my LADY BUGS..

Friday 5 December 2014

TANGGUH PENGAJIAN : My own experience. Pro dan kontranya.

Bismillah hirrahmani rahim..

Hampir setahun tidak update ini punye blog dan hampir 5bulan tak log in. Jikalau dulu my passion really for blogging and writing. Tapi dalam tahun 2014 memang banyak perkara berlaku. Perkara yang paling tidak dapat dilupakan ketika ini dan masa depan adalah saat permohonan diya utk menangguh pengajian selama 1 tahun.
Untuk membuat keputusan itu bukanlah sesuatu yang senang. Hampir 1 bulan difikirkan dengan pelbagai perkara yang diambil kira. Ini bukan keputusan mudah dan pastinya dekan tidak akan meluluskannya dengan mudah. Sebab menangguh juga perlu kukuh agar permohonan diterima dekan.

Sept 2014 dimana pelajar baru mulai mendaftar tetapi diya sibuk dengan urusan penangguhan. Semua ini tidak pernah terlintas di fikiran. Selepas menjalani aktiviti wajib kursus iaitu kerja lapangan course di pulau bidong, setiu, barulah keadaan yang sebenarnya terbongkar. Betullah orang cakap ibu merupakan pembohong paling berjaya. Tapi last2 kantoi jugak. Untuk melaksanakan keje kursus tu diya perlukan wang sebanyak rm400 termasuk makan minum, penginapan di terengganu dan pengangkutan. Ditakdirkan ketika itu cuti sem dan tiada rezeki mendapat pekerjaan sepanjang cuti tu. Sepanjang 3 bulan diya melihat keadaan keluarga yang sangat kesempitan kerana ada 4 orang anak yg sdg membesar yg belajar. Kudrat ayahanda yang juga berpenyakit itu tidaklah sekuat mana. Begitu sempit ketika itu. Adik diya dapat tajaan JPA utk blajar di UK tp biasiswa tertangguh sehingga 6bulan. Patutlah ayah sentiasa kesempitan wang sehingga untuk dirinya sendiri tidak ada. Kerja ayah cuma biasa-biasa. Diya selaku anak sulung tidak sanggup melihat hal ni. Setelah sekian lama mak sorokkan masa di asrama UMT, akhirnya dilihat didepan mata.

Sayang memang sayang tapi keputusan berhenti belajar telah diambil. Bila diya bagitahu ayah, apatah lagi mengamuklah dia. Punah harapan dia ingin tengoj diya mendapat ijazah. Dia seperti kesedihan dan menyesal. Tetapi keputusan itu diambil dengan rasa tggungjawab terhadap keluarga. Setelah diskusi yang lama dengan parents, akhirnya diya menangguh pengajian selama setahun di tahun 2 pengajian.

Setelah berjaya menangguh pengajian, diya telah merantau sehingga ke sungai siput untuk mencari kerja yg sesuai. Bukanlah brhampiran umah itu xda kerja tapi demi menjaga hati ayah diya gagahkan diri. Setelah hampir 2 minggu akhirnya diya diterima bekerja di Finisar Malaysia sebagai operator dengan menyembunyikan status sebagai pelajar ijazah. Tapi keputusan SPM meragukan mereka. Memang tubuh bekerja di sini tetapi hati tetap berada di UMT.

Setelah hampir 2 bulan bekerja, rasa cemburu mulai meluap2. Melihat engineer, executive dan supervisor buat diri hilang arah. Ya diya layak mendapat jawatan tu. Tp cpt2 pujuk hati ini adalah untuk keluarga. Setelah adik berlepas ke UK, diya akan kembali ke UMT. Keluarga dirasakan seperti lega kerana sudah ada yg membantu. Hal itu sudah cukup membahagiakan diya.

Melihat kawan2 berkonvo memang buat hati ini remuk tapi pengorbanan ini Allah janjikan tidak pernah sia-sia. Rezeki itu tidak pernah tertukar.

Dulu sebelum bekerja tidak pernah rasa rindu untuk belajar. Tetapi kini rindu itu semakin menebal. Alhamdulillah mungkin lmbt grad tapi tggungjwb untuk fmily itu pasti diutamakan. Xapa diya ambilnya sebagai pengalaman dan mendidik jiwa menjadi kuat. Keluarga hanya itu tiada ganti sedangkan pelajaran boleh dicari. Tiada yg rugi cuma diya pasti dapat menggapai jawatan executive nanti.

Jadi semasa bekerja ni kenalah belajar juga untuk mencapai dekan setiap sem selepas sambung belajar. Jadikan peristiwa ini sebagai pemangkin untuk lebih cemerlang dan menjadi role model kpd adik2 serta orang diluar sana nanti.


Monday 30 December 2013

FAKTA MENARIK TENTANG KEHAMILAN DAN KELAHIRAN





 


1. Hanya 5 % sahaja bayi lahir mengikut tarikh jangka kelahiran (Estimated due date EDD) mereka. Kebanyakan bayi lahir diantara minggu 37 hingga minggu 42 kelahiran.

2. Semasa mengandung, rahim ibu akan mengembang sehingga 500x ganda bagi menampung kandungan.

3. Fetus di dalam rahim sebenarnya boleh menggaru kepalanya sendiri dan bersin. :)

4. Ketika bayi hampir lahir, 90% masanya di dalam rahim digunakan untuk tidur.

5. Purata darah yang hilang semasa kelahiran normal adalah 500ml.

6. 80% daripada wanita mengalami sindrom 'baby blues' selepas kelahiran kerana perubahan hormon.

7. Tubuh manusia hanya boleh menahan kesakitan sehingga 45 del sahaja. Namun ketika melahirkan, kesakitan yg dialami oleh ibu adalah sehingga 57 del yg bersamaan dgn 20 tulang dipatahkan serentak.

8. Apabila ibu mula sakit untuk melahirkan, dicatat pahala jihad untuknya.

9. Sekiranya ibu meninggal dunia dalam linkungan 40 hari kelahiran, maka dia di kira mati syahid.

10. Apabila ibu melahirkan anak, terhapus lah dosa-dosa nya yang lepas.

11. Ibu yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

12. Setiap kesakitan urat nya ketika melahirkan, Allah kurniakan pahala menunaikan haji.

p/s: hormati dan sayangi lah ibu. ibu saya sendiri pon melahirkan sy secara pembedahan dan bila saya melihat parut (sy request nk tengok), air mata terus mengalir :')

Wednesday 20 November 2013

APAKAH HUKUM MENYIMPAN GAMBAR BENDA BERNYAWA DI DALAM RUMAH?

bismillah hirrahmani rahim....



diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin Ash, bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda
     
" orang- orang yang membuat gambar-gambar ini akan diseksa pada hari kiamat, dan dikatakan kepada mereka, ' Hidupkanlah apa yang telah kamu ciptakan.'"

diriwayatkan daripada Aisyah r.a dia berkata, " Ketika Rasulullah SAW memasuki rumah yang didalamnya terdapat tirai bergambar mereka melihat raut wajah baginda menunjukkan ketidaksukaanya. baginda telah mengambil tirai itu lalu mengoyakkannya. kemudian bersabda,

" orang yang paling keras siksaannya pada hari kiamat adalah para perupa ( yang membuat gambar makhluk hidup). "

dalam riwayat yang lain, Aisyah r.a membeli bantal untuk bersandar dan padanya terdapat gambar dan ketika Rasulullah SAW memandangnya, baginda hanya berdiri didepan pintu fan xmemasukinya. Aisyah mengetahui raut wajah baginda yang menunjukkan kebencian, maka dia bertanya,
"Wahai Rasulullah, saya akan bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya, dosa apekah yang telah saya lakukan?' lalu Rasulullah menjawab,
" untuk apa bantal ini?' Aisyah lalu menjawab, " saya membelinya untuk kamu, agar boleh duduk dan bersandar dengannya." kemudian Rasulullah bersabda,

" orang-orang yang membuat gambar ini akan diseksa pada hari Kiamat lalu dikatakan kepada mereka, ' Hidupkanlah apa yang telah kamu ciptakan." Baginda bersabda lagi,

"rumah yang didalamnya ada gambar (makhluk bernyawa) tidak akan dimasuki malaikat."

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas ra bahawa seseorang telah mendatangi Rasulullah llu inginkan fatwa dari Rasulullah kerana dia seorang perupa (pelukis). Rasulullah meminta meminta orang itu mendekatinya dan Rasulullah meletakkan tangannya ke atas kepala orang itu. Baginda telah bersabda,

" semua tukang gambar berada didalam neraka. diciptakan untuknya (dari) setiap gambar yang dia buat sebagai satu nyawa, sehingga diseksa di neraka Jahanam."

JADI APAKAH BOLEH ATAU TIDAK MELUKIS GAMBAR POTRET MANUSIA  ATAU BINATANG BERNYAWA?

Ibn Abbas telah berkata ;
" barangsiapa membuat gambar , maka Allah akan menyeksanya sehingga dia meniupkan roh kepada gambar itu, dan tidak ada orang yang dapat meniupkan roh kepada gambar itu selamanya."

jadi, apa yang boleh saya simpulkan daripada hadis di atas;

  • HARAM hukumnya melukis gambar hidupan yang bernyawa seperti MANUSIA, BINATANG, CORAK BATIN BERMOTIFKAN BINATANG dan sama waktu dengannya.
 begitu juga menyimpan gambar-gambar mahupon lukisan sedemikian. Nabi SAW telah bersabda;

" malaikat tidak akan memasuki rumah yang didalamnya terdapat anjing dan gambar. "

Semoga bermanfaat :)