my LADY BUGS..

Sunday, 20 January 2013

hukum jika keluar angin dari kemaluan hadapan (qubul)- wanita





ramai wanita sering mengalami masalah ketika solat dimana angin keluar dari kemaluan hadapan tak kira lah semasa solat atau sedang mengambil wuduk. dan ramai yang menganggap nya sama seperti kentut. tapi setelah saya buat sedikit research, ada banyak pendapat..


menurut mazhab syafie, abu hanifah dan ahmad ia membatalkan solat dan wuduk maka wajib mengambil wuduk yang baru.. tapi menurut mazhab maliki ia nya tidak lah membatalkan wuduk. tapi wuduk itu hanya boleh digunakan untuk 1 sahaja solat waktu (fardu). 

jika angin itu keluar dari qubul saat sedang berwuduk, tidak perlu diulang balik wuduk tersebut. teruskan sehingga selesai dan terus solat tanpa bertangguh. sekiranya angin itu keluar saat sedang solat, jangan behenti solat. teruskan seperti biasa. try lah berjumpa doktor untuk mencari jalan penyelesaian nya.



p/s: dalam beribadat jika ada 2 pendapat berbeza untuk sesuatu masalah, eloklah diambil yang mudah agar ibadat lebih khusyuk. yang pnting kena yakin dengan ibadat yang dilakukan dan ingatlah syaitan itu ada walaupun semasa menunaikan solat. semoga bermanfaat inshaa Allah. :)

5 comments: