my LADY BUGS..

Thursday 8 November 2012

sahabatku..pls don't create one more silencer.. (part 2)

sy tidak pernah memberitahu ibu dan abah tentang apa yang telah terjadi. sy juga tidak sanggup untuk melihat ibu sy resah gelisah bila mengetahui keadaan anaknya yang tidak tentu arah. dan hasilnya.... pointer sy teruk untuk semester yang pertama! tapi sy tetap tabah. sy tidak pernah menceritakan tentang apa yang berlaku kepada roomates sy khuatir sy dimarahi nanti. kalau boleh sy juga tidak mahu blog ini diketahui oleh mereka kerana blog ini sahaja harapan sy untuk meluahkan isi hati yang terpendam. dan bagai jatuh ditimpa tangga, teman lelaki sy meninggalkn sy dengan alasan kami tiada sefahaman. Alhamdulillah, akhirnya sy lepas dari satu jenis dosa , MENDEKATI ZINA kerana ex sy dahulu seorang lelaki yg sangat gatal. u know what i mean, right? sy rasa lega sekali kerana satu masalah telahpon selesai. sy cuma mampu menceritakan semua ini kepada Allah sahaja. sy tidak pernah menceritakan masalah sy kepada org yg tidak betul2 sy percayai.

step yg pertama, sy cuba mendekatkan diri dengan roomates sy. sy cuba untuk melupakan segala keperitan semasa orientasi dulu dimana sy disisihkan oleh mereka. sy cuba buang jauh2 kenangan buruk itu dan berazam ingin memulakan hidup baru. alhamdulillah sy berjaya! mereka menerima kehadiran sy dan kami berjaya menjadi sahabat rapat walaupun tidak begitu rapat. masalah didalam bilik sudah selesai. namun ada satu lagi yang amat mengganggu diri ini. tatkala di kuliah atau di kelas2 tutorial. buat pengetahuan semua, sy tidak suka bercakap atau study dengan lelaki kerana sy malu. dan sy lebih suka berckap2 dengan prempuan sahaja. jadi didalam kelas sy tidak begitu TALKATIVE tapi alhamdulillah, pensyarah mengenali diri ini. ada hikmahnya juga menjadi pendiam kerana sy tidak akan menyakiti hati sesiapa. cuma ada bberapa org yang mungkin tidak suka akan kehadiran diri ini. it's okay i don't mind. semakin lama diri ini makin diterima dan ada classmate yg memuji2 sy mengatakan sy ini...................... bukannya riak tpi sy cuma ingin myatakan betapa gembiranya. dan sy telah berazam yang sy akan menjaga hati sahabat baik sy sebaik mungkin sekiranya Allah mengurniakan nya kepada sy. maafkan sy wahai sahabat2 tapi sy tidak boleh memendam lagi hal ini dalam hati ini.

salah seorang roomates sy adalah rakan sekelas sy. demi allah, sy amat menyayangi dia kerana kami selalu bersama. namun begitu hari tidak selalunya cerah. entah mengapa dia mendiamkan diri tatkala berjumpa sy. sy merasa amat bersalah. mungkin sy telah menyakiti hatinya.! sy ingin bertanya terus kepadanya. tpi apa yg memeranjatkan sy, dia tidak bercakap dengan semua roomates sy. sampai sy merasa sangat hairan mengapa hal ini terjadi. apa salah kami? apa dosa yang telah kami lakukan? pls beritahu kami kerana WE ALL LOVE YOU SO MUCH! namun, hanya angin yang menjawab persoalan ini. Ya Allah, apa lagi cubaan yang ingin kau beri kepada ku? Hal ini berlarutan hingga ke dalam kelas dimana dia langsung tidak bertegur sapa dengan sy tetapi HANYA SAYA!! sekarang bagaimana? betapa hancurnya hati ini. hanya Allah yang tahu betapa hati sy mnjerit tatkala bertemu dia. sy diamkan sahaja kerana sy akan bertanya hal ini walaupun bukan secara bertentang 2 mata (SMS) , tapi sekurang2 nya sy mencuba.

implikasinya.. dia telah disisihkan oleh roomates sy. kami sudah habis akal untuk mengembalikan keceriaan nya. kami tidak tahu apa yg patut dilakukan lagi. SMS sy juga tidak berbalas.,... sahutan sy tidak bersambut. dan masalah dulu telah kembali bersarang di hati ini. jujur sy katakan hati sy pilu bila melihat dia bersendirian didalam bilik kerana sy pernah mengalami keadaan ini dan ini sangat MEMERITKAN! sy tidak mahu ada orang lain yang menerima nasib yang sama seperti sy sebagaimana dia sekarang. pernah sekali ketika dia tidur dengan lenanya, sy tatap wajahnya dalam2 dan air mata sy mengalir tatkala sy memorize kembali kenangan pahit sy dahulu. kenapa perlu dia mengalami keadaan seperti ini sebagaimana sy dahulu? kasihan dia namun apa yg boleh sy lakukan lagi? saban hari sy hanya terfikirkan dia sahaja. tpi tiada siapa yang tahu. sy akui wujud juga rasa meluat tapi hal itu tidaklah berlarutan lama. sekarang dia telah pergi meninggalkan kami, meninggalkan sy dengan persoalan yang masih lagi tidak terjawab. dan yang paling menyedihkan sy mendapat tahu hal pemergiannya itu melalui laman sosial facebook.! OH MY GOD! it's hurt! sedangkan classmate kami yang lain mengetahui hal ini dari dirinya sendiri. hal ini merupakan tamparan yang paling menyakitkan untuk sy. ungkin anda semua melihat post ini sebagai sesuatu yang tidak penting dan irritating mahu pun hilarious tpi ini adalah luahan hati sy.
 


buat sahabatku, jagalah dirimu baik2 dan maafkan kesalahan sy sekiranya sy yang telah mencipta segala jurang antara kita. Demi Allah, saya sayang pada mu.

buat sahabat yg lain, pls don't create one more silencer because it's hurt!!  sy xsanggup melihat jika ada orang lain yang menerima nasib seperti sy dahulu. biarlah sy sahaja kerana sy tahu Allah mengurniakan cubaan itu kepada sy kerana dia tahu sy boleh menghadapi nya tapi sy tidak tahu sama ada anda sekuat sy atau tidak.
~salam ukhuwah dari livola~

No comments:

Post a Comment