Thursday, 14 March 2013

WANITA, KENAPA HATIMU BEGITU SENANG DIMILIKI?

bismillah hirrahman nirrahim..
 
 
 
Allah telah berfirman dalam Surah Al-Isra' ayat ke-17 bermaksud:

" Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk"

Cinta? sejauh mana ingin aku lari, tidak pernah berjaya. pasti akan ada mulut-mulut yang galak bertanya..
 
" kau dah ada pakwe? kalau xde lagi meh aku rekomenkan. dia tu kan bla..bla..bl
 
aku cuma mampu senyum tidak membalas soalannya. senyuman yang penuh makna. kerana hatiku telah bulat.. TIADA LAGI COUPLE SEBELUM NIKAH. 

aku bukanlah seorang yang begitu hebat untuk mengatakan begitu. namun dulu aku pernah punyai perasaan cinta dan bercinta namun Allah masih sayang. aku telah dibukakan hijabnya. dan betapa aku merasa ruginya aku. aku tidak menyedari yang cinta yang sebenar-benarnya telah hadir dalam hidup aku tidak lama dulu.

aku cuma seorang muslimah yang ingin berubah dalam usaha mencari keredaan Ilahi. aku masih belum layak ingin menilai manusia dan merangka segala-galanya tentang Islam. ilmu masih sedikit. masih banyak yang perlu aku belajar.

Namun, terdetik di hatiku untuk menitipkan entri di sini sementelah ku berasa risau melihat teman-temanan yang ada di sekelilingku terlalu asyik & mudah benar tertipu dengan tipuan dunia yang satu itu iaitu; bercinta & berpasangan sebelum nikah.

Coretan ini juga untuk memperingatkan diri ini yang selalu kerapuhan jua, insyaAllah.

Dia memang kacak, pandai pula mengambil hati, sangat romantis dan penyayang.. Namun, benarkah dia tertulis menjadi kekasihmu yang halal kelak?
Kalau kamu juga tidak tahu & tidak pasti, mengapa mudah benar kamu menyerahkan dirimu untuk disentuh oleh dirinya yang belum halal bagimu?

Aku bukan cemburu denganmu. Ya, kamu memang cantik, tubuhmu yang langsing dan wajahmu yang menawan itu selalu saja mencairkan hati nurani sang lelaki. Namun, apalah maknanya hantaran yang berpuluh ribu itu, jika semua keindahanmu telah pun menjadi tontonan mata lelaki durjana saban waktu?


Wahai sahabatku, wahai para wanita yang dikasihi Allah,
Tidakkah kamu ingat peringatan Rasulullah saw; bahawa kebanyakan penghuni neraka adalah daripada kaum kita? Tidakkah kamu ingat lagi, Rasulullah saw juga pernah mengingatkan bahawa kita adalah fitnah terbesar bagi kaum lelaki?

Aku tahu, kamu cinta dia. Aku tahu, dia baik. Aku tahu, kamu tak mahu kehilangannya.

Aku tahu, kamu fikir bila kamu melepaskannya, ada kemungkinan kamu tak mungkin mendapat ganti yang lebih baik...

Namun, tahukah kamu, semua itu adalah tipu daya syaitan untuk kita sentiasa mengikut telunjuknya & memasuki jalan yang buruk?

Jalan yang hina yang membawa kita terus masuk ke lembah kehinaan. Iaitu jalan yang menghampiri penzinaan? zina hati, zina tangan, zina pancaindera dan sebagainya.

Kita selalu tertanya-tanya. Tidak adakah lagi lelaki yang baik dan soleh di dalam dunia ini? Mengapa yang ditemui semuanya lelaki haprak dan tidak berguna?

Tanyalah pada diri kita sendiri, layakkah kita mendapat pasangan yang soleh agaknya? layakkah kita mendapat seorang ustaz atau imam muda kiranya solat kita juga tidak sempurna? Subuh juga tertinggal, aurat juga terdedah sana sini. menuntut ilmu pun malas & iman juga masih rapuh?

Tahukah kita, mukmin yang soleh itu mendoakan jodohnya adalah calon yang terdiri daripada mukminah yang solehah jua?  Bahkan mereka sungguh sabar menjaga hati & perasaan lantas menyerahkan cinta itu kepada pemilik segala cinta iaitu Allah?

Ku beri satu analogi mudah di sini; Sama juga kisahnya dengan calon Matrikulasi ataupun STPM yang memohon menyambung pengajian ke peringkat sarjana muda. Adakah pointer 2.2 sudah cukup untuk melayakkan kita mendapat tawaran jurusan perubatan?

Semua orang mahukan yang terbaik sahaja di dalam hidup mereka. Namun, layakkah kita mendapat yang terbaik itu? 

Soalkanlah soalan itu pada diri kita sendiri. Malulah sedikit kepada Allah.. Malulah kepada Allah, kita tidak layak pun untuk meminta lebih daripadaNya. Sungguh Allah jua menganugerahkan rezeki & ujian yang berpadanan dengan kita.


Kita juga selalu mengharapkan kebahagiaan daripada kisah cinta kita dan si dia. Namun, ingatlah, kebahagiaan itu datangnya daripada Allah. Logikkah kita meminta & mengharapkan kebahagiaan daripada sesuatu yang memurkakan Allah yakni dengan berbuat kemaksiatan?

Jangan mudah benar menyerahkan hati & perasaan. Apatah lagi sekadar buat lelaki yang tidak berkualiti seperti dia. Kalau baru pertama kali bertemu sudah berani menyentuh tangan kita, itu sudah cukup untuk membuktikan dia bukan lelaki beriman. Kalau baru 2-3 kali ber-SMS sudah memanggil kita dengan panggilan 'sayang', itu juga membuktikan betapa murahnya kasih & sayang si dia.

Ingatlah teman-temanku,
Bukan begitu caranya Saidina Ali mencintai Fatimah Az-Zahra.  Bahkan jauh benar bezanya dengan cara Rasulullah saw mencintai Siti Khadijah.

Cinta mereka dihubungkan oleh cinta Allah sebagai perantaranya. Cinta suci yang membawa bahagia hingga ke syurga..

Benda yang sangat murah & mudah diperolehi, mudah jugalah untuk dibuang. Begitu jugalah dengan cinta & hati kita. Jangan mudah sangat jatuh cinta dengan orang tidak berhak atas kita. Itu sudah membuktikan betapa murahnya harga sekeping hati & harga diri.

Jagalah hati, jagalah iman, jagalah peribadi, jangan sesekali khianati amanah diri, agar mahal hargamu, mahal daripada dunia & segala isinya, insyaAllah. Teruskan berdoa & bersabar. Mudah-mudahan Allah akan menganjarkan balasan yang setimpal, insyaAllah.

Tidak salah jatuh cinta. Namun, perlulah disalurkan melalui saluran yang betul. Apalah salahnya menjadi rahsia kita & Allah sahaja? Jika berjodoh, insyaAllah Allah akan menyatukan jua cinta itu. Boleh jadi, jatuh cinta itu juga merupakan ujian buat kita.


Akhirul kalam, renungilah kata-kata ini teman..


Sesungguhnya, tidak kiralah sekuat mana cinta dan kasih kita pada seseorang, yang menyatukan cinta itu adalah Allah. Tetap takkan bersatu hati dan cinta itu tanpa perkenan daripada Allah.

Namun, jika Allah meredhakan dan mengizinkan, tidak kiralah sejauh mana terpisah, selama mana menyepi dan terputus khabar, atau sedalam mana reluk kita berlari, kekuasaan dan keesaan Allah tetap akan menyampaikan perasaan yang kita rahsiakan itu.
 
Oleh itu, adalah teramat perlu untuk kita mencari dan mencintai ‘Yang Menjadikan Sesuatu’ itu dan Dia yang menyatukan cinta itu, iaitu… Allah swt.

Adapun Allah melengahkan kedatangan jodoh & pertemuan buat kita kerana mahu kita meraih cintaNya dan rasulullah saw, menuai cinta dengan ibu bapa, membenih kasih dengan amal kebaikan serta mahu menyedarkan kita bahawa satu-satunya cinta yang paling kita perlukan ialah cintaNya semata-mata.

rujukan: syauqahwardah10902.blogspot.com :)

3 comments:

  1. teguran.maaf andai terasa.anti pakai tudung labuh + purdah. tapi hobi anti membuatkan ana merasakan tidak sesuai untuk ditayangkan tatapan umum. ini kerana ia akan menimbulkan anggapan buruk orang lain terhadap orang macam anti.terima kasih.

    ReplyDelete
  2. teguran yg membina tidak mengapa. ttpi trima ksih buat saudara/saudari :)

    ReplyDelete
  3. nice articel saudari :) keep it up!

    ReplyDelete