Bismillah hirrahman nirrahim..
Sejak cuti pertengahan sem yg bermula pada 1 feb lalu
sememangnya masa dirumah disi dengan membuang masa.. saya telah bertransformasi
kepada anak yg menyusahkan mungkin.. (senyum) buku2 pon jarang disentuh
melainkan Running Man saja yg menjadi pilihan sehingga awal pagi. Setelah
hampir 3 bulan tidak pulang sememangnya saya ingin menghabiskan masa yg
berkualiti bersama keluarga. Namun begitu sebagai student pra universiti sy
perlu ingat tanggungjawab saya. Study itu penting bagi kami, student.. xkisah
lah pandai atau tidak.
Tapi sayang seribu kali sayang. Ramai yg kandas b4 berjuang.
Apa tu? Maksudnya orang yang mengalah sebelum mengetahui situasi yg sebenar.
Kenapa jadi begitu? Kerana lemahnya hati. Kenapa hati kita boleh jadi lemah?
Jawapannya kerana kurangnya nutrisi jiwa. Apa pulak nutrisi jiwa ni? Mungkin
awak fikir sy sedang mengarut kan? Tapi tidak.. saya bercakap dan menaip
berdasarkan gerak hati saya. Saya akan tulis apa saja yg saya rasa betul.
Nutrisi jiwa tu apa? Okay.. nutrisi jiwa ini sebenarnya adalah SEGALA MACAM
PERKARA KEROHANIAN YG KITA LAKUKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. Contohnya solat
tahajud dan sebagainya. Ini juga boleh dikatakan MAKANAN ROH.
Seperti mana tubuh yg perlukan gizi agar dapat membekalkan
tenaga/ATP yg membantu sel untuk menjalan kan cellular respiration dimana sel2
mula bekerja dan menggerakkan fungi tisu seterusnya organ dan sistem dalam
badan kita, begitu lah juga juga hati kita/ roh kita. Dia juga perlu makanan.
Kalau tak mati lah dia. Exercise lah body tu gila macamana pon kalau jiwa dah
mati dah xde guna dah... kalau lah kita tengok mayat... dimana rohnya telah pon
keluar dan jasadnya telah mati dan tidak berfungsi, mahukah hati kita jadi
seperti mayat?? Mahukah kalau hati kita lemah dan mudah lah bagi syaitan untuk
memasukinya? Apabila masuknya syaitan ke dalam tubuh manusia, ia bergerak
seperti aliran darah dalam tubuh. Ini beerti syaitan laknatullah akan meneroka
segenap inci tubuh manusia dalam usaha menggoda manusia agar menjadi
pengikutnya di neraka kelak.
No more talk.. just straight to the point okay? Bagi pelajar
yg kurang berkemampuan, jangan risau. Maksud sy kurang dari segi pembelajaran.
Ada tip2 untuk kita excel dalam hidup ni walupun kita tidak cerdik. Pelajar yg
sedia cemerlang juga boleh mencuba. Sebab apa jua kesakitan Allah telah
ciptakan penawarnya. Kecuali tua dan mati. Maka menjadi tanggngjawab kita lah
untuk mencarinya. Berikut adalah senarai tip di waktu pagi.( buatnya setiap
hari okey? inshaAllah boleh)
© Perlu optimis. Tetapkan target awk untuk berjaya.
Nawaitu kena betul. Belajar bukan kerana ingin cemerlang dalam exam tapi
belajar hanya kerana Allah SWT sja.
©
Bangun seawal 5 pagi.
© Tunaikan solat tahajud 2 rakaat.
© Tunaikan solat sunat taubat agar sentiasa bebas
dri dosa. Kerana dosa itu penghalang ilmu.
© Solat hajat dan pohon doa utk ibubapa,
kesejahteraan guru2, kecerdasan akal fikiran dan hidayah.
© Baca al-quran setiap kali selepas solat walaupon
1 ayat.
© Solat sunat sebelum suubuh.
©
Jangan tinggal solat subuh
© Mengulangkji plajaran jika sempat
© Berpuasa setiap hari khamis dan isnin.
Apabila kita memprktikkan hal tersebut, secara automatik
kita menjadi dekat padanya dan inshaa Allah Allah akan memakbulkan doa itu.
Jadilah seseorang yg didoakan malaikat kerana itu amat besar maknanya. Buat
student cuba try buat sekali dan jika selesai mereka boleh bertenang dan rilex.
Try buat setiap hari inshaa Allah akan ada keberkatannya. Selamat beramal
No comments:
Post a Comment