my LADY BUGS..

Thursday 8 November 2012

sahabatku.. pls don't create one more silencer.. (part 1)

Sahabat... kita selalu dengar ungkapan Best Friend Forever (BFF), Sahabat Sehidup Semati, dan macam2 lagilah tapi pernah tak kita aplikasikan dalam hidup kita? jika pernah, tahniah saya ucapkan! :) Tapi, jika belum, jangan bersedih kerana Allah S.W.T itu maha Adil. dia akan memberi kita yang terbaik asalkan kita bersabar. mungkin blog saya tidak sepopular blog lain seperti Roti Kaya, Ranting Patah, Si jari runcing... kerana saya baru bergiat dalam dunia penulisan blog ni. sy masih lagi menuntut di institusi pendidikan tinggi awam jadi kadang2 memang xde masa nk updte blog nie.

kisah nie berdasarkan pengalaman sy sendiri dimana sy pernah mengalami pelbagai situasi melibatkan sahabat. sy tinggal bersama 5 orang sahabt dimana kami semua berasal dari negeri2 yang berlainan. namun kami sangat rapat boleh dikatakan seperti adik beradik. namun begitu, tidak semua orang mempunyai ego yang nipis walhal wanita sekalipun. seorang sahabat yang baik tidak akan pernah meninggalkan sahabatnya bersendirian kecuali telah habis ikhtiar untuk menambat hati sahabat tersebut. ye biasalah semua orang mempunyai mood masing2 dan tidak salah bukan jika kita berusaha untuk membuang ego dan mengambil berat atas satu sama lain. mungkin sahaja seorang sahabat mendiamkan diri kerana mempunyai masalah cintaa... masalah keluarga..pelajaran ataupun fikirannya mungkin berserabut., Ya, disini lah fungsi sahabat! bukannya semata2 ingin dibawa bersiar2, menemani saat makan tengahari... menemani saat bersendirian di library.. itu namanya mengambil kesempatan. seperti yang semua tahu untuk mencari sahabat ketika SENANG amatlah senang sekali, NAMUN untuk mencari sahabat ketika SUSAH teramatlah susah. boleh dikatakan SATU DALAM SEJUTA pon belum ada.


Sahabat.......... tidak menjadi satu jenayah jika anda mengambil berat tentang hati kawan anda. sahabat yang baik akan tahu sekiranya sahabat itu berkecil hati dengannya. bukannya apabila seseorang itu berdiam diri, maka yang lain juga turut memulaukan sahabat itu. itu bukan sahabat namanya itu namanya musuh dalam selimut. jika anda mungkin takut untuk bertanya kan hal yang sebenarnya, mungkin boleh menggunakan medium seperti SMS, FACEBOOK, EMAIL atau SURAT sahaja. bagi sy PERSAHABATAN ITU LEBIH MANIS DARI PERCINTAAN... tanpa sahabat, cinta akan mati. namun tanpa cinta sahabat itu masih kekal selamanya. To me, ur friendship more valuable than a diamond. if i had to choose whether friendship or a million dollars, i rather to choose our friendship. wang itu boleh dicari tapi sahabat itu sukar sekali. ya, sy mengaku bahawa sy tidak mempunyai sahabat baik di tempat pengajian saya disebabkan sikap sy yang pendiam dan kurang bergaul namun sy telah berusaha untuk merapatkan diri dengan kawan2 di kampus. sy akui sy kurang setia dalam percintaan namun begitu sy sangat setia apabila berteman. sy telahpun berjanji pada diri ini yang sy tidak akan mensia2 kan sahabat baik sy sekiranya dia juga mampu melakukan hal yang sama. sy tidak marah sekiranya sahabat baru sy meninggalkan diri sy untuk bersama yang lain. asalkan tidak berlaku pergaduhan pada diri kami.

namun... tidak semuanya semanis madu.! sy telah disishkan. boleh anda bayangkan semasa minggu orientasi anda terpaksa berjalan sendirian untuk kemana2 sahaja? can you imagine that bila semua org sibuk menjamu selera di kafe sedangkan anda menangis sendirian di dalam tandas kerana tidak tahan menanggung keperitan di hati ini? walhal apabila frust dlm percintaan pon, sy tidak jadi sebegitu rupa. ya ,,, sy mengalami zaman sukar tatkala 2 bulan pertama di kolej. tiada siapa yang mahu duduk bersama sy di kelas. sy menderita. sy tidak boleh fokus di dalam kuliah mahupun kelas. setiap hari bagaikan mimpi ngeri buat sy. sy sering menangis di tepi tangga dalam gelap. tiada siapa yang tahu.mungkin ramai yang tidak mampu membayangkan hal sebegini kerana mereka tidak pernah mengalami hal ini. tpi percayalah, ini adalah perkara yang amat menyakitkan jika anda mengalaminya.!

No comments:

Post a Comment