my LADY BUGS..

Friday 5 December 2014

TANGGUH PENGAJIAN : My own experience. Pro dan kontranya.

Bismillah hirrahmani rahim..

Hampir setahun tidak update ini punye blog dan hampir 5bulan tak log in. Jikalau dulu my passion really for blogging and writing. Tapi dalam tahun 2014 memang banyak perkara berlaku. Perkara yang paling tidak dapat dilupakan ketika ini dan masa depan adalah saat permohonan diya utk menangguh pengajian selama 1 tahun.
Untuk membuat keputusan itu bukanlah sesuatu yang senang. Hampir 1 bulan difikirkan dengan pelbagai perkara yang diambil kira. Ini bukan keputusan mudah dan pastinya dekan tidak akan meluluskannya dengan mudah. Sebab menangguh juga perlu kukuh agar permohonan diterima dekan.

Sept 2014 dimana pelajar baru mulai mendaftar tetapi diya sibuk dengan urusan penangguhan. Semua ini tidak pernah terlintas di fikiran. Selepas menjalani aktiviti wajib kursus iaitu kerja lapangan course di pulau bidong, setiu, barulah keadaan yang sebenarnya terbongkar. Betullah orang cakap ibu merupakan pembohong paling berjaya. Tapi last2 kantoi jugak. Untuk melaksanakan keje kursus tu diya perlukan wang sebanyak rm400 termasuk makan minum, penginapan di terengganu dan pengangkutan. Ditakdirkan ketika itu cuti sem dan tiada rezeki mendapat pekerjaan sepanjang cuti tu. Sepanjang 3 bulan diya melihat keadaan keluarga yang sangat kesempitan kerana ada 4 orang anak yg sdg membesar yg belajar. Kudrat ayahanda yang juga berpenyakit itu tidaklah sekuat mana. Begitu sempit ketika itu. Adik diya dapat tajaan JPA utk blajar di UK tp biasiswa tertangguh sehingga 6bulan. Patutlah ayah sentiasa kesempitan wang sehingga untuk dirinya sendiri tidak ada. Kerja ayah cuma biasa-biasa. Diya selaku anak sulung tidak sanggup melihat hal ni. Setelah sekian lama mak sorokkan masa di asrama UMT, akhirnya dilihat didepan mata.

Sayang memang sayang tapi keputusan berhenti belajar telah diambil. Bila diya bagitahu ayah, apatah lagi mengamuklah dia. Punah harapan dia ingin tengoj diya mendapat ijazah. Dia seperti kesedihan dan menyesal. Tetapi keputusan itu diambil dengan rasa tggungjawab terhadap keluarga. Setelah diskusi yang lama dengan parents, akhirnya diya menangguh pengajian selama setahun di tahun 2 pengajian.

Setelah berjaya menangguh pengajian, diya telah merantau sehingga ke sungai siput untuk mencari kerja yg sesuai. Bukanlah brhampiran umah itu xda kerja tapi demi menjaga hati ayah diya gagahkan diri. Setelah hampir 2 minggu akhirnya diya diterima bekerja di Finisar Malaysia sebagai operator dengan menyembunyikan status sebagai pelajar ijazah. Tapi keputusan SPM meragukan mereka. Memang tubuh bekerja di sini tetapi hati tetap berada di UMT.

Setelah hampir 2 bulan bekerja, rasa cemburu mulai meluap2. Melihat engineer, executive dan supervisor buat diri hilang arah. Ya diya layak mendapat jawatan tu. Tp cpt2 pujuk hati ini adalah untuk keluarga. Setelah adik berlepas ke UK, diya akan kembali ke UMT. Keluarga dirasakan seperti lega kerana sudah ada yg membantu. Hal itu sudah cukup membahagiakan diya.

Melihat kawan2 berkonvo memang buat hati ini remuk tapi pengorbanan ini Allah janjikan tidak pernah sia-sia. Rezeki itu tidak pernah tertukar.

Dulu sebelum bekerja tidak pernah rasa rindu untuk belajar. Tetapi kini rindu itu semakin menebal. Alhamdulillah mungkin lmbt grad tapi tggungjwb untuk fmily itu pasti diutamakan. Xapa diya ambilnya sebagai pengalaman dan mendidik jiwa menjadi kuat. Keluarga hanya itu tiada ganti sedangkan pelajaran boleh dicari. Tiada yg rugi cuma diya pasti dapat menggapai jawatan executive nanti.

Jadi semasa bekerja ni kenalah belajar juga untuk mencapai dekan setiap sem selepas sambung belajar. Jadikan peristiwa ini sebagai pemangkin untuk lebih cemerlang dan menjadi role model kpd adik2 serta orang diluar sana nanti.


11 comments:

  1. Assalam... terjumpa blog ni masa cari cara sujud syukur (memang tak hafal caranya, tapi pernah la buat sebelum ni hehe). Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Ternyata ilmu adik lagi banyak dari akak ni (I'm 34 already). Lepas tu, klik kat newest blog. Baca entry ni. Rasa sayu dan kesian, tapi kagum dengan sikap ibu bapa Diya pentingkan pendidikan walaupun kesempitan. Bila baca pasal geramnya Diya tengok engineer, exec dan supervisor, terpanggil pulak untuk cuba tenangkan Diya, selaku seorang yang dah ada pengalaman bekerja selama 10 tahun hehehe. Just nak cakap, jangan risau, macam Diya cakap, rezeki itu tetap ada. Bila dah kerja nanti, teramat jauh perjalanan kerja itu, jadi gunakan masa otak berehat daripada belajar ini sebaik-baiknya. Dan belajar dari engineer, exec dan supervisor tu, apa yang Diya tidak suka tentang mereka, pastikan Diya tak buat bila dah ada jawatan nanti. You are doing the right thing. I'm sure you know, segalanya ada hikmahnya kan. just remember that and stay strong. Akak doakan agar Diya berjaya.

    ReplyDelete
  2. Assalam diya..posting diya smua best2, tp ad persoalan yg igin ditanya diya..kalau boleh soalan ni privasi..berkaitan The Limited Edition

    ReplyDelete
  3. wasalam. persoalan apa tu? mflah lambat reply sbb lama xon blog nih.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Macam mana cara nak tangguh pengajian tu?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Macam mana cara nak tangguh pengajian tu?

    ReplyDelete
  6. Assalamulaikum. Nak tanya mcm mna nak tangguh pengajian and ap ap alasan y kukuh nak bg dekat dekan

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalmmualaikum.. boleh tau tak ape apa alasannya

      Delete
  7. Salam
    Saya dan keluarga memulangkan kepunyaan kamu (thelivelove.blog)yang ada pada kami.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, Nak tanya macam mana nak lanjutkan pengajian selepas tangguh pengajian ?

    ReplyDelete