my LADY BUGS..

Monday 30 April 2012

WAKTU-WAKTU MUSTAJAB BERDOA

  • Semasa malam Lailatul-Qadar
  • Ketika hujan turun
  • Ketika memulakan dan selesai solat
  • Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan
  • Di tengah malam
  • Antara azan dan iqamat
  • Ketika sujud dalam solat
  • Ketika iktidal akhir dalam solat
  • Ketika khatam al-quran
  • Sepanjang malam paling utama pada 1/3 awal dan 1/3 akhir
  • Malam jumaat dan sepanjang hari jumaat
  • Antara waktu zuhur dan asar serta waktu asar dan magrib

KATA-KATA HIKMAT (SESUAI BAGI PELAJAR PMR DAN SPM)

  • Setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (Islam), maka ibu bapa nya yang bertanggungjawab mengubahnya menjadi yahudi, nasrani atau majusi.
  • Ibu samalah seperti sekolah, jika anda pandai membentuknya; samalah seperti anda membangunkan suatu umat yang baik keturunannya.
  • Jauhilah kamu dari sifat dengki kerana sifat dengki itu akan memakan kebaikan kamu seperti mana api memakan kayu
  • Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya
  • Sesungguhnya orang yang termasuk dalam orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya
  • Allah tidak akan melihat bentuk rupa dan harta kalian, tapi Dia melihat hati dan amal kalian

MENGENAL LELAKI DARI ANGGOTA NYA

Para wanita yang ingin mengenal sifat dalaman kekasih mahupun suaminya daripada pelbagai aspek. Ada yang melihat horoskop nya, kedudukan tahi lalat, dan lain-lain. Tapi sekarang kita akan cuba mengenal personaliti lelaki daripada anggota badannya. Perlu diingatkan bahawa maklumat ini tidaklah benar 100% cuma hasil daripada pemerhatian orang-orang Melayu zaman dahulukala.

1) KULIT
Warna kemerahan: pemarah, daya fikir lemah, tak tetap pendirian semasa melakukan sesuatu
Warna hijau kemerahan: bersungguh-sungguh melakukan kerja hingga selesai
Warna hijau kehitaman: jahat kelakuannya
Warna putih pucat: kurang darah
Selain daripada warna di atas kelakuan nya baik

2)RAMBUT
Kasar dan keras: berani, otaknya sihat
Hitam: berakal dan pertimbangan sempurna
Kerinting lembut: tanda pintar
Kerinting: xdapat dipercayai
Kerinting dan merah warnanya: tamak, jahat
Kekuningan: pemalas, pemarah

3)KEPALA
Besar: tetap pendirian, berakal
Sederhana: berpengetahuan
Terlalu besar dan xpadan dgn leher: xsihat otaknya
Kepala kecil: mengikut nafsu, kurang akal

4)DAHI
Luas: bijak, sempurna akal
Sederhana: pengasih, berani
Kecil: kurang akal
Banyak kerut antara kening: pemarah

5)MATA
Jarang dikerdipkan: bijaksana
Besar tersembul: tamak, xdapat dipercayai, ingin memiliki harta orang
Merah: berani, kurang akal
Seperti mata kank-kanak dan bercahaya: dikasihi orang lain, panjang umur
Kerap dikerdipkan: pemaaf
Kecil: xsempurna pertimbangan
Biru keputihan: suka membuat jahat, suka menipu
Kekuningan keputihan: jahat, suka menipu
Alis mata kusut: mungkir janji, bodoh

6)HIDUNG
Sederhana saiznya: berakal
Sangat mancung dan panjang: kurang akal
Rendah dan besar: suka ikut hawa nafsu
Batang hidung nipis: suka berkelahi
Lubang hidung luas: dengki, pemarah
Hidung tebal di tengah: pendusta
Bongkok: manusia paling jahat

7)MULUT
Kecil: bijaksana
Luas: berani
Sederhana: sempurna akal

8)BIBIR
Tebal: kurang akal
Nipis: suka menghasut
Merah: sihat
Merah keputihan: berakal, mudah faham
Pucat: putus asa, berpenyakit
Hijau macam lintah: banyak makan makanan haram

9)GIGI
Panjang dan besar-besar: pendusta
Sederhana: berakal
Besar dan jarang: xdapat simpan rahsia
Tersusun rapat: jujur

10)DAGU
Luas: takbur
Tirus: kurang akal, jahat
Sederhana: sempurna kelakuan

11)SUARA
Nyaring: berani
Perlahan: pendusta, bebal
Tak tetap: bodoh
Merdu: jujur, kurang bijak

12)TELINGA
Besar: berakal, lekas marah
Kecil: kurang akal
Cuping telinga melekap: kejam
Cuping telinga berambut: penyamun

13)BAHU
Besar: kurang akal, berani
Singkat: suka buat jahat
Belikat bahu yg ada ditumbuhi bulu roma: kuat berjima'


14)MUKA
Bujur: baik
Sangat bujur: jahat
Bundar: baik
Sederhana: pemalu

15)LEHER
Pendek: jahat, pendusta
Panjang lurus: bebal, berpenyakit
Leher besar: penipu,berani
Urat leher timbul: pemarah

Saturday 28 April 2012

USEFUL EXPRESSIONS FOR SPEECH (SPM AND PMR)

>Good afternoon, teachers and fellow students. Thank you because give me this opportunity to talk on....
>A very good morning I bid to our respected principal, teachers and my fellow friends.
>Good morning Mr. Chairman, honourable/esteemed/distinguished panel of judges, my worthy opponents and member on the floor.
>Thank you for give me the honour of address......
>I feel honoured by your invitation to speak on/adress on..........
>It is indeed an honour and a pleasure to be invited to speak.....
>I would like to share with you a topic of great concern.........
>I would like to bring up the important issue.....
>I would like to present my speech entitled.......
>My worthy opponent has tried to convince you that.....
>The opposing member/team has argued that.....
>Members of the opposition has claimed that.....
>Now, I'm sure you'd agree with me that......
>Of course, you'd now agree with me that......
>I strongly maintain, therefore that........
>In conclusion I maintain that......
>From ny speech it is clear that......
>Let me make my view quiet clear that......
>I strongly/sincerely believe that.....
>Wheather people like it or not....
>Why it is important/good/wrong, ladies and gentlemen?
>The more you consider this, the more you will realize that......
>Finally let me add one important point....
>I think/believe/agree that.....
>I don't think/ don't believe/disagree.....
>There is no more /some truth in what he has said......
>I suggest that.....
>I am on opinion that.....
>On the contrary......
>Nevertheless.......
>Despite this.....
>One instance of this is.......
>It follows that.......
>It is undeniable that.......
>My intention is that.......
>For instance......
>Finally, I hope/expect something.....
>I'm grateful if all of us could.......
>Thank you for lending me your ears.
>Thank you for being such attensive listener.

Friday 27 April 2012

CONTOH PENDAHULUAN KARANGAN PERBAHASAN DAN CERAMAH YANG CEMERLANG (SPM)

PERBAHASAN
       Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pegawai Pelajaran Negeri Selangor, Tuan Suhaimi bin Yaidi, Yang Berusaha Pengetua sekolah-sekolah menengah Daerah Kuala Selangor, panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang tidak pernah sedetik pun alpa menjalankan tugasnya, warga pendidik yang rabbani, barisan pembangkang dan seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekalian. Sekali lagi tonggak wawasan daripada barisan pencadang bangun dengan berani untuk meneruskan perjuangan kami yang belum selesai. Selaku pencadang yang kedua, saya menegaskan sekali lagi mauduk perbahasan kita iaitu.......

CERAMAH
       Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor, Tuan Haji Kamarul Ariffin Bin Sharif, yang disayangi para guru, ibu bapa dan rakan-rakan yang saya sayangi. Dengan takzimnya saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan ceramah dan berkongsi idea dalam majlis yang sudah pastinya mendatangkan impak  yang positif kepada semua yang hadir. Bersempena dengan Kempen Gerakan Membaca yang akan dilancarkan selepas ini, saya ingin menyampaikan ceramah yang bertajuk, 'Budaya Membaca Bermula di Rumah'. Pada hemat saya, mauduk ceramah ini amat sesuai dengan senario pada hari ini. Hal ini demikian kerana marcapada terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran yang dibawa oleh pengaruh teknologi moden sehingga menyekat budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, apakah prakarsa yang diambil oleh ibu bapa untuk memastikan budaya membaca terus subur dan dapat direalisasikan?

TIP MENGHASILKAN KARANGAN YANG CEMERLANG (SPM)

>Tulis karangan berdasarkan format yang betul
>Pastikan jumlah perkataan melebihi 350 patah perkataan
>Jawab berdasarkan tugasan dalam soalan
>Perenggan perlu lah seimbang dengan ada AYAT TOPIK, AYAT HURAIAN, AYAT CONTOH dan AYAT PENYIMPUL.
>Ada ungkapan menarik yang sesuai dengan isu seperti PERIBAHASA, PERUMPAMAAN, SIMPULAN BAHASA, MUTIARA KATA dan PETIKAN KATA-KATA TOKOH TERNAMA
>Kosa kata luas
>Ayat yang bervariasi
>Laras bahasa yang betul dan sesuai dengan isu

7 jenis wajah mayat dalam kubur...


 Ok semua hari ini kita berbicara bab2 agama lak k? Ya sudah lumrahnya manusia nie akan menempuh mati yang merupakan jambatan ke hari akhirat. Tapi jangan tak tahu, manusia nanti didalam kubur akan menunjukkkan wajah yang berlainan tau.

1) MAYAT YANG BERPALING DARI ARAH KIBLAT  

Itulah petanda yang bahawa hidupnya telah melakukan amalan2 syirik kpd Allah S.W.T. Kawan2, syirik jangan buat main2, ianya dosa yang paling besar dalm islam. Kekal dalam neraka selama2nya taw


2)MAYAT YANG MUKANYA MACAM BABI 

Itu petandanya semasa hidup manusia jenis ini tidak melakukan solat 5 waktu shari smalam. Dia juga lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri daripaa melakukan perkara yang keji dan mungkar. Perbuatan keji ni banyak tau contohnya ZINA, MENDEDAHKAN AURAT,DERHAKA KEPADA ORANG TUA. Bayangkan lah sejak kecil misalnya kawan2 masih lagi leka dengan meninggalkan solat, berapa banyak dosa yang telah kawan2 lakukan? Seksa neraka sememangnya pedih nauzubillah. Kepanasan api neraka nie 70 kali ganda kepanasan api di dunia. Agak2 korang la, boleh tahan ke?
  

3)MAYAT YANG KEPALANYA MENJADI BATU YANG HITAM LEGAM

Itulah tanda nya semasa hidupnya di dunia ni, dia derhaka terhadap orang tua nya. Ibu sy sendiri pun pernah britahu sy tak lama dulu. Anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari, di tatang bagai minyak yang penuh dan bapa sanggup bersusah payah mencari rezeki agar nasib anak2 terbela sanggup meninggalkan orang tua nya? Apakah itu kejam namanya? Masyallah

4)MAYAT YANG PERUTNYA BUNCIT DAN MELETUP

Itulah akibatnya bagi mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta curi misalnya lalu dibelinya makanan dan menjadi darah daging. Selain daripada itu melesapkan wang kawan juga duit yang haram
 

5)MAYAT YANG KUKUNYA MENCENGKAM DAN MELILITI SELURUH TUBUHNYA

Itulah dia semasa hidupnya suka mengata orang, mengumpat suka berbalah sesama islam. Pada zaman kini memang tak dapat dnafikan sangat ramai orang yang macam ni dan tak trkecuali juga sahabat karib sendiri. Kalau tidak xkan wujudlah istilah 'Kawan makan kawan'. 

6)MAYAT YANG KELUAR MATA AIR DAN BAUNYA LEBIH BUSUK DARI BANGKAI

Itulah mayat yang semasa hidupnya gemar makan riba'. Contohnya ah long yang meminta wang bayaran balik pinjaman dengan bunga yang berlipat kali ganda dan kadangkala mengalahkan pokok itu juga riba.

7)MAYAT YANG TERSENYUM

Itulah mayat yang semasa hidupnya beramal soleh dan mengikuti semua yang termaktub dalam Al-Quran dan hadis. Keadaannya di dalam kubur pun amatlah selesa dan nyaman lebih daripada di bumi ini


:so agak2 mana pilihan korang???   

 

  

Thursday 26 April 2012

Sorry...I can't be the perfect one...


Manusia hari ini SUKA bersangka-sangka..

Ada sangkaan BAIK..dan ada sangkaan BURUK..
❤ Orang beribadah disangka riak
❤ Orang yang “relax” disangka malas
❤ Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
❤ Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
❤ Orang makan banyak disangka pelahap
❤ Orang makan sikit disangka “diet”
❤ Orang baik disangka buruk

☼ Orang buruk disangka baik
☼ Orang senyum disangka mengejek
☼ Orang masam disangka merajuk
☼ Orang bermuzakarah disangka mengumpat
☼ Orang diam disangka menyendiri
☼ Orang menawan disangka pakai susuk
☼ Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu..
••► Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
••► Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
••► Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
••► Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
••► Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah..
 
ALHAMDULILLAH...<3

Assalamualaikum CINTA....

apa habak?? mekeme2 sume nie sihat ke tok? hehe alamak tersasul cakap loghat Perak lah plak. Hmm tapi tak mengapa. Kan org berkata Belum cuba, Belum tahu. Tak salah law kita nak memahami adat dan budaya sesuatu negeri itu dengan lebih mendalam walaupun kita bukan daripada negeri tersebut. Memupuk rasa cinta pada negeri samalah seperti memupuk rasa cinta pada orang lain. Cuma bezanya orang lain yg kita cintai tu boleh dipegang, disentuh, dibelai, dimanja, dilihat dan banyak 'di' lagilah. Kalau huraikan kat sini mungkin sampai tahun 2020 PON XKAN HABIS SAYA MEMBEBEL.Hahaha... ye memang CINTA ni semua orang tahu kan? Semua orang pernah bercinta dan telah rasa hebatnya cinta dan peritnya cinta. Budak umo 12 tahun pun dah pandai bercinta taw...Jadi pada  post yang mula2 nie saya tak nak lah cakap banyak sangat. Nanti orang bosan lak So, see you later. Cau betha!!