my LADY BUGS..

Friday 9 November 2012

CINTA SELEPAS NIKAH.. cinta yg manis.

bagi sesetengah orang , berkahwin awal tidak menjadi pilihan kerana rata2 orang... terutamanya org yang berpendidikan atau berkerjaya lebih memilih untuk menumpukan fikiran kepada kerjaya terlebih dahulu kerana mahu menstabilkan kerjaya terlebih dahulu namun begitu Allah SWT telah berfirman:


Allah telah menggalakkan kita brkahwin awal.. bukan kerana Allah mahu mengongkong kita tapi semata2 untuk mengelakkn kita terbelenggu dengan nafsu syaitan... kerana kita sering dengar berita2 pembuangan bayi. hal ini kerana berlakunya seks luar nikah diantara pasangan kekasih yang haram hukumnya...  kita sebagai umat Islam perlu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. namun begitu, kadang2 halangan itu hadir daripada ibubapa yang ingin melihat anak2 nya berjaya terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga. berikut adalah kesan baik yang hadir daripada berkahwin awal

TUNTUTAN AGAMA

islam amat menggalakkan umatnya berkahwin awl bagi memastikan umatnya terjaga dari melakukan maksiat. tambahan lagi, itu adalah sunnah nabi. lagipun tujuan sebenar perkahwinan bagi memastikan keturunan manusia berkembang biak di atas muka bumi ini dan berusaha untuk memakmurkan bumi ini.
lagipun perkahwinan akan melahirkan anak2 yang soleh yang boleh mendoakan kita saat kita telahpun meninggal dunia. dahlah kahwin awal dapat pahala banyak. kan best tu??

~bila pegang tangan isteri =dpat pahala
~bila pandang isteri dengan pandangan yg ghairah= dpt pahala
~cium isteri= dpt pahala lagi
~bawa isteri dating= dapat pahala jugak!!!
~tidur sekatil dengan isteri= dpt pahala jugak ye?
~berborak dengan isteri= dapat pahala
~meneguristeri untuk kebaikan= pahala lagi!!
~kerja untuk tanggung anak isteri= pahala byk giler!
~jadi imam untuk isteri= berlipat ganda pahala
~gedik2 dengan isteri = lagiiiilah dapat pahala
~pendek kata pahala banyak lah yang dapat......:)

aiiii... nie rasa nk kahwin ni? anda xrasa ke? hehe

MENGELAK DIRI DARI ZINA LAKNATULLAH

Bayangkan sejak usia 18 tahun lagi hati bergelora memendam rasa nafsu yang kian membara terhadap org yg berlainan jantina. dan targetnya pada usia 28 tahun misalnya baru nak berkahwin selepas mendapat kerja , membeli kereta dan rumah.. aiyaaaaa boleh ke tahan semua tu tnpa melakukan apa2 maksiat? jika boleh tahniah di ucapkan ! :) tapi kalau saya lah kan...... kena fikir dulu kot ...hehe 


JADI LEBIH BERTANGGUNGJAWAB :)

Hal ini akan membuatkan pasangan itu lebih bertanggungjwab pada usia yang muda lagi. bayangkan lelaki kalau umur 21 dah matang, boleh menjaga org yg disayanginya dengan baik..itu sweet bukan? 

JIWA MENJADI TENANG





Baca botol2 artikel ni.. sweet bukan? ya sememangnya betul kerana apabila kita mengerjakan satu amalan yang diredhai allah, allah akan mengurniakan sejuta kali rahmat kepada kita. mmg byk kajian telah membuktikan hal ni. contoh terdekat dr.muhaya penceramah terkenal telah berkahwin pada thun ke2 pengajian di universiti dan dia telah berjaya bukn? tambahan lagi kalau dua2 masih belajr boleh study sama2, buat assignment sme2, makan same2 . bahagia tak? takda sape pon nak marah. pencegah khalwat apa lagi.. apa lagi yang korang fikir? law couple buat bnda camtu pokpekpokpek org mngumpat. kita dapat dosa org lain pon dapat dosa jugak

SEKS LEBIH BERKUALITI DAN ANAK JUGA LEBIH SIHAT
     
seperti mana yang kita tahu.. ATTENTION PELAJAR SAINS! melahirkan anak pada usia tua risiko lebih tinggi untuk dapat anak sindrom down due to nondisjunction of chromosome. kebarangkalian utk anak berpenyakit genetik seperti sindrom turner, klinefelter, kemandulan serta keguguran amat tinggi. jika berkahwin awal, tenaga juga masih banyak dan kualiti gamet amat tinggi. anak yang sihat dan cerdas juga akan dilahirkn..

~so semua kawan2 ape slahnya kalau kita buka minda kita ke arah yang lebih islamik? couple memang best kerana semua itu kerja syaitan yang telah mengaburkan mata kita ini. nak kahwin awl boleh tpi jangan lak kahwin lari nanti semua org pon pandang serong. selamat berkahwin sume ye hehehe ;)
   

   

 

No comments:

Post a Comment