saya sering mendengar ucapan ini yang ditujukan oleh segelintir lelaki kacak kepada perempuan yang tidak cantik.
' muka macam kapal pecah ada hati nak jadi makwe aku? pergi jalanlah!'
'aku ni hensem, ramai pompuan minat. so untuk pompuan yang macam kau? say goodbye lah...'
' Lelaki hodoh pon taknak perempuan muka macam kau apatah lagi lelaki hensem. Lagiii lah taknak!!!'
sebenarnya..... para lelaki dan tak terkecuali juga para wanita cantik yang menghina wanita2 yang mungkin kekurangan dari segi penampilan dan wajah itu menghina CIPTAAN ALLAH SWT sekaligus mereka diibaratkan menghina Allah juga. tak sedarke yang anda yang menghina , kita datang dari sumber yang sama iaitu Allah SWT dan semuanya adalah dari keturunan yang sama iaitu Nabi Adam as?
orang2 sebegini biasanya tidak berfikir panjang dan mempunyai lidah yang akan mendorong mereka ke neraka. mereka sama sekali tidak mensyukuri nikmat Allah yang telah diberi selama ini dengan menghina ciptaan nya yang lain. adakah kecantikan itu kekal abadi selamanya? kecantikan akan lntur bersama peredaran masa yang semakin cepat.
Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu."
' wanita solehah itu memang disukai lelaki . tapi hanya perempuan solehah yang berwajah cun jelah...!'
masyaallah! apa nak jadi dengan sebahagian orang lelaki pada zaman ini? meletakkan wajah sebagai penentu jodoh? lelaki yang soleh dan berilmu didalam dadanya akan memilih wanita yang menutup aurat dan sempurna akhlaknya sebagai isteri. ini juga diakui oleh oleh seorang ustaz yang popular sekarang. sememangnya wanita solehah yang cantik itu terbaik tetapi ramai artis yang menjadi idola remaja dan masyarakat juga berwajah cantik tetapi adakah boleh dijadikan contoh dari segi akhlak? mereka minum sesuka hati dan clubbing merupakan amalan wajib setiap hari. mereka juga tanpa segan silu memeluk lelaki ajnabi semata2 ingin memenuhi kehendak produser. wajah mereka didagangkan demi menggapai kemewahan hidup tanpa memikirkan syariat Islam.
JADI , APAKAH ITU DIKATAKAN CANTIK WAHAI KAUM ADAM??
cuba hayati sirah dibawah...
Seorang gabenor pada zaman Khalifah Al-Mahdi, pada suatu hari
mengumpulkan sejumlah rakyatnya dan menaburkan wang dinar dihadapan
mereka. Semuanya saling berebut untuk memungut wang itu dengan riang
gembira. Kecuali seorang wanita berkulit hitam dan berwajah buruk.
Dia hanya diam sahaja tidak bergerak, sambil memandang jiran –
jirannya yang sebenarnya lebih kaya dari dirinya, tetapi seolah-olah
mereka kekurangan harta.
Dengan kehairanan Gabenor bertanya, “Mengapa engkau tidak memungut wang dinar itu seperti jiran engkau yang lain?”
Wanita berwajah buruk itu menjawab, “Mereka cari wang dinar sebagai bekal dunia. Sedangkan yang saya memerlukan bukan dinar melainkan bekal akhirat.”
“Maksud kamu?” tanya Gabenor yang mulai tertarik akan keperibadian perempuan itu.
Maksud saya, wang dunia sudah cukup. Yang masih saya perlukan adalah
bekal akhirat, iaitu solat, puasa dan zikir. Kerana perjalanan di dunia
amat pendek jika dibandingkan dengan pengembaraan di akhirat yang
panjang dan kekal.”
Dengan jawapan seperti itu, Si Gabenor merasa telah disindir tajam.
Dia insaf, dirinya selama ini hanya sibuk mengumpulkan harta benda dan
melalaikan kewajipan agamanya. Padahal kekayaannya melimpah ruah, tidak
akan habis dimakan keluarganya sampai tujuh keturunan. Sedangkan umurnya
sudah di atas setengah abad, dan Malaikat Izrail sudah mengintainya.
Akhirnya Gabenor jatuh cinta
kepada perempuan buruk itu. Khabar itu tersebar ke segenap pelusuk
negeri. Menteri dan orang besar negara sangat hairan, bagaimana seorang
Gabenor boleh menaruh hati kepada perempuan hodoh itu.
Maka pada suatu kesempatan, mereka diundang oleh Gabernor dalam
sebuah pesta mewah. Semua rakyat, termasuk wanita yang hodoh tadi.
Mereka diberikan gelas cristal yang bertahtakan permata, berisi minuman
anggur segar. Gabenor memerintah agar mereka membaling gelas
masing-masing.
Semuanya kebingungan dan tidak mahu menuruti perintah itu.
Namun, tiba-tiba terdengar bunyi berderai, tanda ada orang gila yang
melaksanakan perintah itu. Itulah si perempuan berwajah buruk tersebut.
Di kakinya terdapat pecahan gelas berhamburan. Semua orang nampak
terkejut dan kehairanan. Gabenor itu bertanya,
“Mengapa kamu membaling
gelas itu?“
Tanpa takut wanita itu menjawab :
Ada beberapa sebab:
Pertama, dengan memecahkan gelas ini bererti berkurangnya kekayaan Tuan. Tetapi, pada saya perkara itu lebih baik, kerana kewibawaan Tuan terjaga lantaran perintah Tuan tidak dipatuhi.”
Gabenor terkesima. Para tetamunya juga kagum akan jawapan yang masuk akal itu.
Sebab lain?” tanya Gabenor itu lagi. Wanita itu menjawab.
“Kedua, saya hanya mentaati perintah Allah.
Sebab di dalam Alquran, Allah memerintahkan agar kita mematuhi Allah,
Utusan-Nya, dan para penguasa. Sedangkan Tuan adalah penguasa, atau ulil
amri, maka saya laksanakan perintah Tuan.”
Gabenor semakin takjub. Demikian pula para tetamunya.
“Masih ada sebab lain?”
Perempuan itu mengangguk dan berkata.
“Ketiga, dengan saya memecahkan gelas itu, orang-orang akan
menganggap saya gila. Namun, perkara ini baik buat saya. Biarlah saya di
cap gila daripada tidak melakukan perintah Gabenornya, yang bererti
saya sudah berbuat derhaka. Tuduhan saya gila, akan saya terima dengan
lapang dada daripada saya dituduh derhaka kepada penguasa saya. Itu
lebih berat buat saya.
Maka Gabenor yang sedang menduda itu melamar lalu menikahi perempuan
hodoh dan hitam legam itu. Semua yang mendengar sangat gembira kerana
Gabenor memperolehi jodoh yang bukan sahaja taat kepada suami, tetapi juga taat kepada gabenorrnya, kepada Nabinya, dan kepada Tuhannya.
p/s: maka sebagai manusia terutamanya umat Muhammad, jangan terlalu pendek akal dalam menilai kerana wanita yang kurang cantik tidak semestinya wajib disisihkan ataupun yang jahat didalamnya. malahan mungkin mereka disisi Allah itu lebih cantik dibandingkan dengan sebahagian wanita2 jelita tetapi tempatnya..... masyaallah. semoga ini dapat menjadi perangsang kepda wanita yang mengalami keadaan sebegitu.
SEMOGA BERMANFAAT.
Terima kasih ke atas perangsang anda. Saya dikatakan hodoh dan disisihkan oleh lelaki sejak daripada sekolah rendah lagi sehingga sekarang. Sememangnya merekalah golongan yang paling tidak beriman.
ReplyDeleteJangan Sedih.. Saya doakan kamu bertemu dengan pasangan yang akan membawa kamu Ke syurga insyaallah
DeleteJangan Sedih.. Saya doakan kamu bertemu dengan pasangan yang akan membawa kamu Ke syurga insyaallah
Deletetapi ramai juga perempuan yang tak seberapa tapi confidentnya terlebih. naik rimas aku. yang lawa2 sombong nak mampuih
ReplyDeleteTak semua perempuan yg mempunyai rupa paras tu sombong. Walaupn ramai lelaki hensem yg suka suka mengurat.. tetapi lelaki yg biasa2 shj tetap menjadi pilihan. Sbb blum tentu lelaki hensem yg mengurat tu ikhlas. Dy cuma tertarik dgn rupa paras shj. Sebenarnya, lelaki mmg suka yg lawa.. tetapi pempuan yg biasa2 je dh memadai...
DeleteNtahla...no comment. Sy pon perempuan berwajah biasa. Syukurla kita berwajah biasa dan x cantik banyak hikmahnya. Yg palingnbest ialah dpt kasih Allah kan. Percayalah allh cipta kita berpasang pasangan. Cume doala semoga kita berjumpa pasangan yg sebenar-benarnya. Jangan kita diuiji dengan berjumpa bukan pasangan kita. Ingat dunia ni tempat ujian kita kumpul pahal menuju akhirat. Wahai lelaki tulang rusuk anda 1 je yang hilang. Bukan 4 jadi....apa yg nabi tunjukkan ialah cara membantu gologan wanita yg lemah dan jalan utk menyebarkan islam. Bukan keseronokan ok. So fikir2kan la ya.
ReplyDeletecukupla sekadar muka yang membuatkan orang sedap mata memandang. sebenarnye tiada apa yg lebih cantik atau lebih lawa kerana mereka mesti mengamalkan pengambilan kolagen untuk putih. yg hitam pun boleh jadi lawa sebab hari2 makan kolagen, supliment dan macam2 lagi.
ReplyDeleteye betul tu . sy. setuju. org pompuan zaman sekarang bila dah ada duit boleh beli mcm2 supplement utk putih, cntik. yg hitam pon boleh putih.
Delete