my LADY BUGS..

Monday, 14 January 2013

Duhai Ibuku.. Duhai Ayahku..........

Buat ayah dan ibu... 
walaupun kita berjauhan.. anakmu ini jauh diperantauan... tapi percaya lah.. anakmu jauh kerana menimba ilmu. ini hanya untuk masa depan kita. anakmu ingin membalas semua jasa2 mu...
wahai ibu, walaupun dikau cuma seorang ibu yang biasa tidak punya berkerjaya hanya surirumah sepanjang masa, anakmu bangga mempunyai ibu sepertimu...
wahai ayah, walaupun ayah tidak lah seperti seorang doktor yang dihormati.. walaupun ayah bukanlah seorang perwira gagah yang boleh dibanggakan masyarakat.. namun setitik keringatmu membuahkan makna yang besar dalam hati anak sulungmu ini..thank you ayah.. thank you Allah for my mum and dad!

 'demi Allah SWT yang menciptakan langit dan bumi! engkau sahajalah yang berkuasa atas tiap2 sesuatu. demi kekuasaanMu, demi zatMu ya Rabbi,hanya engkau sahaja lah yang mengetahui isi hatiku saat ini. aku mohon kepadaMu, ampunkanlah dosa ibu dan ayahku sepanjang kehidupannya. sesungguhnya mereka tidak mengetahui.kau tiupkanlah rahmatMu ke dalam hati nurani mereka agar mereka bertaubat. berikan kesedaran kepada mereka agar mereka menjadi salah seorang penghuni syurga. tetapkan lah iman dihati mereka, jadikanlah mereka seorang muslim yang sejati agar mereka meninggal dalam keadaan husnul khatimah. berilah mereka masuk ke dalam syurgaMU tanpa hisab di padang masyhar.sesungguhnya mereka amat menyayangiku maka sayangi lah mereka, Ya Allah. redalah terhadap mereka.kurniakanlah rezeki yang halal seiring dengan usaha mereka agar mereka beriman. sesungguhnya engkau tuhan tidak pernah memungkiri janji..'


~Norizan Awang Hitam & Ghasli @ Ghazali Yusuf <3 ~

No comments:

Post a Comment