assalamualaikum kawan-kawan...
mungkin bila kita tengok tajuk entry ni pon kita dah tahu apa yang saya nak tulis kan? masti haram..haram haram.. and HARAM jawapannya. mungkin orang dah muak tapi ni lah apa yang masyarakat sekarang pandang enteng. kebanyakan orang tahu hukum meninggalkan solat adalah HARAM dan berdosa besar. orang pon dah lama tahu yang menderhaka kpd ibubapa itu adalah DOSA TERBESAR selepas syirik yakni hukum nya haram. agak-agak dosa couple ni adakah sebesar dosa menderhaka kepada ibubapa? adakah dosanya lebih ringan drp dosa orang yang sengaja meninggalkan solat 5 waktu?
jikalau Allah membuka hijab kita dan menampakkan segala perkara ghaib yg disembunyikan Allah drp pandangan mata kasar kita pasti tiada fungsinya syaitan laknatullah. semua orang boleh melihat keindahan syurga dan bidadarinya yang dikatakan sekiranya bidadari turun ke dunia, selubung rambutnya itu lebih baik daripada dunia ini dan seluruh isinya. dan pasti orang akan menangis ketakutan yang teramat apabila melihat neraka dan kayu2 api nya yang 70x lebih panas dari api dunia. pasti manusia2 gerun pabila melihat wajah bengis Malaikat Malik penjaga pintu neraka. Dan jika manusia boleh melihat syaitan pasti ramai yang pengsan gara2 wajahnya yang teramatlah hodoh. tapi ada hikmahnya Allah tidak menampakkan semua itu. Allah mahu kita beramal dan bertaqwa kerananya. bukan kerana ganjaran itu. #1: kerana Allah. #2:untuk mendapatkan janji2 nya. itu brulah betul kan?
Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”Hadis Rasulullah juga menyatakan;
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai
zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang.
Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan
syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak
menuruti.”..
DEFINISI ZINA :Zina adalah memasukkan zakar ke dalam faraj perempuan dan dengan kadar hasyafah (kepala zakar)
jadi.. apakah yang mendorong kepada perbuatan di atas?
“Zina mata dengan melihat, kedua telinga
zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan,
kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan
berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR
Bukhari).
adakah couple penyumbang kepada semua ini?
sebenarnya boleh dikatakan semua kes tangkap khalwat, pembuangan bayi, hamil luar nikah, disebabkan oleh couple. memang ada saja pasangan yang menjaga batas pergaulan mereka dengan tidak berpegangan tangan, tidak berdua2 an di tempat2 gelp dan tidak melakukan benda2 yang melampauan batas. tapi... mata mereka adalah tunduk dan hanya melihat ke bawah semasa berjumpa? adakah mereka menutup mta mereka tatkala pandangan bertaut?
cuba renungkan apa yang dicoretkan ini..
1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
5. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)
2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
5. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)
bayangan sahaja sudah mencoretkan satu perasaan yang berlainan terutama bagi lelaki yang mudah naik syahwatnya.
adakah itu bukan dinamakan zina??
sejujurnya saya beritahu. amat susah untuk mengekang perbuatan yang sudah pun menjadi darah daging kita. jika ditanya seorang gadis, tiada teman lelaki merupakan satu perkara yang amat memalukan. jika anda lihat di kolej2 begitu banyak sekali pasangan tak kiralah di dewan2 fakulti atau taman2 kolej. itu orng yang berpelajaran. jika orang yang tidak berpelajaran? masyaallah.! namun begitu ada saja yang berusaha sedaya-upaya untuk mengelak couple sebelum nikah ni. saya ucapkan tahniah dan beribu2 terima kasih kerana anda tegas dalam menegakkan syariat Islam.
' ya Allah, indahnya ciptaan Allah yang ini! wajahnya persis lelaki korea. ni kalau dapat ni mau nya femes satu kampus!!'
masyaallah! saya beristighfar dalam hati. itu bukannya satu penghargaan mahupun kemuliaan disisi Allah sebenarnya. itu lebih kepada murahnya maruah diri seorang wanita.
lebih baik kita berdoa kepada Allah :
'ya Allah, jika dia jodohku maka satukanlah hati kami dalam satu ikatan pernikahan yang sah. jauhi lah aku dari segala bentuk zina agar aku menjadi salah seorang yang beriman kepadamu.'
INSHAA ALLAH. doa yang baik akan dikabulkan. namun begitu jika Allah tidak mengabulkan maka dia mahu mengurniakan seseorang yang lebih baik daripada itu..
hayati lah bait2 lirik KU SERAH CINTA - INTEAM ini...
Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu
Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat
Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan
Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah
Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan
Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan
Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu
Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat
Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan
Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah
Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan
Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan
Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini
tidak salah untuk jatuh cinta. tapi cara kita mengungkapkan dengan couple itu lah masalahnya. serahkan cintamu kepada Allah pasti Allah akan mengurniakan jodoh kepadaMu yang juga menyintaiNya..
.sudah terang lagi bersuluh.... COUPLE tidak dibenarkan dalam Islam... :)
Perkongsian yg bermanfaat dan berguna. Terima kasih. Semoga dirahmati Allah hendaknya.
ReplyDeletepencerahan yang amat membantu . just love it, alhamdulillah :)
ReplyDeleteBoleh tak berikan pendapat tentang tindakan yang patut dilakukan sekiranya orang confess kat kita melalu mesej pesanan ringkas?
ReplyDelete