjanjikan sesuatu yang berharga. Allah telah menghadiahi satu hadiah yang sangat berhrga sempena hari jadi saya pada 12 Disember lalu. nikmat KEINSAFAN dan TAUBAT. alhamdulillah tanggal 2 Mac 2013 setalah 3 bulan berlalu ia masih kuat bertaut dijiwa! istiqamah dan praktikkan itu sudah pasti. sepanjang 5 tahun di sekolah menengah saya menjadi anak yang tidak berguna. hanya mencipta dosa demi dosa dan mengheret ibu dan abah bersama. saya sama sekali bukan anak berjasa.

matrikulasi ini telah memberikan saya kesedaran.... ujian demi ujian dikirim Ilahi tetapi setelah 7bulan baru saya menyedari..

1) kesusahan saat mencari sahabat.
2) kesukaran menyesuaikan diri dengan rakan sebilik dan sekelas
3) kegagalan untuk adapt dengan perubahan suhu dan iklim
4) selalu sakit-sakit dan berulang alik ke klinik. ada kalanya sehingga seminggu.
5) masalah kewangan yang menghimpit sehingga kebingungan
6) ikatan cinta haram yang terbina terlerai saat peperiksaan menyusul
7) kesukaran untuk istiqamh dalam solat dan puasa
8) buta dalam menilai pakaian yang cantik dimata atau cantik pada agama
9) hubungan dengan cinta haram melebihi hubungan dengan The Majesty dan ibu ayah
10) PUNCAK MASALAH/UJIAN : KEGAGALAN DALAM PEPERIKSAAN AKHIR. 

nasihat sebenarnya amat membantu tetapi kesedaran sendiri lebih bermakna. mimpi kematian selama ini ada maksudnya.! ujian Allah sebenarnya salah satu cara Allah untuk membuka pintu hijrah buat saya. kenapa saya ceritakan ini? kerana saya ingin berkongsi pengalaman dan mencari kekuatan tambahan untuk merealisasikan hasrat untuk bertudung labuh di universiti. saya seriously menyesal dengan segala kesalahan yang saya buat dulu. kegagalan dalam peperiksaan akhir telah membuka mata dan dosa lalu muncul di fikiran bagai video yang diputar berulang-ulang kali

masjid dan Allah menjadi saksi penhijrahan saya. saya memilih waktu selepas Asar dimana tiada orang yang bertandang di masjid saat itu. dan saya merasa seperti dilahirkan semula. Alhamdulillah Allah telah memberi petunjuk saat umur  memasuki 18 tahun. (19 tahun-2013). saya beruntung kerana ramai orang yang berusia lanjut namun masih galak di kasino dan disco bergelek..... berjoget. dan disebabkan penghijrahan itu Allah telah mengurniakan penyelesaian kepada semua masalah di atas. 

1) saya dikurniakan seorang sahabat baik yang sangat memahami
2) masalah kewangan mula menghilang. rezeki datang mencurah-curah dan duit lambat susut
3) mudah faham sesuatu pelajaran
4) tidak liat bangun solat dan berpuasa
5) hubungan antara rakan sekelas dan sebilik semakin rapat
6) dikenali oleh para pensyarah :)
7) keputusan ujian baru-baru ini alhamdulillah okay. :) :)
8) saya menjadi sangat rapat dengan ibu ayah malahan telah bertukar menjadi anak emak
(lebih- lebih pulak aku ni hehe)

seruan untuk berhijrah telah tiba 1400 tahun lalu. sabda Rasulullah  :

Baginda bersabda ertinya: “Sesungguhnya berkawan dengan orang-orang yang soleh (orang-orang baik) dibandingkan dengan orang-orang jahat adalah seperti berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi berbanding dengan tukang besi. Maka berkawan dengan tukang penjual minyak wangi terkadang dia memakaikan kepadamu atau kamu mengikutnya atau mencium wanginya. Akan tetapi berkawan dengan tukang besi (peniup api) mungkin terbakar pakaianmu atau merasakan panasnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

saudara-mara juga perasan perubahan tapi do i care? i don't care. saya semakin bersemangat. 

thank you dear Allah. U make me as a muslim and u teach me how to be a good muslim.
Allahu Akbar 
Alhamdulillah!!
Lailahaillalah!!!!!!!!!!!!!!

4 comments:

  1. kiambang bertaut4 February 2014 at 20:08

    As-salam saudari Diya.. Tinta ini tinta lama tp x mengapalah sbb bru jumpa. Sy menyokong penuh niat anda utk berubah. Smg m'jd semakin baik dan istiqamah hingga ke akhir hayat. Sejak akhir2 ini jiwa sy juga m'berontak utk b'hijrah sama. Jiwa slu gelisah dan tak tenang. Rasa mcm ada sst yg blm beres.. Harap Allah Taala juga m'buka seluas2 jalan utk sy rujuk kembali pd-Nya spt org2 yg tlh dibahagiakan-Nya... Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. alhmdulillah perubahan telah dicapai cuma perlu istiqamah. gud luck too dlm penhijrahan. semoga anda sentiasa dilindungi Allah SWT. :)

      Delete
  2. salam saudari Diya..pagi nie apabila kputusan sem 1 di ipta keluar saya berasa sesuatu..alhamdulilah walaupun tidak 4 flat tp ia sesuatu yg membanggakan..saya sama seperti awak dr matrikulasi 2012/2013,kita sebaya..doakan saya agar berjaya dan istiqamah dalam penghijrahan ini..semoga kita sama2 brjaya dunia dan akhirat..amin..

    ReplyDelete