Bismillah hirrahman nirrahim...
usai exam tadi alhamdulillah soklan xbegitu mencbar pemikiran ni.... Allah masih sayang.. tu nikmat terbesar. dekat 3 hari xpost entry. otak dah mula saturated dengan pelbagai isu islamik yang belum dicoretkan.. hehe banyak membebel lah pulk.. untuk kebaikan boleh saje. :)
lelaki kadang-kadang pening bila fikir pasal kahwin. saya tahu sangat. kdang2 lelaki masa sekolah menengah bukan main laku lagi. tukar makwe macam tukar baju. tapi bila menginjak usia 25 ke atas.. bila xda teman wanita mula lah gelisah. ada yang cari jodoh online dan xjuga minta tolong mak carikan. cara pape pon okey je asalkan niat untuk mendirikan masjid betul :). tu bagi yang xjumpa jodoh. tapi yang dah ada pon banyak juga masalah.
' hantaran? hantarannya?'
'ala takyah malu cakap je berapa?'
'hantarannya? heee seribu serba satu....'
'saya setuju!!'
hehe agaknya sape pernah mengalami benda ni? adakah anda menghadapi masalah yang sama seperti Sudin (Bujang Lapok) yang hendak mengahwini Zaiton? adkah bakal mak mentua anda menetapkan ini sebagai syarat? lalu Sudin yang mememangnya miskin harta itu berkomplot dengan Zaiton mencuri cincin berlian milik bakal mak mentua untuk dijadikan hantaran semata-mata untuk BERKAHWIN. adakah itu menyusahkan? sangat menyusahkan pihak lelaki sebenarnya....
'eleh hantaran rm1000 je? mesti lelaki tu miskin.. takpon bini dia tu dah ditebuk tupai sebelum kahwin...'
'weh mahalnya hantaran! ni nak kahwinkan anak ke nak jual anak?'
aiyaa... mahal pun susah. murah pon susah lalu apa yang mereka hendak sebenarnya.?
Rasulullah SAW pernah bersabda , mafhumnya ;
"Wanita yang paling
banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang
senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah
wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi
pekertinya."
Jadi manakah pilihan anda wahai wanita? adakah untuk menjadi wanita jahat atau wanita yang dipenuhi rahmat Allah?
inshaa Allah! sy seorang wanita dan saya amat memahami isu ini yang kadangkala menjadi masalah besar bagi lelaki terutamanya yang bekerja biasa-biasa saja. jadi inshaa Allah saya sendiri pon akan cuba mengikut sunnah. bukannya terikat dengan ADAT sehingga mengabaikan SUNNAH dan SURUHAN ALLAH. kita sendiri tahu yang adat Melayu misalnya banyak menekan kan adat terutamanya dalam perkahwinan. adat merisik, bertunang, berinai, adad nikah dan persandingan. tujuannya hanya satu. AKAD NIKAH. lalu kenapa disusahkan pasangan yang baru hendak membina hidup bersama dengan adat yang pelbagai dan semestinya memakan belanja yang banyak. mungkin melebihi rm10k.. memang lebih pon! perkahwinan itu adalah untuk membina ummah, melahirkan zuriat yang halal, membina keluarga bahagia berasaskan Islam bukannya medan untuk membazir wang!
' bila seorang lelaki berjanji untuk mengahwini seorang wanita itu sudahpun dianggap bertunang dalam Islam'
saya pernah dengar ceramah di IKIM.FM yang mengatakan bahawa... masa itu tetamu undangan nya ialah Dr. Muhaya.. sy lupa nama penuhnya... yang wanita yang meletakkan hantaran yang tinggi itu adalah wanita yang rendah harga dirinya manakala wanita yang meminimum kan hantaran itu adalah wanita yang terhormat. ya saya setuju 100% tapi adakah ada wanita lain bersetuju dengan saya? sangat sedikit tmbahan lgi jika yang berpendidikan tinggi.
ni nak tanya sikit buat bakal mak mentua yang meletakkan hantaran yang tinggi untuk anak perempuannya..
ada tak Rasulullah sebut pasal HANTARAN KAHWIN? ada tak firman Allah SWT tentangnya? sememangnya hantaran merupakan adat kita tetapi lebih kecil nilai hantaran, lebih bermaruah diri anak perempuan nya. haa itu lah yang terbaik. jangan kita menyusahkan perkara yang baik kerana itu hanya mengundang murka Allah SWT sahaja.
Rasulullah SAW pernah bersabda , mafhumnya;
"Barangsiapa yang menangguh amalannya, maka keturunannya tidak bersegera untuknya"
maksudnya, sekiranya kita menyusahkan orang lain mungkin sahaja orang lain akn membuat kita susah selepas ini.who knows ? me pon tak tahu juga. alangkah bagus nya jika duit itu digunakan untuk belanja harian selepas kahwin ataupun sebagai persediaan untuk menyambut kehadiran cahaya mata sulung yang kos nya kian melonjak kini daripada berhabis untuk perkahwinan mewah. ' wedding of the year' tapi masa nak sambut kelahiran anak terkial2 mencari orang nak pinjam duit dan perkahwinan yang tak berkekalan? sunnah mengadakan walimatul urus dengan menjemput orang ramai untuk memeriahkan majlis selain daripada menghebahkan perkahwinan tersebut dengan tujuan mengelak fitnah namun saya rasa cukuplah sekadar bersederhana. deejay segala bagai , penyanyi lagi saya rasa xpayah kot...
saya harap para wanita muslim dapat menyelami sunnah kekasih kita Rasulullah SAW dan menurut sunnahnya. sebab saya kesal sekiranya perkara yang baik2 terpaksa dilambatkan angkara ADAT YANG NTAH PAPE.
~semoga bermanfaat inshaa Allah :)
No comments:
Post a Comment