my LADY BUGS..

Monday, 30 April 2012

MENGENAL LELAKI DARI ANGGOTA NYA

Para wanita yang ingin mengenal sifat dalaman kekasih mahupun suaminya daripada pelbagai aspek. Ada yang melihat horoskop nya, kedudukan tahi lalat, dan lain-lain. Tapi sekarang kita akan cuba mengenal personaliti lelaki daripada anggota badannya. Perlu diingatkan bahawa maklumat ini tidaklah benar 100% cuma hasil daripada pemerhatian orang-orang Melayu zaman dahulukala.

1) KULIT
Warna kemerahan: pemarah, daya fikir lemah, tak tetap pendirian semasa melakukan sesuatu
Warna hijau kemerahan: bersungguh-sungguh melakukan kerja hingga selesai
Warna hijau kehitaman: jahat kelakuannya
Warna putih pucat: kurang darah
Selain daripada warna di atas kelakuan nya baik

2)RAMBUT
Kasar dan keras: berani, otaknya sihat
Hitam: berakal dan pertimbangan sempurna
Kerinting lembut: tanda pintar
Kerinting: xdapat dipercayai
Kerinting dan merah warnanya: tamak, jahat
Kekuningan: pemalas, pemarah

3)KEPALA
Besar: tetap pendirian, berakal
Sederhana: berpengetahuan
Terlalu besar dan xpadan dgn leher: xsihat otaknya
Kepala kecil: mengikut nafsu, kurang akal

4)DAHI
Luas: bijak, sempurna akal
Sederhana: pengasih, berani
Kecil: kurang akal
Banyak kerut antara kening: pemarah

5)MATA
Jarang dikerdipkan: bijaksana
Besar tersembul: tamak, xdapat dipercayai, ingin memiliki harta orang
Merah: berani, kurang akal
Seperti mata kank-kanak dan bercahaya: dikasihi orang lain, panjang umur
Kerap dikerdipkan: pemaaf
Kecil: xsempurna pertimbangan
Biru keputihan: suka membuat jahat, suka menipu
Kekuningan keputihan: jahat, suka menipu
Alis mata kusut: mungkir janji, bodoh

6)HIDUNG
Sederhana saiznya: berakal
Sangat mancung dan panjang: kurang akal
Rendah dan besar: suka ikut hawa nafsu
Batang hidung nipis: suka berkelahi
Lubang hidung luas: dengki, pemarah
Hidung tebal di tengah: pendusta
Bongkok: manusia paling jahat

7)MULUT
Kecil: bijaksana
Luas: berani
Sederhana: sempurna akal

8)BIBIR
Tebal: kurang akal
Nipis: suka menghasut
Merah: sihat
Merah keputihan: berakal, mudah faham
Pucat: putus asa, berpenyakit
Hijau macam lintah: banyak makan makanan haram

9)GIGI
Panjang dan besar-besar: pendusta
Sederhana: berakal
Besar dan jarang: xdapat simpan rahsia
Tersusun rapat: jujur

10)DAGU
Luas: takbur
Tirus: kurang akal, jahat
Sederhana: sempurna kelakuan

11)SUARA
Nyaring: berani
Perlahan: pendusta, bebal
Tak tetap: bodoh
Merdu: jujur, kurang bijak

12)TELINGA
Besar: berakal, lekas marah
Kecil: kurang akal
Cuping telinga melekap: kejam
Cuping telinga berambut: penyamun

13)BAHU
Besar: kurang akal, berani
Singkat: suka buat jahat
Belikat bahu yg ada ditumbuhi bulu roma: kuat berjima'


14)MUKA
Bujur: baik
Sangat bujur: jahat
Bundar: baik
Sederhana: pemalu

15)LEHER
Pendek: jahat, pendusta
Panjang lurus: bebal, berpenyakit
Leher besar: penipu,berani
Urat leher timbul: pemarah

No comments:

Post a Comment