bismillah hirrahman nirrahim...
saya dapati terdapat begitu banyak sekali percanggahan pendapat tentang sujud syukur. maafkan sy sekiranya baru sekarang saya dapat membetulkan tulisan sy ttg hukum dan ibadat di sini kerana rutin sebagai mahasiswa dan wifi internet yang selalu menjadi masalah.
APA ITU SUJUD SYUKUR?
Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan kerana mendapat nikmat daripada Allah SWT. tetapi harus diingatkan bahawa sujud syukur hanya sunat hukumnya apabila dilakukan kerana mendapat nikmat YANG BESAR dan JARANG2 berlaku sahaja. contohnya apabila dapat mendirikan rumah tangga atau mendapat pekerjaan. mendapat keputusan yg cemerlang dalam exam juga merupakan nikmat yg besar dan tidak selalu berlaku (?) TETAPI sekiranya nikmat tersebut adalah yg biasa biasa sahaja seperti DAPAT MAKAN atau MENDAPAT BELI TOPUP misalnya maka hukumnya sujud syukur tidaklah sunat tetapi BIDA'AH.
Firman Allah yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman : 12)
Dan juga sabda Nabi yang bermaksud :
“Dari Abu Bakrah r.a.Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT.”( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)
Cara untuk melakukannya tidaklah susah sangat nak buat sujud syukur ini.. Tak sampai lima minit atau kurang lagi.
untuk sujud syukur TIDAK PERLU :
- BERWUDUK kerana dilakukan di luar waktu solat
- MEMBACA AL - FATIHAH atau apa2 rukun solat yg selain daripada NIAT, TAKBIR, SUJUD dan SALAM
APAKAH CARA YANG PALING TEPAT UNTUK MELAKSANAKAN SUJUD SYUKUR?
1. Niat.
" sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala"
2. takbiratul ihram
angkat tangan sebagaimana takbir dalam solat
3. satu kali sujud
4. bacalah doa yg sebagaimana biasa dibaca ketika sujud dalam solat
5. salam
sebutlah "assalamualaikum warahmatullah.."
Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat
yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi
nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis
Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.
Dari itu, Diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan
ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi
dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam
Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :
Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini kepada yang
menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan
penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”
Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan sujud syukur, masih boleh.
Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud. Ringankanlah badan
kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri
dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.
Nota tambahan:
Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri
nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping
sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan
melakukan solat sunat syukur. (Mughni Al-Muhtaj 1/219).
Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu
dengan bersedekah atau solat dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.
Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.
salam .. saya nak tnya , maknanya sujud tu cuma sekali je la .. takbir , terus sujud dan bg salam ?? .. yg mna yg dktakan sjud dua kli? ..tq =)
ReplyDeletemaaf nak mencelah..yang ken adua kali sujud sahwi..yg sunat dilakukan apabila kita tertinggal salah satu daripada sunat dalam solat.iaitu sunat yang dituntut..contohnya kita trtinggal baca doa qunut..
Deleteye. sujud sahwi adalah sujud 2 kali yg dilakukan selepas sujud terakhir jika anda tertinggal doa qunut semasa solat subuh ataupun tahiyat awal semasa solat fardhu.
DeleteAssalamualaikum Admin , saya mohon untuk dicopy dan diletakkan di blog saya .. dengan cara ini , admin akan mendapat pahala MLM . saya akan letakkan di blog ini http://ohdakwah.blogspot.com/ . mohon jasa admin , jangan di report ke google disebabkan copy paste ini .. sekurang2nya, kita sama2 mendapat balasan yang baik walaupun kita telah tiada di dunia ini lagi ..
Deletemaaf kan saya, bukan kah doa qunut semasa subuh hanya lah sunat sahaja, jika tertinggal perlukah kita sujud sahwi?
Deletewassalam. rukun bg sujud syukur cuma sekali. maaf sekiranya info mengelirukan. maknanya balqis cuma perlu melakukan sujud sekali sahaja agar sujud syukur balqis itu sah. kali kedua itu optional. tak silap saya lah.
ReplyDeleteterima kasih d atas info yg dberikan..teruskan dgn usaha saudari yg baik ni.
ReplyDeletesyukran wannajah notami :)
ReplyDelete"Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama"
ReplyDeleteKatakan kita tangguhkan sujud syukur sejam kemudian, adakah sujud itu dikira tidak sah?
sujud syukur itu perlu dilakukan segera selepas mendapat nikmat :)
Deletelebih detailnxa lihat kitab mubadil awaliah/ ushul fiqih.
DeleteNiatny mcm mn plk
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteniat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA
ReplyDeleteassalamualaikum...sy nk btnya sdikit berkenaan dgn sujud syukur ni..semasa takbiratul ihram, adakah kt terus bersujud atau tgn diletakan di dada kemudian baru sujud sekali. harap dapat berikan penjelasan sbb diri sy ni masih lg cetek mengenai ilmu agama..harap dpt berkongsi ilmu...
ReplyDeleteterima kasih saudari atas perkongsiannya
ReplyDeletedaripada berdiri, niat, Takbiratul Ihram, terus sujud ye ?
ReplyDeleteYe..teros sahaja sujud slps takbiratul ihram..
Deleteperlu berwuduk tak?
ReplyDeletetidak perlu berwuduk :) kerana ianya dilakukan di luar waktu solat.
DeleteNiat..takbir..sujud..salam...
ReplyDeleteXperlu baca apa2 ke...dan ketika bgun dari sujud...sebelum salam...perlu baca tahyat atau tidak?
tidak perlu baca tahiyat. selepas sujud dan berdoa dlm sujud , terus duduk dan bagi salam. :)
DeleteSujud Syukur ialah sujud dua kali yang dilakukan untuk menyatakan rasa terima kasih atas nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala, juga sujud apabila mendengar atau melihat berita yang menggembirakan dan terselamat atau terlepas dari malapetaka/bala bencana.
ReplyDeleteSujud pertama adalah sujud taat manakala sujud ke-dua menunjukkan kesyukuran. Sujud ini hanya dilakukan di luar solat. Bacaannya boleh juga sama seperti bacaan ‘Sujud Tilawah’.
MINTA PENJELASAN TENTANG INI.....Sujud Syukur ialah sujud dua kali yang dilakukan untuk menyatakan rasa terima kasih atas nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala, juga sujud apabila mendengar atau melihat berita yang menggembirakan dan terselamat atau terlepas dari malapetaka/bala bencana.
ReplyDeleteSujud pertama adalah sujud taat manakala sujud ke-dua menunjukkan kesyukuran. Sujud ini hanya dilakukan di luar solat. Bacaannya boleh juga sama seperti bacaan ‘Sujud Tilawah’.
maaf, mungkin sy ada terkhilaf di stu tapi saya telah mengedit balik artikel ini. maafkan sy.
DeleteBismillah hirrahman nirrahim..
ReplyDeleteMAAFKAN SAYA sekiranya terdapat percanggahan pendapat dan ketidak tepatan isi. sy sudah pon mengedit kembali artikel ini dan penyelidikan telah dibuat bagi mempertepatkan isi. moga ianya dapat menghilangkan persoalan dan kekeliruan ttg sujud syukur. amin.
pendapat madzhab Syafii yang paling afdhol. wasslam
ReplyDeleteSyukran Jazilan... Input yang berguna buat muslim harini..yg kadangkala terlepas pandang untuk sujud syukur.. Moga sentiasa menjadi amalan(output) buat kita semua.. :-)
ReplyDeleteAdakah perlu mengadap qiblat ?
ReplyDeleteSekadar bertanya....seandainya kita sudah memasang niat untuk membuat sujud syukur akan tetapi ianya tertangguh kerana keuzuran, adakah kita masih blh meneruskan niat untuk berbuat demikian setelah suci?
ReplyDeletesekiranya keuzuran itu kerana hadas besar contohnya haid atau nifas, maka diharam kan sujud syukur kerana beliau masih belum suci. maka dibolehkan melakukan nya selepas suci. wallahualam.
ReplyDeleteSalam. Sujud syukur pon kena pakai yg tutup autat mcm telekung ke?
ReplyDeleteperlulah menutup aurat dengan sempurna ^^
Deleteperlu menghadap kiblat?
ReplyDeleteSebenarnya ada dua keadaan dan kedua-duanya diluar waktu sembahyang.
ReplyDeleteKeadaan 1. Sujud sukur yang dilakukan selepas sembahyang, dalam keadaan duduk selepas berdoa umpamanya, NIAT, TAKBIR, SUJUD dan SALAM.
Keadaan 2. Berdiri, NIAT, TAKBIR, SUJUD dan SALAM.
Sila komen kalau tidak betul.
Slm. Saya mndpt berita baik 3 bln yg lalu tetapi tidak melakukan sujud syukur. Nikmatnya belum lagi di perolehi. Bolehkah sujud syukur dilakukan lagi.
ReplyDeleteSlm. Saya mndpt berita baik 3 bln yg lalu tetapi tidak melakukan sujud syukur. Nikmatnya belum lagi di perolehi. Bolehkah sujud syukur dilakukan lagi.
ReplyDeletejika jarak antara sujud syukur dengan nikmat itu terlalu lama maka sujud syukur itu akan terluput waktunya. semasa mendapat nikmat itu boleh dilakukan sujud syukur. tapi nikmat itu hendaklah nikmat yang 'rare' seperti mendapat bonus, kenaikan pangkat, kemenangan dalam pertandingan dan sebanding dengannya. ^^
DeleteComments above. Notify...
ReplyDeleteSyukran jazilan atas info nye..sgt bmanfaat
ReplyDeleteMacam mana jika kita sujud syukur atas nikmat kesihatan tubuh badan ...nikmat sihat.... Boleh kan...
ReplyDeleteMacam mana jika kita sujud syukur atas nikmat kesihatan tubuh badan ...nikmat sihat.... Boleh kan...
ReplyDeletesujud syukur itu dilakukan semata-mata hanya karena ALLAH tidak karena yang lain, umpama kita telah diberi nikmat olehALLAH berupa nikmat derajat, pangkat,rizki dan lain2, nah itu kita dianjurkan untuk bersyukur kepada ALLAH yg salah satunya dengan cara bersujud syukur
ReplyDeleteterima kasih..saya singgah sebab cari info camana nak buat sujud syukur. Tq
ReplyDeletesama2 :)
ReplyDeletesyukran ats share.
ReplyDeleteTq share
ReplyDeleteSalam saudari...maaf ye sy nk betulkan sedikit kesilapan..maaf jike sy juga tersilap..sy belajar,dan jg dlm tanyalah ustaz,dlm buku kafa anak sy pun ada mengatakan kene ambik wuduk utk sujud syukur,syarat die adalah wuduk,ttp aurat,mngadap kiblat..rukun die sama sprti saudari ceritakan...
ReplyDeleteterima kasih saudari atas teguran.
ReplyDeleteterima kasih..baru saya tau cara yg btl
ReplyDeleteKalau saja2 nk sujud syukur tak boleh ke? I mean buat sebagai amalan dan tak semestinya dapat nikmat yang bssar?
ReplyDeleteaslmualaikm. kbnyakan sumber yg sy rujuk menyatakan syarat sujud syukur PERLU dalam keadaan berwuduk, menutup aurat & menghadap qiblat. ini sumber pertama yg menyatakan xperlu wuduk
ReplyDeletemaaf , mula2 niat , tkbiratul ihram , sujud, beri salam kiri dan knan. betul ke?
ReplyDeleteSalam terima kasih ha?.^_^ mau copy dulu smbil blajar... hehe
ReplyDeletealhamdulillah..perkongsian yg sangat bermanfaat..sy timba ilmu di sini... :)
ReplyDeleteAssalamualaikum,sewaktu sujud, bolehkah kita berdoa dengan ayat sendiri menggunakan bahasa melayu..bolehkah kita menyebut nikmat yang kita dapat tersebut dalam sujud??contohnya..alhamdulillah Ya Allah..aku bersyukur dengan nikmat yang Engkau berikan kepada aku..minta penjelasan..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian, dapat ilmu baru yang bermanfaat.
ReplyDeleteBagaimana dengan wanita dalam hadas. Boleh lakukan sujud syukur x?
ReplyDeletelg satu, untuk wanita kene menutup aurat dlu ke sebelum sujud syukur?
DeleteSalam. Nak bertanya.. kalau perempuan dalam keadaan berhadas haid atau nifas boleh lakukan sujud syukur..atau lakukan selepas habis hadas. Adakah sudah luput tempoh melakukan sujud syukur?
ReplyDelete